Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Perodua Axia 2023, Lebih Besar, Lebih Canggih Sebab Itu Lebih Mahal

Suhana Veru

16-3-2023

Kongsi melalui


Pada minggu lepas penulis berpeluang menikmati pemanduan Perodua Axia 2023 selama tiga hari.

Terima kasih kepada Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd (PERODUA) kerana meminjamkan kereta supermini mereka hampir seminggu kepada kami!

Di saat penulis memandu jentera ini di Lebuhraya Utara Selatan,  sudah ribuan unit Perodua Axia 2023 berada di atas jalan raya.

Untuk makluman, Perodua Axia 2023 dilancarkan secara rasmi pada 14 Februari lalu. Ia didatangkan dalam empat varian: G, X, SE dan AV, dengan harga masing-masing bermula RM38,600, RM40,000, RM44,000 dan RM49,500. 

Mungkin ada tertanya-tanya mengapa ia dijual agak mahal?

Jom, baca ulasan saya di bawah ini..

Pandangan Keseluruhan:

Seperti diketahui umum, ia dibina berdasarkan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) sama seperti Alza dan Ativa. 

Bagi yang tidak tahu, DNGA  menjadikan pemanduan lebih stabil, manakala talaan suspensi yang ditambah baik turut menyumbang kepada keselesaan.


Sejauh mana ia benar, teruskan membaca artikel ini.

Selain itu, Perodua Axia kali ini menjanjikan ciri keselamatan yang telah dipertingkat selain turut tampil dengan pelbagai elemen yang lebih menarik dan fungsi baharu yang canggih selain lebih luas.


Dari segi dimensi, Axia baharu membawakan ukuran sepanjang 3,760 mm, lebar 1,665 mm, tinggi 1,495 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,525 mm.

Ia kini lebih panjang 115 mm, lebih lebar 45mm dan juga lebih rendah 5 mm.

Ya, sebaik saya melangkah masuk ke dalam jentera ini, saya mendapati ia cukup lebar dan luas, saling tidak tumpah seperti Perodua Myvi.

Secara fizikal, Axia serba baharu terutama varian tertinggi AV kelihatan agak tampan.


Ia diserlahkan lagi dengan bodykit hitam berkilat termasuk lampu hadapan jenis LED serta fungsi larasan ketinggian suluhan secara manual.

KABIN 

Dengan jarak roda yang lebih panjang, maka tidak hairanlah mengapa Axia generasi kedua ini mampu menawarkan ruang kabin yang lebih luas.

Bagi varian AV, jentera ini dipenuhi dengan ciri-ciri moden dan premium.


Ia dilengkapi dengan dengan instrumen digital penuh dengan skrin TFT 7.0 inci, saiz sama yang digunakan pada Ativa dan Alza. 


Varian ini turut memiliki skrin infotainmen yang bersaiz 9.0 inci. Varian lebih rendah yang lain pula masih menggunakan meter analog dan radio biasa. 


Malah, terdapat juga panel digital untuk kawalan iklim yang terletak di sebelah butang start/stop enjin tanpa kunci, yang turut menampilkan sistem kemasukan tanpa kunci.


Jika anda mahu mengecas telefon bimbit, ia mungkin agak menyusahkan kerana terdapat satu soket berkuasa 12V sahaja termasuk satu USB-A port.

Menjengah bahagian tempat duduknya, AV tampil lebih sporty dengan tempat duduk jenis semi-bucket untuk pemandu dan penumpang hadapan.


Sebagai varian tertinggi, AV, ia menggunakan upholsteri separa kulit dalam gabungan dua warna. 

Namun kami mengakui bahawa ada yang mungkin tidak berpuas hati kerana varian ini tidak didatangkan dengan sokongan Android Auto & Apple CarPlay tetapi anda kena ingat, kemudahan yang diberikan pada varian ini sebenarnya tidak pernah terjadi buat mana-mana segmen kereta  ini.

PANDU UJI:

Perodua Axia 2023 kali ini masih lagi menggunakan enjin sama seperti model terdahulu iaitu enjin 1KR-VE 1.0L tiga-silinder VVT-i dengan output 67 hp/91 Nm.



Namun kali ini sistem transmisinya digantikan dengan Dual-Mode CVT (D-CVT), bukan lagi transmisi automatik 4 kelajuan yang digunakan dahulu. 

Transmisi sama yang digunakan pada model Perodua yang lain (Myvi facelift, Ativa dan Alza 2022). 


