Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

PRO-NET & Public Bank Bekerjasama, Tawar Khidmat Kewangan Digital Komprehensif

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Public-Bank-Smart-MoC-(4).JPG


Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Public Bank Berhad pada 9 Ogos 2023 lalu untuk menawarkan produk dan perkhidmatan kewangan komprehensif bagi produk smart Malaysia. 


Melalui kerjasama ini, Public Bank akan melancarkan platform digital  yang mengintegrasikan sistem smart Malaysia dan penjual sah kenderaan tersebut bagi memudahkan permohonan pembiayaan sewa beli dan pembiayaan  Penstokan Lantai, segalanya di hujung jari. Pendekatan baharu ini berpotensi meningkatkan bahagian pasaran Public Bank dalam perniagaan kenderaan elektrik (EV).


Public-Bank-Smart-MoC-(6).JPG


PRO-NET, pengimport dan pengedar berlesen kenderaan smart di Malaysia dan Thailand, baru-baru ini menerima tumpuan umum selepas mempamerkan EV smart #1 semasa  Electric Vehicle Expo (EVx) 2023.


Upacara penandatanganan MoU yang berlangsung di Menara Public Bank turut dihadiri oleh  Pengarah Urusan dan CEO, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Tay Ah Lek, Timbalan CEO Public Bank, Dato’ Chang Kat Kiam,  CEO PRO-NET, En. Zhang Qiang dan  Ahli Lembaga PRO-NET, En. Roslan bin Abdullah dan En. Wang Huaibing serta  wakil pengurusan lain.


Public-Bank-Smart-MoC-(3).jpg


Tan Sri Dato’ Sri Dr. Tay Ah Lek dalam ucapannya berkata, “Menyokong pertumbuhan Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) sentiasa menjadi tunjang utama agenda pemeliharaan iklim kami. 


Bank memperuntukkan lebih daripada RM30 bilion dalam pembiayaan NEV domestik pada akhir tahun 2022, mewakili kira-kira 52 peratus daripada jumlah keseluruhan portfolio pembiayaan Sewa Beli Bank.


“Untuk membuktikan komitmen Bank, sasaran pemberian pinjaman untuk NEV kini ditingkatkan kepada RM33 bilion menjelang tahun 2025.”


Public-Bank-Smart-MoC-(5).JPG


“Terdapat peluang yang mendorong Public Bank dan PRO-NET untuk memulakan kerjasama dari awal. Kerjasama ini bukan sahaja bermanfaat untuk kami bagi mencapai objektif perniagaan masing-masing, malah turut menyumbang kepada usaha bersama kami untuk menangani perubahan iklim,” jelas beliau lagi.


Sementara itu, En. Roslan bin Abdullah menyatakan bahawa kerjasama dengan Public Bank diadakan untuk memudahkan dan mempercepatkan proses pemblian. 


Public-Bank-Smart-MoC-(1).JPG


Kolaborasi kali ini adalah satu perkara baru kerana smart merupakan jenama EV pertama yang bekerjasama dengan Public Bank, sekaligus mengubah landskap digital industri perbankan.

Tag:

Proton New Energy Technology (PRO-NET)
Public Bank Berhad
smart #1
smart Malaysia
Electric Vehicle Expo (EVx) 2023
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

3,500 Tempahan Dalam 45 Hari! Apa 'Saka' Proton e.MAS 7 PHEV Sampai Laku Keras Macam Pisang Goreng?

Luar Biasa! 3,500 Orang Dah 'Sambar' Proton e.MAS 7 PHEV, Adakah Ini SUV Paling Berbaloi 2026?

06-03-2026
Kereta Baru

PHEV Paling Mampu Milik, Proton e.MAS 7 PHEV Dilancarkan, Ada 3 Varian, Harga Semurah RM105, 800

5,000 pelanggan pertama akan menikmati rebat pelancaran khas bernilai RM 4,000 sekali gus menjadikan harga varian biasa hanya semurah RM105,800.

04-02-2026
Kereta Baru
Gaya Hidup

PRO-NET Raikan Ulang Tahun Ke-2 Dengan smart Owners Club Malaysia

PRO-NET meraikan ulang tahun keduanya bersama smart Owners Club Malaysia, baru-baru ini.

24-12-2025
Berita Auto

Proton e.MAS 7 PHEV Cecah 1,420 KM Bakal Tiba? – Jadi Tumpuan Di Proton Tech Showcase 2025

Proton sahkan rancangan untuk memperkenalkan e.MAS 7 PHEV. Dikhabarkan menggunakan platform GEA dengan kuasa 330 PS dan jarak perjalanan mencecah 1,420 km.

03-12-2025
Berita Auto

PROTON Business Case Challenge 2025, Cungkil Bakat Mahasiswa Dalam Industri Automotif

PRO-NET, anak syarikat PROTON, menganjurkan pertandingan Proton Business Case Challenge 2025 untuk mencungkil bakat mahasiswa dalam industri automotif terutamanya kenderan elektrik.

19-11-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026