Link Copiedcheck_circle
Teknologi

‘X-in-1’ Dapat Kurangkan Kos Pembangunan Tapi Apa Yang Penting Harga Model e-Power Sama Dengan Kereta Petrol

Suhana Veru

Kongsi melalui


Nissan Motor Corporation melancarkan rangkaian kuasa elektrik yang lebih mampu milik  baru-baru ini.

Rangkaian trenkuasa yang dikenali sebagai  ‘X-in-1’itu sebenarnya bertujuan untuk mengurangkan kos pembangunan dan produksi sebanyak 30 peratus berbanding tahun 2019.

Langkah itu diambil bagi membolehkan model-model dengan sistem hibrid e-Power mencapai harga yang sama dengan model yang dikuasa oleh enjin pembakaran dalaman konvensional menjelang 2026.

Menerusi pendekatan X-in-1, Nissan menyasarkan untuk meningkatkan lagi daya saing kenderaan EV dan model e-POWER miliknya.


Untuk itu,  Nissan telah membangunkan prototaip unit rangkaian kuasa 3-dalam-1 yang menampilkan moto, inverter dan reducer yang akan dihasilkan secara modular.

Nissan juga telah menghasilkan prototaip untuk unit rangkaian kuasa modular e-Power ‘5-dalam-1’ dimana ia turut menampilkan dua komponen tambahan iaitu generator dan increaser (peningkar kelajuan).


Naib Presiden Nissan Motor Corporation, Toshihiro Hirai, pihaknya memanfaatkan sepenuhnya kepakaran dan pengetahuan mereka dalam pembangunan dan pengeluaran teknologi elektriknya yang dibangunkan sejak 10 tahun lalu.


TOSHIHIRO HIRAI

“Melalui inovasi kami dalam pembangunan rangkaian kuasa elektrik, kami akan terus mencipta nilai baharu untuk pelanggan dan menyampaikan 100% kenderaan pacuan motor – EV dan e-POWER,” katanya dalam satu kenyataan.


Hakikatnya, pendekatan X-in-1 untuk pembangunan rangkaian kuasa elektrik menawarkan pelbagai manfaat.


Antaranya membolehkan saiz dan berat unit rangkaian kuasa ini dikurangkan bagi memberikan prestasi pemanduan dan NVH yang lebih baik.

Selain itu, pendekatan ini turut menggunakan logam nadir bumi berat yang lebih sedikit dalam strukturnya (berat magnet yang 1% atau kurang).

Maka tidak hairanlah berdasarkan Ambition 2030, Nissan mahu memperkenalkan  27 model elektrifikasi (termasuk 19 EV) menjelang tahun fiskal 2030.

Sehubungan itu, Nissan turut berhasrat untuk membawa nilai unik kenderaan elektriknya kepada rangkaian pelanggan yang meluas dengan memperkenalkan model yang paling sesuai kepada setiap pasaran pada masa yang sesuai.

Gallery

Tag:

Nissan Motor Co
e-power 5 in 1
hybrid cars
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Teknologi

Peugeot Mula Uji Stereng 'Petak' Hypersquare – Bakal Digunakan Pada Peugeot 208

Jenama ‘singa’ dari Perancis, Peugeot, menunjukkan betapa seriusnya syarikat itu untuk tampil unik dan inovatif dengan rekaan terbarunya, sebuah stereng ‘petak’ yang dinamakan Hypersquare.

16-12-2025
Teknologi

Kembar e.MAS 7 Guna Teknologi Roda Inovatif, Boleh Pusing 360 Darjah Satu Tempat

Jenama automotif gergasi China, Geely, memperkenalkan teknologi pergerakan tayar yang inovatif, sistem stereng empat roda bebas 90 darjah.

16-12-2025
Teknologi

Zeekr Lancar Kempen Pengumpulan Dana Untuk Naik Taraf Teknologi Bantuan Pemandu Canggih

Jarang kita dengar pengeluar kereta yang telah membina empayar gah menggunakan pembiayaan awam (crowdfunding) untuk pembangunan teknologi.

26-11-2025
Teknologi

SUV Sporty Omoda 7 Miliki Teknologi Parkir Luar Biasa

SUV yang diposisikan sebagai model segmen C ini tampil dengan rekaan sporty yang menarik perhatian golongan muda.

26-11-2025
Teknologi

Tesla Ubah Prinsip, Sedia Tawar Apple CarPlay Untuk Tarik Pembeli

Tesla mungkin akan mula menyokong dan mengintegrasikan Apple CarPlay dalam kenderaannya tidak lama lagi.

18-11-2025
Teknologi

Volkswagen Bakal Guna Teknologi XPeng Pada Model-Model Akan Datang

XPeng bersama Volkswagen Group telah mengambil satu langkah besar dalam kolaborasi teknologi mereka melalui sistem seni bina elektronik dan elektrikal (E/E).

18-08-2025
Teknologi

Teknologi ‘Super Extended Range’ IM Motors– Bateri Berkapasiti Tertinggi Dengan Enjin Turbo

IM Motors, jenama hasil usaha sama antara SAIC Motor Corporation, Alibaba Group dan Zhangjiang Hi-Tech, dijangka memperkenalkan teknologi ‘Super Extended Range’ pada 1 Ogos ini.

28-07-2025
Teknologi

BYD Perkenal Sistem Parkir Autonomi, Syarikat Tanggung Jika Ada Kerosakan

BYD mengumumkan bahawa sistem bantuan pemanduan canggihnya (ADAS) God’s Eye, kini menyokong fungsi parkir autonomi tahap 4.

11-07-2025