Link Copiedcheck_circle
EV

Tesla & Elon Musk Disaman Pemegang Saham Kerana Tidak Jujur

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Tesla dan CEO syarikat, Elon Musk, telah disaman pada Isnin lalu oleh pemegang saham syarikat kerana dipercayai telah melebih-lebihkan keberkesanan dan keselamatan teknologi Autopilot dan Pandu Kendiri Penuh kenderaan elektrik mereka.


Baca: Tesla Rasmi Masuki Pasaran Malaysia – Tengku Zafrul


Dalam tuntutan saman yang difailkan di mahkamah persekutuan di San Francisco itu, pemegang saham mendakwa Tesla telah memperdaya mereka selama empat tahun dengan membuat kenyataan palsu dan mengelirukan yang menyembunyikan bagaimana teknologi yang dihasilkan menjadi punca pelbagai kemalangan maut serta mewujudkan risiko kemalangan yang serius dan kecederaan.




Menurut mereka, sebaik perkara tersebut terbongkar, saham Tesla jatuh beberapa kali termasuklah selepas Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) memulakan penyiasatan.


Pada 16 Februari, saham syarikat jatuh sebanyak 5.7% selepas NHTSA mengarahkan panggilan semula lebih daripada  362,000 unit Tesla yang dilengkapi perisian beta Pandu Kendiri Penuh kerana berisiko menyebabkan kemalangan di persimpangan. 




Tesla telah menyatakan bahawa ia bersetuju untuk memanggil semula semua kenderaan terlibat, walaupun tidak mempersetujui analisis yang telah dijalankan NHSTA. 


Tuntutan itu, yang difailkan pada hari Isnin oleh pemegang saham Thomas Lamontagne, menuntut ganti rugi yang tidak dinyatakan jumlahnya bagi pemegang saham Tesla dari 19 Februari 2019 hingga 17 Februari 2023.  Saham Tesla ditutup Isnin pada $207.63, naik $10.75, atau 5.5%, tetapi saham itu telah kehilangan kira-kira separuh nilainya sejak memuncak pada November 2021.


Baca: Jualan EV Jatuh Mendadak, Pengguna Mengharapkan Subsidi

Tag:

Tesla
Elon Musk
Pandu Kendiri
Pandu Kendiri Penuh
Tesla disaman
saman Tesla
SAMAN
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Teknologi

Tesla Ubah Prinsip, Sedia Tawar Apple CarPlay Untuk Tarik Pembeli

Tesla mungkin akan mula menyokong dan mengintegrasikan Apple CarPlay dalam kenderaannya tidak lama lagi.

18-11-2025
EV

Tesla Model 3+ Diperkenalkan Di China – Lebih Jauh, Lebih Berkuasa

Tesla memperkenalkan varian baharu bagi Model 3 di China yang dinamakan Tesla Model 3+.

13-08-2025
EV

Tesla Di Ambang Kejatuhan? VW Group Kini Kuasai Pasaran EV Eropah

Tesla terus mengalami kemerosotan yang ketara di pasaran Eropah apabila Volkswagen Group (VW Group) berjaya mengatasi jenama EV Amerika itu dengan margin yang besar.

10-07-2025
EV

Tesla Model Y Tanpa Pemandu Telah Diuji – Tiada Insiden, Penghantaran Mula Jun

Tesla kini menguji kenderaan Model Y tanpa pemandu sepenuhnya di Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada persiapan menjelang pelancaran perkhidmatan robotaxi.

30-05-2025
EV

Model Y Juniper 2025: Baru Dilancar Tapi Pra-Tempahan Sudah Cecah 200,000 Unit

Walaupun Tesla berdepan dengan seruan boikot, itu tidak menghalang rakyat China daripada terus menempah Model Y Juniper 2025.

11-03-2025
EV

Tesla Supercharger Kini Di The Gardens Mall – Hanya RM1.13/kWj

Tesla terus mengukuhkan rangkaian pengecasan elektriknya di Malaysia dengan pelancaran stesen Supercharger terbaru di The Gardens Mall.

25-02-2025
EV

Tesla Hadapi Kemungkinan Diboikot Di Malaysia? Ini Puncanya...

Tesla kini berdepan dengan kemungkinan untuk diboikot di Malaysia.

21-02-2025
Kereta Baru

Tesla Model Y 'Juniper' Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM195,450, Penghantaran Mula April

Model yang diberi kod nama ‘Project Juniper’ ini diperkenalkan secara rasmi di Pavilion Damansara Heights.

18-02-2025

Berita Terkini

EV

EV/REEV XPeng P7+ Dikemaskini – 100+ Penambahbaikan, Bakal Tiba Di Malaysia?

Syarikat kenderaan elektrik dari China, XPeng, baru sahaja memperkenalkan versi yang dikemaskini bagi tahun 2026 untuk model sedan segmen E, XPeng P7+.

02-01-2026
EV

SUV Forthing Friday Raih ASEAN NCAP 5 Bintang, Bakal Gegar Pasaran Malaysia

SUV segmen C keluaran negara China, Forthing Friday, kini sah memegang status sebagai antara kenderaan paling selamat di rantau ini.

02-01-2026
EV

Skuter Elektrik Marhaen, EZI TS-1 Semurah RM4,288 - Jarak Gerak 100KM

Skuter elektrik EZI TS-1 dijual semurah RM4,288.

01-01-2026
EV

Sistem JPJ Alami Isu Teknikal Di Saat Akhir Cukai Jalan EV Percuma

Di saat-saat akhir 'cuti' cukai jalan (LKM) terhadap kenderaan elektrik (EV) bakal berakhir, kemunculan isu teknikal telah mencetuskan ‘huru-hara’.

31-12-2025
EV

Kembar e.MAS 5, Geely EX2 Dilancarkan Di Indonesia – Jauh Lebih Murah?

Selepas mendarat di Thailand, SUV elektrik kompak Geely EX2 baru-baru ini secara rasmi telah ‘menyerang’ pasaran Indonesia.

29-12-2025
EV

Kes Dua EV Terbakar Serentak Bukan Berpunca Daripada Pengecas – Bomba

Isu keselamatan kenderaan elektrik (EV) kembali menjadi bualan hangat susulan insiden kebakaran membabitkan dua buah EV di sebuah kediaman, baru-baru ini.

29-12-2025
EV

Lexus Perkenalkan RZ600e F Sport Di Jepun – EV 'Menakutkan' Di Litar

Lexus nampaknya ingin membuktikan bahawa kenderaan elektrik (EV) juga mampu menyerlahkan aura ‘menggerunkan’ di litar perlumbaan.

26-12-2025
EV

Nissan Ariya Elektrik Didedahkan Tetapi Bukan Di Malaysia Sebaliknya Di Jepun

Nissan Ariya EV versi facelift membuat penampilan rasminya di Jepun, baru-baru ini.

24-12-2025