Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Terima Aduan Jalan Rosak, Terus Baiki

Suhana Veru

13-10-2023

Kongsi melalui

image.png

Percaya atau tidak, lebih  4,100 jalan berlubang di Jalan Persekutuan yang dikenal pasti sudah dibaik pulih.

Itu kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, tadi.

Menurutnya, kerajaan komited memastikan tindakan diambil dalam tempoh 24 jam selepas menerima aduan jalan berlubang memandangkan aspek keselamatan jalan raya akan terus diberi pertimbangan utama.

Katanya, kemalangan jalan raya terus menyumbang angka kematian tinggi dengan purata lebih 6,000 kematian termasuk insiden enam sekeluarga maut di Jalan Kuantan-Segamat Bandar Muadzam.

image.png

"Kerajaan negeri juga harus memanfaatkan sepenuhnya peruntukan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) berjumlah RM5.4 bilion yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi memastikan jalan negeri juga dalam keadaan terbaik untuk kegunaan rakyat.

"Pada tahun hadapan, RM2.8 bilion disediakan untuk menyelenggara jalan dan jambatan persekutuan dengan RM300 juta dikhususkan kepada kontraktor G1 hingga G4," katanya.

Tambah beliau, kerajaan akan meningkatkan peruntukan kepada RM200,000 berbanding RM100,000 kepada 115 jurutera daerah dengan peruntukan keseluruhan RM30 juta.

"Sebanyak RM100 juta disediakan bagi menyelenggara lampu jalan termasuk menggantikan kepada jenis LED yang dapat menjimatkan elektrik sehingga 60 peratus dengan RM50 juta turut disediakan untuk tujuan sama di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh negara.

"Sebanyak RM50 juta juga disediakan untuk merawat kawasan kemalangan tinggi antaranya menaik taraf lampu isyarat sedia ada kepada lampu isyarat pintar di Jalan Persekutuan bagi membantu mengurai kesesakan laluan trafik," katanya.


Gallery

Tag:

Anwar Ibrahim
belanjawan 2024
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

600,000 Kes Kemalangan Tahun Lepas, Ramai Masih Leka

Kempen kesedaran perlu dipertingkatkan memandangkan kes kemalangan mencecah 600,000 pada tahun lepas.

08-08-2024
Berita Auto

AHTV Bakal Jadi Hab Kenderaan Tenaga Baharu Dunia

Projek Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim, Perak melakar sejarah apabila DRB-HICOM memeterai Perjanjian Kerjasama Utama (MCA) dengan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely).

12-10-2023
Berita Auto

PM Jelaskan Mengapa Harga Petrol Tak Boleh Turun

Harga petrol tidak boleh diturunkan kepada RM1.50 seliter susulan perkembangan kadar semasa minyak mentah dunia.

19-09-2023
Berita Auto

PM, Elon Musk Rasmi Ibu Pejabat Tesla-Malaysia

Musk dijangka ke Malaysia pada September atau Oktober ini.

10-08-2023
Berita Auto

SAH! Tesla Dah Beli Ibu Pejabat

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Tesla Inc telah membeli kompleks besar di Cyberjaya untuk dijadikan sebagai ibu pejabat syarikatnya.

02-08-2023
Berita Auto

"Negara Kehilangan Tokoh Dedikasi," - Anwar Ibrahim

Jenazah Salahuddin Ayub selamat dikebumikan pada pukul 12.05 tengah hari tadi.

24-07-2023
EV

Untung Siapa Duduk Cyberjaya, Ada Tesla

Tesla bersetuju untuk menubuhkan ibu pejabat Tesla di Cyberjaya.

14-07-2023
Berita Auto

Anwar Ibrahim Perdana Menteri Ke-10, Ini Info Kereta PM

Tular beberapa gambar mengenai kereta yang dinaiki Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika tiba di Istana Negara, semalam.

25-11-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Projek ECRL Telah Capai Kemajuan Lebih 80%

Projek ECRL yang merentasi empat negeri telah mencapai kemajuan keseluruhan sebanyak 82.45 peratus sehingga April 2025.

06-05-2025
Berita Auto

Toyota GR86 Cup Car Kini Dijual Di Malaysia – Hanya Ada 30 Unit, Berharga RM208,315

Kesemua unit GR86 Cup Car yang diimport sepenuhnya dari Jepun mematuhi peraturan teknikal yang ditetapkan.

06-05-2025
Berita Auto

Toyota Hilux, Fortuner 'Takluki' Carta Kes Kecurian Tertinggi Tahun 2024

Toyota Hilux merupakan kenderaan paling banyak dicuri di Malaysia bagi tahun 2024, data yang dikongsikan oleh syarikat-syarikat insurans itu didedahkan oleh VTAREC.

06-05-2025
Berita Auto

Cadangan penswastaan Lebuhraya LIKE, KBL Dilaksana Secara Berperingkat

Cadangan penswastaan LIKE dan KBL oleh Ekovest Bhd (Ekovest) akan dilaksanakan secara berperingkat.

06-05-2025
Berita Auto

PDRM Perak Tawar Diskaun Saman 50%! Ini Infonya...

Orang ramai yang mempunyai saman trafik kini berpeluang menikmati diskaun sehingga 50% bagi kesalahan terpilih, menerusi inisiatif khas oleh PDRM.

06-05-2025
Berita Auto

Perodua Myvi & Yamaha 135LC Paling Kerap Kemalangan Tahun 2024

Dua model kenderaan paling popular di jalan raya Malaysia, Perodua Myvi dan motosikal Yamaha 135LC, mencatatkan jumlah tuntutan insurans tertinggi.

06-05-2025
Berita Auto

Ahli Parlimen Gesa Kerajaan Tangguh Penyasaran Subsidi RON95

Langkah itu dilihat perlu bagi menunjukkan kerajaan prihatinterhadap kesan di sebalik pelaksanaan tarif timbal balas oleh AS.

05-05-2025
Berita Auto

14 Kenderaan Merempuh Sesama Sendiri, Inilah Padah Ikut Rapat Sangat, - Netizen

14 kenderaan berlanggaran sesama sendiri di BKE, awal pagi tadi.

05-05-2025