- Berita
- Pandu Uji
- Mercedes-Benz GLC 300 Mahal Tapi Masih Laku
Ya, ini dia generasi kedua Mercedes-Benz GLC generasi kedua yang dilancarkan untuk pasaran tempatan.
Jika dibandingkan dengan SUV sedia ada jenama itu, sama ada elektrik atau bukan elektrik, GLC generasi baharu ini pastinya mempunyai rupa paras yang cukup segar.
Apapun, GLC generasi kedua ini kelihatan lebih dinamik dan lebih rendah daripada pendahulunya,.
Ini berkemungkinan kerana kesan visualnya disebabkan kedudukan garis bumbungnya yang rendah sedikit.
LUAR:
Menjengah bahagian luarannya, bahagian hadapan boleh dilihat menggunakan gril baharu.Β
Gril itu kini tampil dengan kilauan bintang tiga bucu seperti logo Mercedes-Benz manakala, bahagian tirai udara yang diperhalusi di sudutnya dan perincian hitam.
Melihat sisinya pula, ia hadir dengan rim AMG bersaiz 20 inci manakalaΒ bampar belakang pula hadir dengan perincian krom di sekitar ekzos.
Malah, grilnya juga kelihatan agak menonjol dan penulis mendapati jentera ini juga hadir denganΒ Β pemijak sisi serta rel bumbung.
Maka, hasil bahagian luarannya kelihatan sempurna memandangkan perekanya bijak menstabilkan ciri dinamik yang sporty, terdapat kemewahan, ciri klasik dan sedikit ciri ganas seperti mana yang terdapat pada SUV.
Berbanding model lama, GLC terbahau ini mempunyai saiz yang lebih besar, dengan ukuran 4,716 mm panjang (+60 mm), 1,890 mm lebar (kekal sama), 1,640 mm tinggi (-4 mm) serta jarak antara roda 2,888 mm (+15 mm).Β
Melihat kepada ukuran dimensinya, sudah pastinya bahagian kabinnya lebih luas dan lebar.
KABIN:Β
Sama seperti bahagian luar, bahagian dalam GLC gen kedua ini juga serba baharu, dan ia saling tidak tumpah seperti Kelas C generasi W206.
Apapun bagi si pembeli, anda akan mendapat paparan berasingan untuk instrumen dan infotainmen memamandangkanΒ kedua-duanya sudah menjadi digital sepenuhnya.
Sebaliknya, ia kiniΒ dipertingkatkan secara visual dengan interaktiviti yang lebih besar
Apa yang saya nampak, bahagian kabinnya banyak menggunakan material kulitΒ dan sentuhan lembut serta plastik.
Meskipun, jentera ini bukan yang paling luas dalam kelasnya, namun ia sebenarnya boleh menampung empat penumpang.
Berbalik kepada skrinnya, susunan tengahnya dilihat telah direka bentuk semula, di mana skrin sentuh infotainmen yang bersaiz 11.9 inci turut dipasang menyebabkan iaΒ kelihatan kemas.
TerdapatΒ juga dua pemegang cawan dan ada ruang kecil untuk mengecas namun ia sedikit sempit.
Selain aspek bising, getaran dan kekasaran (NVH), tahap kecanggihan teknologinya juga wajar dipuji.
Ia juga dilengkapi dengan sistem kawalan iklim automatik dwi zon, port pengecas USB-C (satu di hadapan, dan dua di belakang), tempat duduk hadapan boleh dilaraskan secara elektronik dan terdapat tirai tingkap di belakang.
Biarpun, ia tidak didatangkan dengan bumbung panaromik namun ia masih memberi pencahayaan yang cukup menyerlah kerana ia dipasang lampu ambien pelbagai warna.
PANDU UJI:
Datang kepada bab pandu uji, pemanduannya dikatakan lebih menyerlah berbanding dulu.
Model terbaru ini menggunakan unit M254 2.0 liter turbocas empat-silinder petrol yang menghasilkan sehingga 255 hp pada 400 Nm.
Apa yang mahu dipuji ialah ia digandingkan dengan transmisi automatik 9G-Tronic sembilan-kelajuan, serta sistem pacuan empat roda 4Matic dan sistem mild-hybrid 48-volt.
Nampaknya, Mercedes-Benz juga memperkenalkan sistem hibrid ringan MHEV membabitkan integrated starter-generator (ISG) di mana ia mendapat kuasa tambahan sebanyak 23hp dan tork 200Nm.Β
Untuk rekod, had kelajuan dihadkan pada 240km/j manakala daya pecutan 0-100km/j hanya mengambil masa 6.2 saat
Sudah tentunya, ini bukan SUV terpantas!
Namun bagi pemanduannya, sudah pastinya ia cukup padu!Β
PeredamΒ yang dipasang di keempat-empat penjuruΒ nyata menambah baik keselesaan pemanduan biarpun pada kelajuan tinggi atau ketika merempuh ketidaksempurnaan jalan raya.
SELAMAT, PRAKTIKAL
Ya, ia adalah sebuah kereta yang cukup selamat dan praktikal tetapi kami ambil maklum terhadap beberapa perkara terutama sistem bantuan ADAS.
Ia tidak didatangkan dengan ciri kawalan pelayaran pintar yang adaptif namun ia masih sarat dengan ciri-ciri keselamatan.
Antaranya seperti pemantau titik buta, mitigasi perlanggaran hadapan, serta amaran keluar lorong dan sistem kawalan kekal lorong.
Untuk harga, GLC300 4Matic AMG Line dijual pada harga RM429,888 atas jalan tidak termasuk insuran, termasuk jaminan empat tahun standard. Unit GLC ketika ini ialah model CBU yang diimport sepenuhnya, berbanding versi lama yang merupakan pemasangan tempatan.
SPESIFIKASI
2023 MERCEDES-BENZ GLC 300 4MATIC AMG LINE
ENJIN | ICE: 2.0-litre 4-cyl turbo, petrol Β Electric: 48-volt MHEV system with ISG |
TRENKUASA | 9G-Tronic 9-speed auto, All-wheel-drive (AWD) |
KUASA | 255 HP @ 5,800 RPM |
TORK | 400 NM @ 2,000 RPM |
0-100 KM/J | 6.2 saat |
V-MAKS | 240 KM/J |
ECONOMI | 7.3 liter/100 KM (WLTP) |
BERAT | 1,925 KG |
HARGA | RM429,888 |
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari