Link Copiedcheck_circle
EV

Kia EV9 Dikesan Di Malaysia – Bakal Jadi Pasaran RHD Pertama?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Kia-EV9-Malaysia-FbNazrulIhsan.jpg

Kia EV9 dikesan di Malaysia! (Foto: Nazrul Ihsan via Facebook)


Selepas dilancarkan di peringkat global, Kia EV9 telah dikesan di Malaysia buat kali pertama beberapa hari yang lalu. Imej ini telah dikongsikan oleh pengguna Facebook, Nazrul Ihsan, EV9 yang telah menemukan EV tersebut di atas sebuah treler yang sedang diparkir di tepi jalan. 


Kia-EV9-Malaysia-RouteHunters-(4).jpgKia-EV9-Malaysia-RouteHunters-(5).jpg
EV9 ini adalah sebuah unit RHD (Foto: Route Hunters via Facebook)

Berbeza dengan gambar-gambar intipan yang pernah dilihat sebelumini, EV9 kali ini dapat disaksikan dengan jelas, tanpa pelekat samaran. 


Berdasarkan penelitian foto EV9 tambahan yang dikongsikan oleh Route Hunters, dapat dilihat model ini adalah sebuah unit pemanduan sebelah kanan (RHD). Yang menariknya, EV9 masih belum pernah dilancarkan di mana-mana pasaran RHD di dunia, ini menimbulkan persoalan sekiranya Malaysia akan menjadi pasaran RHD EV9 yang pertama di dunia. 


Kia-EV9-Malaysia-RouteHunters-(3).jpgKia-EV9-Malaysia-RouteHunters-(1).jpgUnit ini mungkin dimiliki oleh Kia APAC (Foto: Route Hunters via Facebook)


Walaupun inilah yang kita harapkan, kemungkinan untuk ini berlaku agak tipis. Mungkin, unit yang dikesan ini dimiliki oleh Kia Motors Asia Pacific (Kia APAC), yang beribu pejabat di tengah bandaraya Kuala Lumpur.


Sekiranya benar, mungkin EV9 ini telah dibawa masuk oleh Kia APAC untuk digunakan sebagai kenderaan korporat syarikat, atau lebih penting lagi, untuk menjalani beberapa ujian RHD sebelum dilancarkan di pasaran RHD yang lebih besar dan lebih penting di dunia.


Kia-EV9-9.jpgKia-EV9-6.jpg


Untuk makluman, ini bukanlah sesuatu yang pertama kali berlaku di Malaysia, kerana Kia APAC sebelum ini pernah membawa masuk pelbagai model Kia ke Malaysia, sama ada untuk tujuan ujian atau untuk digunakan sebagai kenderaan korporat syarikat.


SUV elektrik, EV9 hadir dalam reka bentuk unik yang menjadi asas untuk beberapa model Kia baharu dan facelift, termasuk Kia Niro EV yang baru dilancarkan. Menggunakan platform E-GMP milik Hyundai Group dengan binaan bateri 800V, membolehkannya memuatkan pakej bateri sebesar 99.8-kWh, yang memberikan EV9 kemampuan bergerak sehingga 541 km dengan cas penuh. 


Di pasaran tempatan Korea, Kia EV9 ditawarkan dari harga KRW 77.28 juta (~RM268,371), lebih mahal berbanding model yang lebih kecil, Kia EV6 GT, yang dijual pada harga KRW 72 juta (~RM250,075).


Kia-EV6-GT.jpgKia-EV9-4.jpg


Sekiranya pengimport dan pengedar tunggal kereta Kia di Malaysia, Dinamikjaya Motors (Bermaz) memutuskan untuk membawa masuk EV9 ke dalam pasaran tempatan pada masa hadapan, kita boleh menjangkakan harga yang tidak jauh berbeza dengan Kia EV6 GT versi Malaysia, yang kini dijual pada harga RM319,668.


Kia-EV9-8.jpg


Apa pandangan anda tentang Kia EV9? Berminat untuk melihat SUV EV tiga barisan tempat duduk ini dilancarkan di pasaran negara? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah...

Kia-EV9-10.jpg

Tag:

Kia EV9
penukaran RHD
Kia EV9 RHD
Kia APAC
Kia Motors Asia Pacific
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

02-01-2026
Berita Auto

11-12-2025
Pandu Uji

14-01-2025
Kereta Baru

11-06-2024
Kereta Baru

03-05-2024
Kereta Baru

05-04-2024
Global

28-03-2024
EV

25-08-2023

Berita Terkini

EV
Kenapa Nombor Plat EV Lambat Keluar Malaysia?

Kenapa Nombor Plat EV Lambat Keluar Malaysia?

Ada pemilik EV mengadu plat putih lambat siap. Adakah ia masalah sistem, vendor, atau kroni? Ketahui punca sebenar dan apa yang anda perlu buat.

17-04-2026
EV
Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham  EV "Bersuara"

Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"

Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.

14-04-2026
EV
Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV
Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV
4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV
Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV
Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di  Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV
Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026