Link Copiedcheck_circle
Global

Macam Kereta Kartun, Harga Boleh Tahan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selepas dua tahun, tiada sebarang  pengubahsuaian dilakukan ke atas kereta kei Nissan, ia akhirnya menyaksikan perubahan yang agak ketara buat model tahun 2024.

Kebanyakan perubahan dilakukan pada bahagian luaran manakala kabinnya pula dilengkapi dengan beberapa ciri baharu dan kemudahan amenity untuk tujuan  keselesaan.

image.png

Menjengah bahagian luarannya, gril hadapannya dilihat  menggabungkan signatur rekaan gril V-Motion dan diapit dengan lampu depan serba baharu.

image.pngimage.png

Sementara itu, varian tinggi,  Dayz Highway Star pula mendapat jeriji hadapan yang lebih lebar, garis krom melintang, rim sporti bersaiz 14 inci termasuk bampar belakang rekaan baharu.’

Seperti mana yang dijangkakan, Nissan Dayz 2024 ini masih mengekalkan enjin tiga silinder sebaris 660 cc dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 64 hp.

image.png

Enjinnya masih dipadankan dengan kotak gear CVT yang sama seperti sebelum ini, dengan konfigurasi pacuan roda hadapan (FWD) dan pacuan semua roda (AWD).

Transmisi ini ditawarkan sebagai ciri standard namun bergantung pada varian.

image.png

Apa yang berita buruknya ialah ia cuma didapati secara eksklusif di pasaran domestik Jepun (JDM).

Ia dijual pada harga bermula dari 1,437,700 yen (RM45,229) untuk versi asas, sementara Dayz Highway Star G Turbo Pro Pilot Edition pula  berharga sekitar 2,08 juta yen (RM65,432).

Sebaliknya, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) masih belum menawarkan jentera ini ke pasaran tempatan.

Namun kami menjangkakan ia akan berada di beberapa pengedar kereta persendirian di Malaysia sebagai unit pengintip yang diimport sepenuhnya (CBU) dalam beberapa tahun lagi.

Apa pula pandangan anda mengenai Nissan Dayz 2024 ini? Kongsikan.

Gallery

Tag:

Edaran Tan Chong Motor (ETCM)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Pandu Uji

16-01-2026
Kereta Baru

05-12-2025
Kereta Baru

19-09-2025
Kereta Baru

29-08-2025
Kereta Baru

24-07-2025
Berita Auto

04-06-2025
Kereta Baru

Berita Terkini

Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026
Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026
Global

Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.

25-02-2026
Global

Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks e-Power facelift (P15) dilaporkan bakal dilancarkan secara rasmi di Thailand pada Mac ini.

25-02-2026