Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jualan Melonjak Jadi Purata Tunggu Kereta Perodua Kini 2.5 Bulan Hingga 8 Bulan!

Suhana Veru

Kongsi melalui


Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA), pembekal dan pengedarnya mengorak langkah ke hadapan apabila pengeluaran setakat tahun ini meningkat 32.95 peratus daripada 38,460 unit kepada 51,134 unit.

Bukan itu sahaja, jualannya turut meningkat 33 peratus daripada 34,865 kenderaan kepada 46,385 kenderaan untuk dua bulan pertama tahun ini.

Bagaimanapun, pencapaian pengeluar kereta nasional itu disumbangkan oleh peningkatan kecekapan dalam aspek pengeluaran, kemudahan pembiayaan kepada pengedar PERODUA.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, berkata walaupun terpaksa berdepan dengan  isu bekalan cip semikonduktor, peningkatan kos dan sebagainya, namun syarikat berjaya mencatatkan pertumbuhan dua angka di dalam pengeluaran dan jualan.


"Untuk itu, kami berterima kasih kepada rakan-rakan niaga kami atas komitmen mereka," katanya dalam satu kenyataan tadi.

Mengulas mengenai permintaan ke atas kereta Perodua, beliau berkata, permintaan dilihat masih kekal kukuh dan pihaknya sedang mempertingkatkan lagi jumlah pengeluarannya untuk memenuhi permintaan tersebut.

“Buat masa ini, purata tempoh menunggu setakat 28 Februari kini adalah di antara 2.5 bulan dan lapan bulan. Namun tempoh masa ini adalah tertakluk kepada model, varian dan warna.


"Jadi, kami memohon maaf kepada pelanggan dan berterima kasih di atas kesabaran mereka. Kami akan cuba menambah baik lagi pengeluaran dan pendaftaran pada bulan-bulan yang akan datang," katanya.

Di sebalik itu, unjuran industri automotif dan PERODUA diramalkan positif memandangkan keadaan ekonomi semasa adalah kekal stabil.

"Tumpuan semasa kini adalah kestabilan tenaga kerja, terutama sekali buat pembekal automotif untuk memastikan pengeluaran dapat dipertingkatkan lagi.


"Kami juga berharap penggubal dasar dapat terus berkomunikasi dengan ekosistem berhubung sebarang perubahan polisi masa hadapan yang mungkin memberi kesan kepada industri," tambahnya.


Gallery

Tag:

Perodua Malaysia
Perodua Otomobil
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tahniah! Betamek Menang Kontrak RM176 Juta Bekal Komponen Model Baharu Perodua

Betamek berjaya memperoleh kontrak bernilai RM176 juta untuk membekalkan komponen elektronik bagi model kereta.

25-12-2025
Pandu Uji

Perodua Traz Bakal Cabar PROTON X50? Ini Sebabnya..

Penulis berkesempatan memandu uji Perodua Traz, baru-baru ini.

17-12-2025
Berita Auto

Perodua Aruz Kini Ada Warna Hitam, Harga Tetap Sama!

Perodua membawa masuk warna baharu untuk Perodua Aruz.

14-10-2024
Berita Auto

Semua Model Terjejas Sebenarnya Ikut Piawaian, - LOKE

Kementerian Pengangkutan mengesahkan bahawa semua model Perodua dan Toyota mematuhi sepenuhnya piawaian keselamatan Peraturan UN.

28-05-2024
Global

4 Model Perodua Dipasang Secara CKD

Sah, Perodua telah memasuki pasaran Bangladesh, baru-baru ini.

10-05-2024
Berita Auto

Jangan Main-Main Dengan Jenama PROTON, PERODUA

Perodua dan PROTON mencatat sejarah tersendiri di mata dunia.

05-07-2023
Berita Auto

JPJ Sahkan Nombor Plat Bezza FF2 Hanyalah Suntingan

Sebab FF2, Tak Pasal-Pasal Kereta Bezza Viral.

30-05-2023
Berita Auto

Baru 2 Jam Pandu Kereta Baru, Dah Kena Langgar

Seorang pemilik kereta Alza kecewa apabila kereta yang baru diterima terlibat dalam kemalangan.

22-05-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026
Berita Auto
Berita Auto

Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI

Perodua, menyatakan sokongan padu terhadap penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP).

01-04-2026
Berita Auto

BUDI95 200 Liter Sebulan: Ramai 'Sapu' Baki Subsidi Semalam

Beberapa stesen minyak di sekitar Lembah Klang dilaporkan mengalami kesesakan luar biasa semalam.

01-04-2026
Berita Auto

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
Berita Auto

Angkara Pemandu Mabuk, Ini Nasib Mangsa Rempuhan

Duit boleh beli Range Rover, tapi tak boleh beli nyawa orang lain!

31-03-2026
Berita Auto

Pemandu Mabuk Di Jasin, Polis Sedang Siasat

Polis Daerah Jasin kini sedang giat mengesan seorang pemandu van yang terlibat dalam kemalangan di Simpang Kerayong, Melaka.

31-03-2026