Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

UMWT Bantu Persatuan Kanser Kebangsaan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) menyampaikan sumbangan sebanyak RM170,000 kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) selepas membuat kutipan sempena kempen Start Your Impossible (SYI), baru-baru ini.

Presiden UMW Toyota, Datuk Ravindran K berkata, sumbangan ini diharapkan dapat membantu NCSM, yang menjadi pelopor dalam penjagaan kanser di Malaysia.

Menurutnya, dengan hasil kutipan itu, NCSM boleh meneruskan Program Saringan Kanser dan Pemeriksaan Kesihatan Komuniti termasuk Jejak Kanser dan Kempen Vaksinasi.

“Sumbangan itu juga akan digunakan untuk tujuan pengangkutan harian bagi pesakit yang tinggal di Rumah Kanak-kanak dan Warga Emas untuk mendapatkan rawatan perubatan.

“Kerjasama ini sebenarnya  membuktikan dedikasi kami untuk mencipta perubahan positif. Hasrat kami adalah untuk meningkatkan kesedaran, pendidikan dan sokongan kepada masyarakat dan menyakinkan mereka bahawa mereka mempunyai sistem sokongan yang cukup kukuh untuk melawan penyakit kanser,” katanya dalam satu kenyataan.

image.png

Untuk makluman anda, SYI ialah kempen penjenamaan oleh Toyota Motor Corporation (TMC) yang dilancarkan sempena Sukan Olimpik Tokyo pada tahun 2020. 

Selaras dengan kempen ini, UMWT memperkenalkan acara tahunan Toyota Outrun yang diadakan bukan sahaja untuk mempromosikan imej jenama yang lebih dinamik, tetapi juga untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai sebuah syarikatmobiliti yang inovatif. 

Difahamkan, hasil kutipan dari acara ini hanya akan disalurkan khusus kepada badan bukan kerajaan seperti NCSM.


Gallery

Tag:

UMW Toyota Motor (UMWT)
Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

UMW Toyota Tak Gentar Jualan Rendah, Fokus Bina Ekosistem Hibrid Yang Kukuh

UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengumumkan pencapaian awal tahun 2026.

09-02-2026
Kereta Baru

Toyota Vios HEV 2026 Kini Di Malaysia: 2 Varian, Guna 3.6L/100km, Dari RM103,900!

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi melancarkan Toyota Vios HEV 2026 untuk pasaran tempatan hari ini.

29-01-2026
Berita Auto

Jualan Kereta Toyota Dari Jan-Nov 2025 Catat 88,133 Unit

UMW Toyota Motor (UMWT) mencatatkan jualan kereta sebanyak 88,133 unit dalam tempoh 11 bulan ini .

05-12-2025
Berita Auto

Pusingan Akhir Toyota GR Malaysia eRacing Championship 2025 Sengit & Meriah

Pusingan terakhir Toyota GR Malaysia eRacing Championship 2025 yang berlangsung di Sunway University menjadi medan persaingan sengit antara pelumba simulator terbaik negara dengan hadiah keseluruhan bernilai RM123,000.

15-10-2025
Berita Auto

Jualan UMWT Melonjak Bulan Lepas, Jual 8,172 Unit Kereta Dalam Sebulan

UMW Toyota Motor (UMWT) mencatat jualan agak memberangsangkan pada bulan lepas apabila jualan kereta mencecah sebanyak 8,172 unit.

06-10-2025
Berita Auto

5 Sebab Kenapa Pemilik Kereta Toyota Di Malaysia Bertuah

Dalam artikel kali ini, kami dedahkan LIMA faktor utama yang membuatkan ramai pemilik Toyota rasa ‘bertuah’ membeli model kereta jenama Jepun ini.

09-09-2025
Berita Auto

UMW Toyota Jual Hampir 9,000 Unit Pada Julai 2025, Umum Kempen Bulan Kemerdekaan

UMWT mengumumkan pencapaian jualan pada Julai 2025 yang cukup memberangsangkan iaitu mencecah 8,877 unit kenderaan.

07-08-2025
Berita Auto

Toyota SYI Outrun 2025: 6,500 Peserta Bersatu Kumpul RM200,000 Untuk Kanser

Acara larian Toyota Start Your Impossible (SYI) Outrun 2025 yang dianjurkan UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) pada hujung minggu lalu, 27 Julai di Putrajaya.

31-07-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026