- Berita
- EV
- Teaser Tesla 'Model 2': Bakal Jadi Model Paling Murah Tesla

Syarikat pengeluar kenderaan elektrik Amerika Syarikat, Tesla, telah mengeluarkan teaser model kenderaan elektrik (EV) terbaharunya, Model 2, semasa Hari Pelabur 2023 syarikatnya yang diadakan baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk, yang berucap ketika acara tersebut, mengesahkan bahawa syarikatnya sedang membangunkan "dua produk baharu.”
Terdapat desas-desus yang mengatakan salah satu produk tersebut adalah sebuah EV hatch. Sementara itu, model kedua yang dimaksudkan pula ialah Tesla Model 3 yang telah diberikan nafas baharu, lapor Autocar.

Pendedahan model baharu ini dibuat selepas penghapusan Model S dan Model X daripada pasaran pemandu kanan (RHD). Alasan utama untuk keputusan drastik ini adalah kerana aspek mekanikal dan logistik yang kompleks. Kedua-dua model tersebut juga tidak memberikan keuntungan yang signifikan kepada Tesla, dengan jumlah pengeluaran hanya 71,177 unit tahun lalu.


Buat masa ini, Model 3 ialah model terlaris syarikat sebagai EV yang dijual pada harga paling mampu milik dalam barisan EV yang ditawarkan Tesla. Kedatangan model baharu, Model 2, dijangka dapat mengikuti atau mungkin juga menandingi jualan Model 3.
Terdapat khabar angin bahawa harga model baharu itu nanti adalah dalam sekitar £20,000 (kira-kira RM112,970) dan boleh mencapai jarak perjalanan kira-kira 402.34 km.
Tesla merancang untuk menghasilkan sekurang-kurangnya lima juta unit setiap tahun dalam usaha untuk memenuhi permintaan EV yang kian meningkat di peringkat global.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv