Link Copiedcheck_circle
EV

Porsche Macan: Ada 2 Varian

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Selepas 10 tahun dilancarkan di pasaran, Porsche Macan generasi kedua kembali tetapi ia kali ini didatangkan dalam versi elektrik sepenuhnya.

Porsche Macan ditawarkan dalam dua pilihan varian: Macan 4 dan Macan Turbo.

Model generasi kedua ini dibangunkan  pelantar Premium Platform Electric (PPE) yang dibangunkan bersama dengan Audi. 

Platform ini menggunakan binaan elektrik 800 volt manakala baterinya pula sel Lithium-Nickel Manganese Cobalt dengan kapasiti 95kWh.

image.png

Kedua-dua varian dikuasakan dengan dua motor elektrik synchronous jenis magnet tetap.

Maka, Macan 4 mampu menghasilkan kuasa setakat 402hp dan 650Nm tork, manakala Macan Turbo pula lebih bertenaga kerana m menjana kuasa sehingga 630hp dan 1,130Nm tork.

Ini bermakna Macan 4 boleh memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam masa 5.2 saat manakala Macan Turbo pula 3.3 saat iaitu lebih pantas berbanding 911 GT3.

image.png

Difahamkan, ia mampu memecut pada angka itu disebabkan mod Overboost semasa Launch Control.

Dengan menggunakan platform PPE, ia  boleh mengecas daripada 10 hingga 80 peratus dalam masa 21 minit. 

Mengikut kitaran data WLTP, Macan 4 mampu bergerak sejauh 613km dan Macan Turbo pula mampu mencapai jarak sejauh 591km.

image.png

Selain itu, kedua-dua Macan 4 dan Macan Turbo juga dilengkapi dengan  Penyerap Kejutan Penggantungan Udara selain menerima penambahbaikan dengan penyerap hentak dua injap terbaharu Porsche sama seperti Porsche Cayenne.

Seperti mana yang dilaporkan sebelum ini, Macan baharu memuatkan pelbagi teknologi baharu seperti paparan digital baharu manakala kapasiti butnya juga lebih besar iaitu 540 liter.

image.png

Apapun, ia bakal memasuki memasuki pasaran di seluruh dunia menjelang suku  kedua tahun ini dan  kami juga boleh menjangkakan Porsche Malaysia (Sime Darby Auto Performance - SDAP) akan membuka  tempahannnya.

Bagaimanapun, tiada sebarang harga didedahkan. Sebagai rujukan, SDAP menawarkan Macan yang ada ketika ini pada harga RM469,000 dan RM895,000.

Gallery

Tag:

Porsche
Porsche Macan EV
Sime Darby Auto Performance (SDAP)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

03-02-2026
Global

27-01-2026
Global

20-01-2026
Global

15-12-2025
Global

24-11-2025
Global

20-11-2025
Teknologi

27-10-2025
Global

22-10-2025

Berita Terkini

EV

UPSI, Proton Cadang Wujudkan Pusat Pembelajaran EV Pertama di Malaysia.

UPSI menjalinkan kerjasama dengan Proton Holdings Berhad (PROTON) bagi mempromosikan ekosistem pengetahuan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) serta teknologi Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.

25-02-2026
EV

Krisis Kewangan Bukan Penghalang, Polestar Bakal Lancar 4 Model EV Baharu

Jenama kacukan Sino-Sweden ini baru sahaja mengumumkan strategi pengembangan produk yang cukup berani dengan empat model elektrik (EV) baharu bakal dilancarkan menjelang 2028.

20-02-2026
EV

Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur

Tesla Malaysia telah membuat penghantaran rasmi kenderaannya ke Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

19-02-2026
EV

BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.

12-02-2026
EV

Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP

Toyota akhirnya mendedahkan secara rasmi model SUV tiga baris tempat duduk elektrik, Toyota Highlander EV 2027 untuk pasaran Amerika Utara.

12-02-2026
EV

smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa

Jenama smart kini selangkah ke arah pelancaran model terbaharunya, smart #6 EHD, selepas berjaya menamatkan fasa ujian musim sejuk yang ekstrem di China.

11-02-2026
EV

Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.

11-02-2026
EV

Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen

Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.

11-02-2026