- Berita
- Teknologi
- Ciri Canggih Apple iOS 17 Mudahkan Pengguna Kenalpasti Isu Kenderaan
Ciri Canggih Apple iOS 17 Mudahkan Pengguna Kenalpasti Isu Kenderaan

Apple iOS 17 bakal hadir dengan beberapa fungsi baharu dan salah satunya dapat memudahkan pemilik kenderaan
Kemas kini iOS terbaru, Apple iOS 17, untuk peranti mudah alih Apple dijangka akan dilancarkan pada bulan September ini. iOS versi terbaru itu nanti hadir dengan sejumlah ciri baharu dan ini termasuklah ciri yang sangat berguna untuk pemilik kenderaan.

Apple iOS 17 dijangka akan dilancarkan September ini (Foto: Bloomberg Linea)
Kini dalam fasa ujian terakhir, Beta, Sistem iOS 17 dilihat lengkap dengan fungsi ‘Visual Look Up.’ Ciri ini membolehkan iPhone mengenal pasti objek atau sesuatu daripada gambar dan memberikan maklumat tambahan berdasarkan imej tersebut. Kehadiran fungsi pintar ini telah dikongsikan oleh salah seorang pengguna forum Reddit.
Salah satu fungsi menarik pada ‘Visual Look Up’ ialah kemampuannya untuk mengenal Simbol Auto/Kenderaan, sekaligus memudahkan pemilik kenderaan mengetahui isu kenderaan berdasarkan simbol amaran yang menyala. Bermakna, pengguna kenderaan tidak perlu lagi mencari buku manual untuk mendapatkan maklumat terperinci. Informasi tambahan termasuk artikel-artikel yang berkaitan turut akan dipaparkan.



Ciri 'Visual Look Up' memudahkan pemilik kenderaan mengenalpasti maksud simbol yang menyala
Menariknya, ciri Simbol Kenderaan ini tidak hanya terhad kepada ikon amaran yang mungkin muncul di papan pemuka, ciri ini boleh digunakan untuk mengenal pasti simbol lain, selain yang dipaparkan pada paparan instrumen seperti suis lampu amaran, mod pengudaraan dan sebagainya.

Walaupun ciri ini agak ‘menarik,’ ia bukanlah sesuatu yang unik kerana pengguna Android dan iPhone sebenarnya boleh juga mencari informasi simbol-simbol ini melalui Google Lens. Tetapi, dengan adanya ciri terbina dalam ‘Visual Look Up,’ pengguna tidak lagi memerlukan sistem pihak ketiga.

Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

