- Berita
- Berita Auto
- PALSU: JPJ Nafi Warga Emas Perlu Jalani Pemeriksaan

Warga emas berusia lebih 65 tahun perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dan penglihatan untuk mendapatkan lesen memandu?
Perkara itu tular di aplikasi WhatsApp yang menyatakan bahawa golongan tersebut perlu melakukan pemeriksaan berkenaan di kaunter JPJ bermula tahun 2024.

Sebaliknya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan mesej yang tular itu sejak semalam.
“Mesej tersebut adalah tidak benar dan orang ramai diminta tidak tertipu dengannya.
“Tiada perubahan membabitkan proses pembaharuan lesen memandu buat warga emas. Pembaharuan lesen memandu bagi warga emas adalah seperti biasa,” katanya dalam kenyataan di Facebook.
Untuk itu, JPJ menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dan menghubungi pejabat JPJ yang berdekatan bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat supaya tidak tertipu.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/