- Berita
- EV
- Untung Siapa Duduk Cyberjaya, Ada Tesla
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa ibu pejabat kenderaan elektrik Tesla akan dibuka di Selangor pada tahun ini.
Pengumuman itu dibuat selepas hasil pertemuan maya perdana menteri bersama pemilik Tesla yang juga pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif SpaceX, Elon Musk.
“Saya mengalu-alukan minat dan keputusan pelaburan syarikat di Malaysia dan juga kesediaan Elon Musk untuk datang ke Malaysia.
“Turut mengucap tahniah dan dukungan kerajaan atas pembukaan ibu pejabat, pusat servis dan pusat pengalaman jenama kenderaan elektrik Tesla milik Elon di Selangor pada tahun ini,” kata Anwar dalam kenyataan.
Terdahulu, Tesla dikatakan akan membuka sebuah ibu pejabat di Malaysia, dengan memperkenalkan pusat servisnya dan mewujudkan rangkaian pengecas Supercharger di Malaysia.
Ketika ini, pusat servis rasmi Tesla terdekat terletak di Singapura dan pemilik daripada program pajakan Greentech sudah menghantar kenderaan mereka ke Hong Kong untuk kerja utama.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/