Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Jaguar I-Pace: Lebih Baik Dari Pesaing Baharu?

Suhana Veru

9-6-2023

Kongsi melalui

image.png

Hasil review ini adalah penterjemahan daripada artikel bahasa Inggeris berdasarkan pengalaman pandu uji rakan sekerja yang berpeluang menikmati pemanduan Jaguar I-Pace baru-baru ini.

Untuk makluman anda, Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM) telah melancarkan model SUV EV pertama itu, Jaguar I-Pace pada Mac lepas.

image.png

Untuk pasaran tempatan, Jaguar I-PACE hadir dalam dua varian: LE atau Black Edition yang ditawarkan pada harga RM460,800 manakala varian tertingginya, HSE pula berharga RM498,800.

Bagi sesi pandu uji ini, team CariCarz.com berpeluang menikmati pemanduan varian tertingginya, HSE.

Terima kasih JLRM kerana sudi menjemput kami untuk merasai pemanduan sebenar.

Biarpun pandu uji media ini agak singkat memandangkan ramai media yang tidak mahu melepaskan peluang keemasan namun ia sudah membuktikan ia merupakan sebuah SUV sporty yang cukup terbaik.

PENAMPILAN RADIKAL

Pertama sekali, rakan sekerja saya, Mukhlis Azman cukup tertarik dengan garis bumbung Jaguar I-Pace ini  yang agak “langsing” sekali gus menyerlahkan lagi penampilan dari sisinya yang menyebabkan ia kelihatan sporty.

Ia tidak seperti SUV elektrik yang lain sebaliknya Jaguar I-Pace benar-benar istimewa secara keseluruhan.

image.pngimage.png

Ini kerana biarpun ia masih menunjukkan beberapa isyarat reka bentuk EV yang tipikal, namun bahagian hadapan dan belakangnya agak pendek .

Apa tidaknya, nama pun Jaguar sudah pastinya ia tidak pernah mengecewakan peminatnya terutama dari segi bentuknya.

image.png

Dikhabarkan, garis bumbung  yang mencuram ke belakang  bukan hanya untuk penggayaan semata-mata sebaliknya  mengoptimumkan laluan angin pada bahagian bawah kenderaan untuk mencapai kadar seretan hanya 0.29.

Selain itu, I-Pace turut menampilkan sentuhan reka bentuk seperti yang dilihat dalam model Jaguar generasi yang lain.

Ini termasuk fasia hadapan yang agak garang selain menampilkan lampu depan LED berkembar J dan gril hadapan yang dihiasi dengan lambang Jaguar yang ikonik.

image.pngimage.png

Secara keseluruhannya, Jaguar I-Pace benar-benar menyerlah berbanding SUV EV yang sedia ada ketika.

Ini semuanya kerana reka bentuk yang menyebabkan ia lebih dan menjadi lebih cekap dari segi aerodinamik 

Tetapi bagaimanakah pula dengan kabin EV coupe ini?

KABIN MEWAH, SPORTY, CUKUP PRAKTIKAL

Secara hakikatnya, kabinnya cukup mewah, agak sporty dan ini terbukti melalui pakej yang ditawarkan oleh JLRM.

Khas untuk  varian HSE ini, bahagian tempat duduk hadapannya adalah jenis bucket. Sebab itulah ia nampak cukup sporty.

image.png

Satu lagi, tempat duduk hadapan dibaluti dengan Windsor Leather and Performance dengan larasan elektronik 14-hala bersama fungsi pemanas dan penyejuk, serta fungsi memori posisi.

image.pngimage.png

Di sebalik ciri sporty itu, I-Pace mengekalkan ciri-ciri kenderaan mewah yang turut dilengkapi dengan peralatan canggih dan kemudahan mewah.

image.png

Antaranya seperti sistem  infotainment Pivi Pro yang menampilkan skrin sesentuh 10-inci dan  ketersambungan Android Auto dan Apple CarPlay serta dan kawalan suhu, bumbung panaromik, pencahayaan ambien dalam kabin serta pad pengecasan peranti tanpa wayar. 

image.png

Malah, varian ini juga dilengkapi dengan sistem bunyi sekeliling Meridian 3D.

