- Berita
- Berita Auto
- Rider Viral Curi Perhatian, Salah Tetap Salah!

Keratan akhbar Sinar Harian.
Seorang rider yang tular di internet gara-gara dia berjalan kaki selepas motosikalnya disita akan didakwa di mahkamah Disember depan.
Motosikalnya disita kerana tidak memperbaharui lesen memandu selain tiada insurans.
Susulan itu, lelaki berusia 26 tahun itu diarahkan hadir ke Mahkamah Majistret Seremban pada 18 Disember ini atas kesalahan terbabit.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, pihaknya hanya mengambil tindakan mengikut undang-undang.
"Tetapi pemuda itu boleh mengambil semula motosikalnya selepas fail siasatan telah dilengkapkan dan cukai jalan serta insurans diperbaharui," katanya.
Kisah rider itu mendapat perhatian selepas videonya berdurasi 18 saat tular hingga mengundang simpati warganet yang turut mengecam pihak berkuasa seolah tidak bertimbang rasa atas kesalahan dilakukannya.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
