Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pemilik ‘Lesen Terbang’ Pembunuh Di Jalan Raya

Sofea Najmi

Kongsi melalui

thumb-LESEN-TERBANG.png


“Murah, cepat dan mudah!” Itulah ayat yang sering digunakan oleh penjual 'lesen terbang' yang kini berleluasa di media sosial. Kerana inginkan jalan yang singkat, ada yang tidak kisah untuk mendapatkan lesen ini, kesannya? Menjadi ‘pembunuh beroda’ di jalan raya. 


Memandangkan isu ini kian meruncing, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia mengingatkan rakyat Malaysia agar tidak terpedaya dengan sindiket yang menawarkan lesen memandu tidak sah atau melalui iklan-iklan yang dipaparkan di media sosial.


WhatsApp-Image-2023-11-23-at-1.26.20-PM-(1).jpegWhatsApp-Image-2023-11-23-at-1.26.19-PM.jpeg


Antara group di Telegram yang menawarkan perkhidmatan haram ini


Ketua Pengarah JPJ, Datuk Rospiagos Taha mengatakan bahawa pihaknya telah mengesan akaun media sosial di laman seperti Facebook dan aplikasi Telegram yang menjanjikan pengeluaran lesen memandu dengan harga murah dan proses yang mudahWalau bagaimanapun, lesen tersebut tidak sah di sisi undang-undang.


“Pemantauan JPJ mendapati bahawa, terdapat beberapa modus operandi yang digunakan oleh sindiket ini menggunakan platform media sosial untuk mempromosikan iklan dengan menggunakan pelbagai kaedah untuk menjerat mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.


WhatsApp-Image-2023-11-23-at-1.26.20-PM-(2).jpeg


Antara ayat pujukan daripada penjual lesen terbang



Tambah beliau, sindiket tersebut menggunakan pelbagai kaedah ’godaan’, termasuk memaparkan gambar lesen memandu JPJ untuk menarik perhatian orang ramai dengan janji mendapatkan lesen tanpa ujian dalam tempoh yang singkat, pada harga yang murah, proses yang mudah serta sukar dikesan oleh pihak berkuasa.


Pihak JPJ menjalankan kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengesan pemilik akaun media sosial yang terlibat dalam penawaran dan operasi sindiket penipuan ini.


Beliau menegaskan bahawa memiliki lesen tidak sah adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 108 Akta 333, dan memandu kenderaan tanpa lesen yang sah tidak hanya melanggar undang-undang, tetapi juga membahayakan diri sendiri dan orang lain dengan meningkatkan risiko kemalangan.

Tag:

Lesen Terbang
Lesen Tidak Sah
JPJ
Scam
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

19-02-2026
Berita Auto

28-01-2026
Berita Auto

22-01-2026
Berita Auto

30-12-2025
Berita Auto

23-12-2025
Berita Auto

18-12-2025
Berita Auto

18-12-2025
Berita Auto

15-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026