Perodua mendakwa Axia 2023 memberikan bacaan penggunaan minyak pada kadar 4L/100km atau hingga 3.6L/100km dengan sistem gerak-henti automatik Eco Idle.

Difahamkan, varian ini menerima mod Power (butang PWR pada stereng) yang dapat memberikan kereta lebih kuasa. 

Berbalik kepada pandu uji, ini ekspresi pertama saya:


Sebaik melangkah masuk ke bahagian tempat pemandu, saya cukup teruja dengan Axia baharu ini kerana ia bukan sahaja lebar dan lebih panjang malah ruang kepala dan kaki cukup selesa.

Secara faktanya, ia lebih besar berbanding Axia lama tetapi kecil sedikit daripada Myvi. Pendek kata, ia berada di tengah-tengah antara Axia lama dan Myvi.

Apa yang cukup menarik ialah terdapat stereng pelarasan condong dan pelarasan kedudukan memandu yang jauh lebih baik berbanding Axia lama.

Saya cukup tertarik dengan susun atur papan pemukanya yang agak moden kerana skrin di bahagian tengah dipasang secara senget yang menghala kepada pemandunya.

Ia mungkin bertujuan untuk memudahkan pemandunya untuk membelek skrin sembilan inci itu.

Memandangkan ia adalah kereta pandu uji, saya cuma menekan  pedal minyak secara perlahan-lahan.

Saya dapat merasakan transmisinya  jauh lebih lancar berbanding model sebelum ini. 

Pemanduannya agak lancar ketika melakukan perjalanan jauh dan kabinnya agak senyap ketika saya memandu pada kelajuan yang agak tinggi.

Selain itu, ketika saya tiba di beberapa selekoh di lebuh raya, saya dapat merasakan ia cukup stabil dan sterengnya mudah dikawal.


Sebagai mak-mak, saya menganggap kereta ini memang sesuai untuk golongan wanita dan juga yang sudah bergelar ibu.

Al-maklumlah, sebagai ibu kita bukan sahaja perlu menguruskan barangan dapur, tetapi ada juga di antara yang kita bekerja dan bagi suri rumah, mereka perlu menguruskan anak-anak ke sekolah.

Jadi, Axia ini adalah satu pilihan tepat buat mak-mak yang kena buat multitask.


Bukan apa, ia mudah dibawa dan saiznya yang comel membuatkan anda tidak perlu pening untuk meletakkan di kawasan parkir.

Bagi saya,  Ia seolah-olah kereta 3 in-1. Ini kerana anda boleh menggunakan untuk kegunan harian, menghantar anak ke sekolah dan ia mampu melakukan perjalanan jauh.

Menyentuh mengenai penggunaan bahan api, saya berasa ia cukup menjimatkan.

Untuk makluman, sebelum ini, kereta ini dipegang rakan saya, Mukhlis Azman untuk merasai pemanduan sebenar bagi membolehkan dia ada feel untuk menulis ruangan review.


Ketika berada di tangan saya, minyak tinggal dua bar, sempatlah saya ke sana, ke sini untuk ke pasar dan ke pasar raya berdekatan.

Kemudian, saya diarahkan untuk menghantar pulang kenderaan ini di Perodua yang terletak di Rawang.

Memandangkan dari Subang Jaya ke Rawang, perjalanan agak jauh jadi saya cuma mengisi minyak RM20 dapatlah tiga bar minyak.


Percaya atau tidak, dengan hanya minyak RM20 itu saya selamat tiba di ibu pejabat Perodua dan tetap ada tiga bar minyak.

Sungguh menjimatkan!

Malah menurut Perodua,  Axia 2023 menawarkan kadar penggunaan bahan api yang lebih jimat, dan mereka mendakwa satu liter petrol membolehkan Axia 2023 berjalan sejauh 23.2 km (4.31 liter/100 km).

Jelas terbukti, supermini keluaran Perodua ini menjanjikan penjimatan bahan api terbaik dalam segmennya,

Kadang-kala saya berasa tidak sia-sia beli produk Perodua kerana ia bukan sahaja mampu milik tetapi sememangnya menjimatkan wang.

Untuk pengetahuan anda, kereta pertama saya ialah Perodua Viva. Antara Viva dan Axia ini, ada satu persamaan iaitu dari segi penjimatan bahan api.


Bagaimanapun, sudah menjadi lumrah setiap kenderaan ada baik dan buruknya.

