- Berita
- Berita Auto
- Ambil Maklum, Ada Ops Besar-Besaran

Perhatian buat warga kota terutama yang memiliki kenderaan yang diubah suai, memasang tinted gelap dan yang sukar parkir secara berlapis!

Ini kerana Polis Kuala Lumpur akan melaksanakan operasi Hormat Undang-Undang Polis Kuala Lumpur Fasa 2 secara besar-besaran di 16 lokasi di sekitar ibu negara.
Operasi itu akan bermula pada Jumaat ini sehingga hujung bulan September 2023.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid.

“Kita akan memfokuskan tujuh jenis operasi iaitu Op Parkir Haram, Op Halangan, Op Lampu Merah, Op Nombor Pendaftaran, Op Cermin Gelap, Op Motosikal dan Op Didik.
“Sebanyak 16 lokasi menjadi tumpuan lokasi berkenaan ini termasuk Persimpangan Jalan Tun Razak, Persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman, Persimpangan Jalan Raja Laut dan Persimpangan Jalan Sultan Ismail,” katanya.
Untuk itu, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk tidak mengabaikan tanda lalu lintas dan mematuhi peraturan jalan raya demi keselamatan semua pihak.

“Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dalam melakukan kesalahan jalan raya,” katanya.
Jadi elakkan menggunakan kenderaan yang diubahsuai secara melampau jika mahu masuk ke ibu kota sekiranya tidak mahu membazir wang untuk membayar saman!
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/