Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Dua Unit Myvi Terpakai Yang Dijual Ini Viral, Ini Sebabnya...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Perodua-Myvi-Used-Car-Japan.jpg

Hatchback Perodua Myvi generasi ketiga yang disenaraikan untuk dijual di Jepun


Baru-baru ini viral di media sosial tentang penjualan dua unit kereta Perodua Myvi terpakai. Apa yang menjadi perhatian? Kedua-dua Myvi ini dijual bukan di negara kita tapi di Jepun!


Myvi yang dijual di platform jual beli kereta negara matahari terbit ini merupakan Myvi generasi ketiga yang tidak dihasilkan berdasarkan kembar Daihatsu/Toyota. 


5_15.jpg
Perodua-Myvi-AV-blue-front-(cropped)-v2.jpgPerodua-Myvi-AV-blue-rear-(cropped).jpg

Diperkenalkan pada hujung tahun 2018, model hatchback Perodua Myvi generasi ketiga merupakan produk yang dihasilkan sepenuhnya di Malaysia, berbeza dengan dua keluaran terdahulu yang merupakan versi rebadge Daihatsu Boon/Sirion dan Toyota Passo


Untuk pengetahuan pembaca, Perodua Myvi generasi ketiga ini dilancarkan pada tahun 2018. Berbeza dengan model sebelumnya yang direka berdasarkan Daihatsu Boon/Sirion dan Toyota Passo, Myvi 2018 merupakan versi yang agak istimewa kerana direka dan dibangunkan di Malaysia sepenuhnya. 


Model yang dipasarkan di Indonesia dengan nama Daihatsu Sirion ini menggunakan enjin petrol 4-silinder DOHC D-VVTi 1.3L dan 1.5L serta transmisi 4AT sebelum dikemaskini kepada CVT pada tahun 2020.


U00042420027_18_001.jpgU00042420027_12_001.jpg
U00042420027_42_001.jpgU00042420027_43_001.jpgU00042420027_41_001.jpgU00042420027_49_001.jpg

Unit ini hanya menunjukkan jarak perjalanan serendah 6,222 km! (Foto: Carsensor.net)


Kedua-dua “King of the road” Malaysia ini dijual di Jepun melalui laman web carsensor.net. Klik sini dan sini untuk lihat iklan Myvi yang dimaksudkan. Model yang dijual adalah model pra-facelift dengan transmisi 4AT varian yang tertinggi, 1.5 AV. 


Kedua-dua Myvi menunjukkan bacaan jarak perjalanan yang rendah pada odometer, iaitu 14,200 km (perak) dan 6,222 km (merah). Ciri lain yang dapat dilihat adalah penggunaan unit infotainmen aftermarket, serta pembaca kad yang sesuai dengan sistem tol elektronik Jepun.


U00042419412_13_001.jpgU00042419412_9_001.jpg

U00042419412_38_001.jpgU00042419412_40_001.jpgU00042419412_55_001.jpgU00042419412_11_001.jpg

Myvi berwarna perak Glittering Silver yang disenaraikan mempunyai jarak perjalanan sebanyak 14,200 km, lebih tinggi berbanding Myvi mewah Lava Red. (Foto: Carsensor.net)


Dari segi kelengkapan, model yang dijual ini lengkap dengan pelbagai kemudahan pada varian AV iaitu, tempat duduk dalam balutan kulit, serta ciri bantuan keselamatan termaju Perodua (ASA) yang terdiri daripada amaran pelanggaran hadapan (FCW) dengan brek kecemasan autonomi (AEB), amaran  kenderaan hadapan bergerak ke depan dan kawalan tersalah tekan pedal (PMC).


Harganya? Dijual daripada harga ¥1,600,000 hingga ¥1,700,000 atau dalam mata wang Malaysia antara sekitar RM53,000 ke RM56,000. Untuk pengetahuan pembaca, model AV versi pra-facelift ini ketika pelancarannya dijual pada harga RM55,300.  Ini bermakna, salah satu daripada Myvi tersebut dijual lebih tinggi daripada harga sewaktu pelancaran!


