Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Rungut Tambang Feri Mahal, Akhirnya Dapat Diskaun

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Ada berita baik buat penunggang motosikal yang menggunakan perkhidmatan feri di Pulau Pinang.

Ini kerana Penang Port Sdn Bhd (PPSB) menawarkan 30 peratus diskaun tambang bagi penunggang motosikal bermula hari ini.

Difahamkan, pemberian diskaun itu akan diberikan menerusi pas musim sehingga 30 Jun tahun depan.

“Sepanjang bulan ini, PPSB sentiasa memantau komen dan kebimbangan orang ramai berhubung perkhidmatan feri Pulau Pinang.

image.png

“Jadi berkuatkuasa 12 September, PPSB menawarkan tambang diskaun sebanyak 30 peratus melalui pas musim untuk penunggang motosikal. Diskaun ini akan disediakan sehingga 30 Jun 2024,” kata PPSB dalam satu kenyataan.

Jadi, dengan pemberian diskaun tersebut, tambang motosikal bagi satu hala akan dikurangkan daripada RM2.50 ke RM1.75.

Pemberian diskaun 30 peratus dibuat selepas  akhbar Sinar Harian melaporkan rungutan penumpang feri yang meminta PPSB selaku syarikat pengendali feri baru supaya mengkaji semula kadar tambang bagi perkhidmatan itu berikutan ia dilihat terlalu tinggi.

image.png

Kebanyakan penumpang menyifatkan tambang yang dikenakan bagi kedua-dua pangkalan terlalu mahal terutamanya bagi mereka yang berulang alik menggunakan perkhidmatan itu setiap hari.


Gallery

Tag:

tambang feri
pulau pinang
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Naik Feri Percuma Selama 50 JAM

Tiada sebarang caj dikenakan sempena Hari Thaipusam.

17-01-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Genting Highlands Bakal Kenakan Tol? Salah, Rupanya Caj Dikenakan Ke Atas Kenderaan

Ahmad Maslan menjelaskan bayaran yang dikenakan di Jalan Genting Highlands bukan tol, sebaliknya caj ke atas kenderaan yang memasuki laluan bukit itu.

17-11-2025
Berita Auto

Perhatian! Tiket ETS Untuk Raya 2026 Sudah Mula Dijual

Tiket Hari Raya Aidilfitri 2026 sudah mula dijual.

17-11-2025
Berita Auto

Bentley Continental Supersports Didedahkan – Model Paling Ringan Bentley, Capai 657 HP

Hanya lebih setahun selepas Continental GT generasi baharu diperkenalkan, Bentley Motors kini menghidupkan semula model ikonik grand tourer dua pintunya, Bentley Continental Supersports Edisi Terhad terbaru.

17-11-2025
Berita Auto

Jualan BYD Melonjak 70%, Ini Strategi BYD Untuk Kekal Kompetitif Di Malaysia

Pengarah Urusan BYD Cars Malaysia, Eagle Zhao, mendedahkan beberapa angka jualan yang memberangsangkan, menunjukkan pertumbuhan pesat jenama ini di Malaysia.

17-11-2025
Berita Auto

MLFF: Kerajaan Akan Pinda 3 Akta

Tiga akta di bawah Kementerian Kerja Raya akan dipinda selewat-lewatnya pada tahun hadapan.

17-11-2025
Berita Auto

RTS Di Depoh Wadi Hana Jalani Ujian

Tren Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura pertama yang tiba di Depoh Wadi Hana di Johor Bahru akan menjalani beberapa fasa pengujian termasuk proses pencantuman.

17-11-2025
Berita Auto

Baik Pulih Jalan Gua Musang-Jeli Bakal Siap Hujung Bulan Ini

Kerja-kerja membaik pulih di Kilometer 11.95 Jalan Gua Musang-Jeli, Kelantan yang terjejas dengan kejadian lubang benam dan tanah runtuh dijangka siap hujung bulan ini.

17-11-2025
Berita Auto

Ramai Bising Laluan Masuk Genting Highlands Bakal Dikenakan Caj, Ini Jawapan Menteri

Beberapa hari lepas kecoh apabila pihak Genting Malaysia akan mengenakan caj untuk masuk ke tempat peranginan itu.

17-11-2025