Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Aston Martin Bangunkan Teknologi Infotainmen Sendiri, Tinggalkan Sistem COMAND Mercedes

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Ibu pejabat Aston Martin di Gaydon, UK


Aston Martin akan memperbanyakkan lagi produk keluaran syarikatnya termasuk pengenalan kereta sport baharu. Turut menjadi sebahagian daripada perancangan syarikat adalah untuk membangunkan sistem infotainmen baharu yang akan memberi “kejutan” kepada orang ramai.


Aston Martin menggunakan sistem COMAND, sebuah sistem infotainmen lama yang dibangunkan Mercedes-Benz, sementara Mercedes-Benz pula telah meninggalkan sistem tersebut dan menggunakan sistem infotainmen MBUX yang lebih canggih


Setelah sekian lama bergantung kepada teknologi infotainmen yang dibangunkan Mercedes-Benz yang membekalkan syarikat kereta mewah tersebut dengan perisian dan sistem operasi lama Mercedes, sistem COMAND, akhirnya Aston Martin mengambil langkah untuk membangunkan teknologi infotainmen sendiri.


Bercakap kepada CarExpert, Presiden Serantau Aston Martin untuk Jepun dan Korea Selatan, Greg Adams, mendedahkan visi dan misi Aston Martin. 




Katanya, berdasarkan misi syarikat, Aston Martin berhasrat untuk menjadi jenama prestasi ultra mewah Britain yang paling diimpikan di dunia, bermakna syarikat tersebut perlu menguasai teknologi dan kekal berada di hadapan berbanding pesaing yang lain. 


Tambah Adams, apabila kumpulan pelabur Lawrence Stoll membeli Aston Martin, ramai pakar yang pernah terlibat secara aktif dalam pembangunan Ferrari sebagai sebuah jenama moden turut dibawa masuk.



 

Awal bulan ini, Aston Martin dilaporkan sedang bersedia untuk membuat perubahan besar kepada barisan model keretanya, berita ini kemudiannya disusuli oleh ‘penampakan’ model yang dipercayai akan menggantikan DB11. Pada pertengahan tahun nanti pula, sebuah kenderaan elektrik (EV) akan didedahkan.  Selain pengganti DB11 dan EV baharu itu, model lain Aston Martin, Vantage dan DBS bakal diberikan pembaharuan.


Sumber: CarExpert, TechCrunch

Tag:

Aston Martin
Sistem Infotainmen
Infotainmen
MERCEDES BENZ
COMAND
Lawrence Stroll
teknologi
teknologi Aston Martin
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Ops Luxury 2.0: JPJ Sita 53 Kereta Mewah Sebab Tiada Cukai Jalan, Insurans

Hasil operasi juga mendapati 23 kenderaan dipandu warga asing tanpa cukai jalan dan perlindungan insurans.

04-08-2025
Global

Aston Martin Vantage S: Cecah 671 HP, Lebih Aerodinamik, Lebih Pantas

Dilancarkan di peringkat global kira-kira 18 bulan lalu, Aston Martin Vantage generasi terbaru kini hadir dalam versi yang menjanjikan prestasi lebih hebat, Vantage S.

10-07-2025
Global

Aston Martin DBX S Meluncur Lebih Laju Daripada 707

Aston Martin kini menawarkan SUV DBX dalam versi garang, DBX S, model yang tampil dengan kuasa lebih tinggi berbanding DBX 707.

30-04-2025
Global

Aston Martin Vanquish Kini Dengan Enjin V12 824 HP!

Vanquish kini membuat kemunculan semula dengan pelbagai sentuhan baru.

03-09-2024
Global

Aston Martin Buruk Ditemui Dalam Bangsal Dijual Lebih RM1 Juta? Ini Sebabnya...

Aston Martin DB4 yang ditemukan dalam keadaan usang di dalam sebuah bangsal bakal dijual pada harga £227,000 (RM1.3 juta).

06-06-2024
Global

Super SUV Ini Dikemaskini

Aston Martin telah mengemaskini DBX 707 2025 dimana model super SUV itu kini menerima beberapa ciri-ciri yang baharu.

22-04-2024
EV

Ada Sebab Kenapa Aston Martin Ketepikan EV!

Aston Martin menangguhkan rancangannya untuk melancarkan EV mereka.

16-04-2024
Berita Auto

Apple Bakal Lancarkan CarPlay Eksklusif Mengikut Model, Pratonton Pada Porsche & Aston Martin

Syarikat teknologi Apple akhirnya mempertontonkan perkhidmatan CarPlay versi generasi seterusnya.

26-12-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Projek ECRL: Bakal Lonjakkan Hasil KDNK Terengganu

Nampaknya, negeri Terengganu mampu tingkatkan hasil KDNK sebanyak RM48.2 bilion pada 2040 disebabkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

13-11-2025
Berita Auto

Proton, PRO-NET Sertai GATE 2025: Pamerkan Teknologi EV Terkini di GATE 2025

PRO-NET mempamerkan teknologi terkini kenderaan elektriknya sepanjang pameran Global Automotive and Technology Expo (GATE) 2025 yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre.

13-11-2025
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen

Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel naik sebanyak lima sen, bermula hari ini.

13-11-2025
Berita Auto

BYD Shark PHEV Bakal Didedah Hari Ini, Tunggu Pengumuman Rasmi BYD

BYD bawa masuk trak pikap bernama Shark pula ke pasaran tempatan?

13-11-2025
Berita Auto

Projek NPE2 Siap 2029, Bakal Kurangkan Kesesakan Di Pantai Dalam, Bangsar, Mahameru

Projek Sambungan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE2) siap sepenuhnya pada tahun 2029, nanti.

12-11-2025
Berita Auto

Peraturan 78 Dimansuh, Cara Pengiraan Faedah Bagi Pinjaman Kadar Tetap Kereta

Penambahbaikan Rang Undang-Undang (RUU) Sewa Beli (Pindaan) 2025 yang akan merombak cara pengiraan faedah bagi pinjaman kadar tetap kereta, bakal melegakan peminjam.

12-11-2025
Berita Auto

Syarikat Bas Operasi Di 1 Terminal, Ini Penjelasan MOT

MOT menegaskan pihaknya tidak pernah memaksa mana-mana syarikat bas untuk beroperasi dari terminal tertentu sahaja.

12-11-2025
Berita Auto

Berita Baik Untuk Orang Sarawak: Lebuh Raya Trans Borneo Bermula 2026

Pembinaan sebahagian jajaran jalan sepanjang 4.95 kilometer (km) bagi Projek Lebuh Raya Trans Borneo (LTB) akan dilaksanakan pada suku pertama tahun depan.

12-11-2025