U00042420027_9_001.jpgU00042419412_10_001.jpg

Kenapa kedua-dua kereta ini dijual di Jepun sebagai kereta terpakai masih lagi misteri, tetapi kami ada spekulasi sendiri... (Foto: Carsensor.net)


Bagaimana dan mengapa kedua-dua kereta ini berada di pasaran kereta terpakai Jepun masih menjadi misteri. Mungkin kaitannya dapat dilihat daripada lokasi penyenaraian kereta ini dibuat, di Osaka, tempat terletaknya ibu pejabat Daihatsu, rakan kongsi Perodua. Model ini mungkin dibawa masuk ke negara Jepun untuk tujuan penilaian dan ujian dalaman. Setelah matlamat itu tercapai, kedua-dua kereta ini kemungkinan telah dikeluarkan untuk dijual semula bagi mengembalikan kos.


CariCarz_used-Perodua-Myvi-Listing.JPG
Kini, terdapat lebih daripada 300 unit kereta Perodua Myvi generasi ketiga terpakai merangkumi pelbagai varian yang disenaraikan di CariCarz - termasuk varian H, X, dan G. Klik di sini untuk lihat.



Walaupun ini mungkin hanya dua unit Myvi generasi ketiga yang dijual di Jepun buat masa ini, CariCarz mempunyai lebih daripada 300 unit Myvi generasi ketiga yang ditawarkan oleh rakan pengedar kami, dengan harga serendah RM43,700. Klik di sini untuk lihat senarai kereta Myvi

Tag:

Perodua Myvi
Myvi generasi ketiga
Myvi 2018
Myvi Jepun
Myvi terpakai
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

06-05-2025
EV

22-05-2024
Global

10-05-2024
Berita Auto

20-12-2023
Berita Auto

28-10-2023
Berita Auto

09-10-2023
Berita Auto

15-08-2023
Berita Auto

12-07-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Perodua Aruz Kini Ada Warna Baharu, Vintage Brown, Jangan Risau, Harga Aruz Masih Kekal!

Walaupun menerima warna baharu, namun tiada perubahan spesifikasi untuk Aruz.

05-08-2025
Berita Auto

Jejalah MISI 5 – Proton e.MAS 5 Dekati Rakyat Malaysia Ogos-Oktober Ini

Kenderaan elektrik (EV) kedua Proton yang dinanti-nantikan ramai, Proton e.MAS 5, bakal membuat kemunculan di seluruh Malaysia melalui siri jelajah MISI 5 Proton e.MAS 5.

05-08-2025
Berita Auto

Perincian Penyasaran Subsidi RON95 Diumum Sept 2025

Kementerian Kewangan mengesahkan perincian pelaksanaan penyasaran semula subsidi RON95 bakal diumumkan menjelang akhir September ini.

05-08-2025
Berita Auto

Ford Mustang Langgar Tiang Elektrik, Suami Isteri Maut

Gara-gara hilang kawalan, pasangan suami isteri maut selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas dan melanggar tiang elektrik di Kilometer 13 Jalan Segamat-Kuantan, semalam.

05-08-2025
Berita Auto

Perkhidmatan Aerotrain Tergendala Lagi Sebab Masalah Teknikal

Aerotrain KLIA tergendala lagi, MAHB mohon maaf.

05-08-2025
Berita Auto

Penyasaran Subsidi RON95, Sistem Padu Jadi Rujukan

Sistem Pangkalan Data Utara (PADU) akan menjadi rujukan pelaksanaan subsidi bersasar RON95, sementara menunggu pelaksanaannya secara menyeluruh.

04-08-2025
Berita Auto

2 Maut, Nahas 2 Treler, Leburaya PLUS Berhampiran Sungkai Sesak 15KM

Dua maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua treler di Kilometer (KM) 372.1 Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan) berhampiran Sungkai, petang tadi.

04-08-2025
Berita Auto

Lagi Warga Singapura Isi RON95 Di JB, KPDN Johor Sedang Siasat

Tular warga Singapura isi RON95 dalam botol plastik besar di Johor.

04-08-2025