Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

PERHATIAN! Tiket ETS Sempena Hari Raya, Hari Pekerja Boleh Beli Hari Ini

Suhana Veru

Kongsi melalui



Baru dua hari berpuasa, Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) tambahan sempena sambutan Aidilfitri dan Hari Pekerja, sudah mula dijual bermula hari ini.

Sebaliknya, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hanya akan menyediakan empat Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) tambahan yang membabitkan perjalanan :

Dari Stesen KL Sentral ke Padang Besar.
Padang Besar ke Stesen KL Sentral.
KL Sentral – Butterworth 
Butterworth – KL Sentral

KTMB berkata, tren tambahan itu menawarkan 1,260 tiket sehari menjadikan jumlah keseluruhan 13,860 tiket ditawarkan termasuk koc kelas perniagaan dalam tempoh berkenaan.

“Jadual ETS tambahan pada 19 April waktu berlepas bagi sektor KL Sentral ke Padang besar adalah 11 pagi (Padang Besar-KL Sentral) dan 5.05 petang (KL Sentral-Padang Besar).

“Perjalanan dari KL Sentral ke Butterworth pula pada jam 11.40 pagi (Butterworth-KL Sentral) serta 4.40 petang (KL Sentral-Butterworth),” katanya dalam satu kenyataan.



Biarpun baru dua hari berpuasa, pengguna dinasihatkan merancang perjalanan dan membuat pembelian tiket awal bagi menikmati tambang yang lebih menjimatkan dan mengelakkan daripada kehabisan tiket.

Untuk keterangan lanjut, layari laman sesawang KTMB www.ktmb.com.my.

Gallery

Tag:

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
ETS Keretapi Tanah Melayu (KTM)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Aidilfitri 2026: Jangan Risau Nak Balik Kampung Sebab KTMB Tambah 26 Tren Lagi

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah sebanyak 26 perjalanan tren tambahan bagi tempoh 17 Mac hingga 29 Mac 2026.

02-03-2026
Berita Auto
Berita Auto

Tahun Baharu Cina, Aidilfitri: KTMB Tambah 8 ETS

Jangan risau nak balik kampung pada tahun ini kerana KTMB sediakan 8 ETS tambahan.

30-01-2026
Berita Auto

KTMB Sasar 1.2 Juta Penumpang Naik ETS3 Tahun Ini

KTMB menyasarkan 1.2 juta penumpang menggunakan ETS3 tahun ini.

05-01-2026
Berita Auto

ETS3 Dari KL-JB, JB-KL Sudah Beroperasi, Tempoh Perjalanan Hanya 4.5 Jam

Perkhidmatan Tren Elektrik 3 (ETS3) Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) bagi laluan KL Sentral–Johor Bahru, sudah pun bermula hari ini.

12-12-2025
Berita Auto

KTMB Tawar Diskaun 30% Selama Sebulan Sempena Pembukaan ETS Ke JB Sentral

KTMB menawarkan diskaun 30% sempena pembukaan ETS JB Sentral bermula dari 12 Disember ini hingga 11 Januari 2026.

09-12-2025
Berita Auto

Perhatian Buat Penumpang Yang Nak Ke Hatyai, Tren MySawasdee Dibatal

KTMB mengumumkan pembatalan perkhidmatan tren MySawasdee No.1004 (KL Sentral – Hatyai, 28 November 2025) dan MySawasdee No.1005 (Hatyai – KL Sentral, 1 Disember 2025).

25-11-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Mitsubishi Motors Malaysia Naik Taraf Pusat 4S Di Miri

MMM bersama rakan pengedar setianya, Auto Pacifica, mengumumkan bahawa Pusat 4S yang terletak di Miri, Sarawak telah dinaik taraf, baru-baru ini.

20-04-2026
Berita Auto

Evolusi Kereta Masa Depan, Lubang Jamban Dalam Kereta

Adakah Sudah Tiba Masanya Kereta Malaysia Ada Tandas Sendiri?

20-04-2026
Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026