Begitu juga dengan Perodua Axia 2023. Sepanjang saya melakukan pandu uji, saya cuma kurang berpuas hati dengan gegaran dan bunyi bising dari bahagian enjin.

Namun sangkaan saya mula meleset apabila  gegarannya mula hilang  sebaik saya menekan pedal minyak.

Difahamkan, jurutera Perodua telah menambah bahan penyerap bunyi di fender, trim pintu, papan pemuka dan bonet enjin bagi mengurangkan kesan bunyi bising.

Malah pengendalian Axia ini juga sebenarnya disumbangkan oleh Toyo Proxes CR1 sekali gus menyebabkan pemanduan mudah dikawal dan apa yang penting bunyi kesan golekan agak kurang kedengaran di dalam kabin.

Apapun, pengalaman pemanduan Axia ini boleh tahan, apa yang penting ia cukup lebar dan selesa selain sarat dengan ciri-ciri keselamatan.

CIRI-CIRI KESELAMATAN:



Menyentuh mengenai ciri-ciri keselamatan, bagi saya, pembeli varian AV patut bersyukur kerana hanya pada harga lebih RM49K, anda sudah memiliki sebuah kereta yang cukup sporty dan sarat dengan ciri keselamatan.

Sebelum ini, kami ada melaporkan bahawa Axia 2023 adalah antara model paling selamat dalam segmennya kerana telah menerima penarafan 4-bintang ASEAN NCAP dengan jumlah skor keseluruhan 73.55 mata. 

Varian AV ini dilengkapi dengan enam beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci, Agihan Brek Elektronik, kawalan kestabilan kenderaan.

Apa yang cukup unik ialah bukan sahaja pemandu hadapan dilengkapi dengan sistem amaran peringatan tali pinggang malah ia turut dipasang di bahagian penumpang belakang.


Ia yang turut menawarkan Sistem Bantuan Pemanduan Termaju (ADAS) merangkumi Amaran Kekal Lorong, Pengesan Titik Buta dan Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA), Kawalan Salah Operasi Pedal dan kamera undur.

Pendek kata, Axia AV baharu menawarkan lebih banyak ciri keselamatan daripada adik-beradik DNGA namun dijual pada harga yang cukup berpatutan!

Jadi, anda mungkin sudah mendapat jawapan kenapa ia dijual pada harga yang agak mahal sedikit!

Bagi yang berminat dengan Perodua Axia 2023, ia didatangkan dengan lima pilihan warna iaitu: Granite Grey, Lava Red, Glittering Silver, Ivory White (solid) dan Coral Blue (warna baharu).

Tunggu apa lagi, tempahlah slot anda untuk pandu uji hari ini!





Gallery

Tag:

Perodua Axia
PERODUA AXIA 2023
ADAS
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Perodua Berjaya Jual 5.1 Juta Kereta, Perodua Pilihan Rakyat Malaysia!

Dalam tempoh 30 tahun, jualan Perodua mencecah 5.1 juta unit.

10-02-2025
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto

Wanita 76 Tahun Lawan Arus Dalam Perjalanan Ke Kompleks Warga Emas

Seorang wanita warga emas berusia 76 tahun dikenakan saman selepas didapati memandu secara berbahaya dan melawan arus di Jalan Kuantan-Pekan.

03-10-2024
Berita Auto

Tiada Lagi Proton Saga Manual, Kalau Nak Beli, Cepat Beli Sebelum Hujung Tahun Ini

Kalau minat Proton Saga manual, cepat tempah sekarang.

26-09-2024
Berita Auto

Pengeluaran Perodua Mencanak Sebab Axia, Bezza Paling Laris

Pengeluaran kereta PERODUA meningkat sembilan peratus bulan ke bulan pada Ogos lalu.

23-09-2024
Global

4 Model Perodua Dipasang Secara CKD

Sah, Perodua telah memasuki pasaran Bangladesh, baru-baru ini.

10-05-2024
EV

Panda Mini EV Edisi Go Kart Hanya Di China

Geely Panda Mini EV Go Kart Edition ini dikatakan lebih kecil berbanding Axia.

12-04-2024

Berita Terkini

Pandu Uji

[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.

15-04-2025
Pandu Uji

6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.

18-03-2025
Pandu Uji

Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.

28-02-2025
Pandu Uji

[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...

26-02-2025
Pandu Uji

Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!

Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.

03-02-2025
Pandu Uji

Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.

27-01-2025
Pandu Uji

Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.

24-01-2025
Pandu Uji

Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.

20-01-2025