- Berita
- Teknologi
- Tak Perlu Pegang Stereng Atau Pandang Jalan, Ini Dia Teknologi Pemanduan Tahap 3 BMW
Tak Perlu Pegang Stereng Atau Pandang Jalan, Ini Dia Teknologi Pemanduan Tahap 3 BMW

Fungsi pemanduan automatik Tahap 3 yang membolehkan pemandu melepaskan pegangan stereng bakal disediakan pada model terkini BMW 7 Series untuk pasaran Jerman.
Fungsi canggih baharu yang dinamakan BMW Personal Pilot L3 ini boleh dimanfaatkan dalam situasi pemanduan tertentu yang akan mengawal tahap kelajuan kenderaan, jarak dengan kenderaan lain dan kedudukan di dalam lorong secara automatik.

Teknologi inovatif ini membolehkan pemandu memberi tumpuan kepada aktiviti dalam kenderaan semasa memandu pada kelajuan sehingga 60 km/j di lebuh raya. Dibantu oleh sensor yang canggih, ini merupakan sistem pertama yang boleh digunakan dalam keadaan gelap.
Pengenalan teknologi pemanduan automatik Tahap 3 dalam model BMW 7 Series menjadikan BMW Group sebagai jenama pertama yang menawarkan kedua-dua fungsi pemanduan canggih Tahap 2 dalam portfolionya.

Perbezaan antara teknologi Tahap 2 dan Tahap 3 ialah sistem bantuan pemandu pada Tahap 2 memerlukan pemandu untuk terus memerhatikan persekitaran. Sementara Tahap 3 pula membolehkan pemandu memberi perhatian kepada aktiviti lain di dalam kenderaan seperti membaca emel, membuat panggilan telefon, menonton video dan sebagainya.
Ciri canggih ini boleh diaktifkan dengan hanya satu sentuhan butang pada stereng. Namun begitu, walaupun sistem ini diaktifkan, pemandu perlu sentiasa bersedia untuk menjadi pemandu sekiranya keadaan memerlukan yang mana pemandu akan dimaklumkan melalui sistem isyarat visual dan akustik.

Sistem peta HD secara langsung yang digunakan sentiasa tepat kerana lokasi dikesan menggunakan sistem GPS canggih serta kerana kekerapan kemaskini perisian. Dalam BMW 7 Series terbaru, fungsi ini disokong oleh teknologi perisian baharu, platform pengkomputeran yang canggih, dan capaian rangkaian 5G BMW Cloud.
Selain kamera, kenderaan dengan BMW Personal Pilot L3 juga dipasang dengan sensor ultrasonik generasi terkini dan sensor radar, serta sensor lidar 3D dengan tahap kepekaan yang tinggi bagi memantau kawasan sekitar kenderaan dan situasi jalan. Teknologi ini membolehkan ciri BMW Personal Pilot L3 digunakan walaupun dalam situasi gelap.

Buat masa ini, teknologi ini akan ditawarkan secara eksklusif untuk pasaran Jerman bagi model terbaru, BMW 7 Series (tidak termasuk i7 eDrive50 dan i7 M70 xDrive) dengan caj tambahan 6,000 euro untuk dipasangkan pada kenderaan bermula bulan Mac tahun depan.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

