Link Copiedcheck_circle
Global

Jualan Daihatsu Rocky/Toyota Raize Dihentikan

Suhana Veru

Kongsi melalui


Nampaknya, Daihatsu menggelupur lagi apabila ada laporan mendedahkan wujudnya ketirisan pensijilan UN-R135 (perlanggaran sisi tiang) bagi varian Daihatsu Rocky / Toyota Raize Hybrid (HEV) yang dijual di Jepun.


Sebelum ini, Daihatsu Motor Co. mengakui pihaknya telah memalsukan ujian keselamatan kemalangan yang membabitkan bahagian panel sisi pintu pada 88,000 unit kenderaan membabitkan empat model kesemuanya. 

Dikhabarkan, mereka sanggup berbuat demikian semata-mata untuk lulus ujian kemalangan 

Apa yang cukup mengejutkan ialah antara empat model yang terlibat adalah Perodua Axia 2023. Toyota Vios baharu (dikenali sebagai Yaris Ativ di pasaran Thailand) dan Toyota Agya serta sebuah lagi model yang sedang dibangunkan Daihatsu.

Namun Daihatsu agak berani apabila terus mengulangi perbuatan haramnya itu. 


Disebabkan melakukan salah laku dalam ujian pelanggaran Daihatsu Rocky/Raize, jualan kedua-dua model itu dihentikan buat sementara waktu gara-gara tidak menjalani ujian UN R135 dengan betul.

Difahamkan, model terbabit perlu menjalani ujian pelanggaran sisi dengan tiang pada kedua-dua sisi pemandu dan penumpang.


Sebaliknya apa yang terjadi ialah Daihatsu hanya membuat ujian pada bahagian sisi penumpang manakala ujian untuk bahagian pemandu tidak dilaksanakan.

Maka, Daihatsu hanya menggunakan hasil keputusan pelanggaran bahagian penumpang semata-mata untuk mendapatkan kelulusan ujian.

Bagaimanapun, perkara itu sudah dihidu menyebabkan jualan Raize dan Rocky dihentikan sehingga siasatan menyeluruh dibuat.

Secara keseluruhannya, ia membabitkan 78,440 kenderaan dimana 22,329 unit adalah Rocky Hybrid dan 56,111 unit Raize Hybrid.


Namun apa pula nasib Ativa Hybrid kita?


Gallery

Tag:

Daihatsu Rocky
Toyota Raize
Daihatsu
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

25-07-2024
Berita Auto

26-05-2023
Global

11-11-2022
Berita Auto

05-08-2022
Global

22-01-2026
Global

22-05-2023
Global

13-01-2023
Global

11-11-2022

Berita Terkini

Global

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026
Global

Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat

Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.

20-04-2026
Global

Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia

Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.

20-04-2026
Global

Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

27-03-2026
Global

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026