Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

BYD Seal, Dolphin Cukup Selamat?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Syarikat BYD melakar sejarah tersendiri apabila dua modelnya, BYD Seal dan BYD Dolphin berjaya menerima  penarafan 5 bintang menerusi program penilaian keselamatan EURO NCAP yang diadakan baru-baru ini.

Menurut BYD, kejayaan itu dicapai disebabkan kualiti binaan dan teknologi mereka termasuk e-Platform 3.0 dan bateri Blade. 

.E-Platform 3.0 generasi baharu BYD terdiri daripada rangkaian kuasa elektrik 8-dalam-1 bersepadu tinggi pertama di dunia.

Ia direka khas untuk kenderaan elektrik, di mana ia memberikan kelebihan sepenuhnya terhadap kecerdasan, kecekapan dan keselamatan.

image.png

Apa yang cukup menarik ialah e-Platform 3.0 menampilkan struktur 'laluan berbilang beban’.

Ini bermakna ia  mengawal cara tenaga diserap oleh kereta sekiranya berlaku perlanggaran, sekaligus membantu meminimumkan kesan ke dalam kabin penumpang.

Maka, tidak hairanlah mengapa kedua-dua model itu layak menerima skor yang tinggi dalam ujian tersebut.

Menyentuh mengenai ujian pemarkahan, BYD Seal menerima:

image.png

Perlindungan Penumpang Dewasa – 89%

Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak – 87%

Bantuan Keselamatan – 76%

Perlindungan Pengguna Jalan Raya – 82%

image.png

Sementara itu, BYD Dolphin pula:

Perlindungan Penumpang Dewasa – 89%

Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak – 87%

Bantuan Keselamatan – 79%

Perlindungan Pengguna Jalan Raya – 85%

Bercakap mengenai kejayaan itu, Pengarah Urusan BYD Eropah berkata, pihaknya cukup teruja menyaksikan prestasi luar biasa semua model BYD kerana berjaya melepasi syarat ujian keselamatan Eropah yang ketat.

image.pngimage.png

“BYD Seal dan BYD Dolphin kini mengikuti jejak langkah BYD Atto 3 dalam mencapai penarafan ujian keselamatan tertinggi. Itu adalah sesuatu yang boleh dibanggakan. Ia menggariskan betapa gigihnya BYD bekerja tanpa henti dalam bidang pembangunan teknologi mesra alam. 

image.png

“Pelanggan mendapat jaminan bahawa keselamatan sentiasa berada di barisan hadapan dalam semua inovasi kamI,” katanya.


Gallery

Tag:

byd seal
BYD Dolphin
Euro NCAP
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

BYD Seal 2025 Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – Skor Paling Tinggi Diterima EV Di Rantau Asia

Model sedan elektrik penuh (EV) BYD Seal 2025 kini secara rasmi disahkan sebagai antara jentera paling selamat setelah berjaya merangkul penarafan 5 bintang penuh dalam ASEAN NCAP.

30-10-2025
EV

BYD Seal 6 Terima Sambutan Hebat, Lebih 100 Unit Diserahkan Dalam Seminggu

Dalam tempoh hanya seminggu selepas dilancarkan di pasaran tempatan, lebih 100 unit BYD Seal 6 telah diserahkan kepada pelanggan di serata Malaysia.

07-10-2025
Kereta Baru

BYD Seal 6 EV Kini Rasmi Di Malaysia – 2 Varian, Dari RM100,000

Sebentar tadi, BYD Malaysia telah melancarkan secara rasmi kenderaan elektrik (EV) terbarunya, BYD Seal 6.

26-09-2025
Kereta Baru

Lagi BYD Seal Versi Terkini, Bakal Dilancar Esok

BYD Cars Malaysia a akan melancarkan model baharu, BYD Seal 2025, pada hari esok.

21-08-2025
Global

BYD Seal 5 DM-i PHEV Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Seterusnya?

BYD mengukuhkan kehadirannya dalam pasaran kenderaan tenaga baharu (NEV) di Asia Tenggara dengan pelancaran model BYD Seal 5 DM-i di Thailand.

13-08-2025
Pandu Uji

Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.

27-01-2025
Kereta Baru

Varian Asas Sedan BYD Seal Dynamic Dilancarkan Di Malaysia – Dari RM163,800

Sime Darby Beyond Auto baru sahaja melancarkan varian asas terbaru dalam ‘keluarga’ BYD Seal, iaitu BYD Seal Dynamic. Ini spesifikasinya.

06-09-2024
EV

Tinggal 2 Hari Lagi, BYD Seal Dynamic Masuk M'sia, Harga Bawah RM160K Je

BYD Seal Dynamic dikatakan adalah model EV paling murah.

03-09-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026