Membelek bahagian hadapannya seketika, penulis mendapati butang gearnya disusun secara menegak di bahagian kanan bawah skrin kedua yang membolehkan ia diakses dengan mudah semasa memandu.

Varian ini juga didatangkanbutang mod pemanduan dan tetapan ketinggian bagi suspensi udara di bahagian kiri bawah skrin kedua.

image.png

Tunggu, jangan sesekali terpedaya dengan gambar-gambar di atas.

Biarpun ia digelar sebagai SUV kompak namun ia sebenarnya memiliki ruang kabin yang cukup besar.

Ini semuanya kerana jarak rodanya yang panjang dari bahagian hadapan sehingga ke belakang.

Malah, orang dewasa seperti penulis sendiri yang berketinggian enam kaki mampu duduk dengan begitu selesa.

Pendek kata,  JLR berjaya menyeimbangkan ciri-ciri sporty, kemewahan dan praktikal dengan begitu baik ketika menghasilkan bahagian kabinnya.

image.png

Namun mungkin ada yang tertanya-tanya dengan adanya tempat kerusi bucket sejauh mana SUV EV ini mampu memecut?

MACAM MANA RUPANYA, PRESTASINYA PUN PADU

Apa yang pasti, ia berupaya untuk mengalahkan kenderaan yang menggunakan enjin pembakaran dalaman hanya dalam sekelip mata jika berada di atas jalan raya yang lurus.

Malah, penulis begitu layan ketika menelusuri beberapa selekoh tajam di sekitar Putrajaya.

image.png

Walaupun ia seberat dua tan, pengendalian dan olengan badannya cukup responsif dan minimum. 

Ia semuanya gara-gara sistem suspensi udara adaptif yang tersedia secara eksklusif dalam varian HSE yang diuji ini.

Digandingkan dengan binaan badan aluminium, titik graviti yang rendah dan sistem suspensi udara, Jaguar i-PACE menawarkan prestasi yang mengujakan apabila mencapai kelajuan tinggi.

Ini bermakna daya hentakan juga berkurangan sekiranya ia terlanggar bonggol atau jalan  berlubang.

Menyentuh mengenai trenkuasa, ia menampilkan trenkuasa elektrik yang terdiri daripada motor elektrik berkembar dimana I-Pace mampu menghasilkan kuasa setinggi 395hp dan daya kilas 696 Nm.

Malah, ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam masa 4.8 saat.

Daripada pandu uji singkat ini kami boleh mengatakan dengan selamat bahawa I-Pace mempunyai keberanian dan dipadankan dengan prestasi yang cukup mengagungkan.

BAGAIMANA PULA DENGAN JARAK, CIRI KESELAMATAN?

Untuk makluman anda, sesi pandu uji kami terlalu singkat, sehingga kami tidak berkesempatan untuk  mencatatkan prestasi bateri I-Pace.

image.png

Sebaliknya, JLRM memaklumkan dengan adanya pek bateri lithium-ion berkapasiti 90 kWh, I-Pace boleh bergerak sejauh 470 km dengan  sekali cas penuh.

image.pngimage.png

Catatan ini dibuat berdasarkan data daripada Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Terselaras Dunia (WLTP).

Mengenai pengecasan pula, Jaguar I-PACE menyokong pengecasan soket dinding 11 kW di mana jarak 53 km boleh dicapai dalam tempoh sejam, atau pengecasan penuh sekitar 8.6 jam.

Sementara pengecasan DC berkapasiti 100 kW pula membolehkan bateri dicas dari 0-80 peratus dalam tempoh masa 40 minit sahaja.

Dari segi keselamatan, jentera ini dilengkapi dengan Sistem Bantuan Pemandu ADAS termausk Kawalan Jelajah Adaptif, Bantuan Kekal Lorong, Pemantau Titik Buta dan banyak lagi.

image.png

AKHIR KATA

Penggayaan, prestasi sport sebenar serta ciri-ciri kemewahan sudah menjadikan Jaguar I-Pace HSE menjadi EV pilihan ramai.

Namun dengan tawaran harganya membuatkan ramai terpaksa berfikir dua kali.

Biarpun varian ini berharga RM498, 800, namun JLRM Malaysia menawarkan jaminan pengeluar menyeluruh selama tempoh lima tahun atau jarak perbatuan 150,000 km yang mana tiba dahulu, diikuti dengan bantuan tepi jalan 3 tahun, pakej servis percuma 5 tahun (atau 102,000 km yang mana tiba dahulu).

image.png

Jadi, pilihan berada di dalam tangan anda!

Buat masa ini, harganya agak hampir dengan pesaingnya terdekatnya, Mercedes-Benz EQE. Selain itu, terdapat juga beberapa EV yang menembusi pasaran tempatan seperti Volvo C40, XC 40 Recharge dan BMW iX.

Namun apa yang pasti, ia lebih baik berbanding pesaingnya.

Seperti diketahui umum, Jaguar sudah ada peminatnya tersendiri. Lagipun, I-Pace mempunyai ciri tersendiri sekali gus membuatkannya ia menjadi menjadi sebuah EV yang agak berkeupayaan tinggi dan sporty.

Apa pula pandangan anda mengenai Jaguar I-Pace?

Kongsikan di bawah ruangan komen ini!


Gallery

Tag:

Jaguar Land Rover
JAGUAR IPACE
2023 Jaguar I-Pace HSE
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

JLR Malaysia Rangkul Anugerah Peruncit Terbaik Asia Pasifik Buat Kali Ke-5

Jaguar Land Rover (JLR) Malaysia terus mengukir sejarah apabila berjaya merangkul anugerah Peruncit Terbaik Asia Pasifik (APAC) untuk kali kelima.

26-11-2024
Berita Auto

Pakej Stealth Buat I-Pace Lebih Menonjol

Para pemilik Jaguar I-PACE yang berhasrat untuk meningkatkan nilai estetik kereta mereka kini boleh mendapatkan Pek I- PACE Stealth.

30-11-2023
Berita Auto

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) Lantik Presiden Baharu

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melantik Mohd Shamsor Mohd Zain sebagai Presiden baharu bagi penggal 2023/2024,

10-04-2023
Kereta Baru

Range Rover L460, Enjin V8, Harga Masih Belum Didedahkan

Jaguar Land Rover Malaysia mengesahkan pihaknya akan melancarkan kenderaan utiliti sukan mewahnya, Range Rover L460 pada pertengahan Februari ini.

20-01-2023
Kereta Baru

Jaguar XF Harga Bermula RM498K

Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn Bhd (JLRM) memperkenalkan Jaguar XF baru-baru ini.

14-06-2022
Berita Auto

Land Rover Discovery Metropolitan Edition Diperkenalkan

Land Rover perkenalkan variasi terbaharu, Metropolitan Edition.

16-11-2021
Berita Auto

Land Rover Defender Bakal Gegarkan Pasaran Malaysia!

All New Land Rover Defender akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

19-08-2021
Berita Auto

Sime Darby Auto Connexion Merangkul Anugerah Jaguar Land Rover Retailer Awards!

Jaguar Land Rover Malaysia telah berjaya merangkul anugerah Jaguar Land Rover Retailer Awards 2020/21.

11-06-2021

Berita Terkini

Pandu Uji

[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.

15-04-2025
Pandu Uji

6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.

18-03-2025
Pandu Uji

Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.

28-02-2025
Pandu Uji

[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...

26-02-2025
Pandu Uji

Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!

Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.

03-02-2025
Pandu Uji

Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.

27-01-2025
Pandu Uji

Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.

24-01-2025
Pandu Uji

Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.

20-01-2025