Link Copiedcheck_circle
Teknologi

Tesla Bekerjasama Dengan Samsung, Integrasi Mudah Dengan Pelbagai Produk Pintar

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Tesla-Samsung-SmartThingsEnergy.jpg


Tesla jalin kerjasama dengan Samsung untuk memanfaatkan platform SmartThings Energy bagi menguruskan tenaga untuk rumah pintar.


Samsung Electronics mengumumkan kerjasama baharu dengan syarikat teknologi dan kenderaan elektrik (EV) Amerika Syarikat, Tesla, untuk membentuk integrasi perkhidmatan baru. Teknologi tersebut akan dipamerkan semasa acara Consumer Electronics Show (CES) 2024 di Las Vegas, Amerika Syarikat, minggu ini, kerjasama ini akan menyaksikan integrasi antara platform SmartThings Energy milik Samsung dengan beberapa produk Tesla.


Integrasi ini dapat dilakukan dengan mudah kerana Tesla akan melancarkan Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API) rasmi untuk produknya, yang membolehkan kerjasama dan integrasi dengan pihak ketiga.


Tesla-Powerwall-(1).jpgTesla-SolarRoof.jpg


Manfaat utama kerjasama ini adalah untuk membolehkan platform SmartThings Energy milik Samsung berhubung dengan beberapa produk Tesla seperti Tesla Powerwall, Solar Inverter, pengecas Wall Connector serta kenderaan EV mereka. Pengguna kini boleh mengakses dengan mudah data berkaitan penghasilan, penyimpanan dan penggunaan tenaga produk Tesla mereka melalui mana-mana peranti Samsung yang disambungkan kepada platform.


Selain itu, platform SmartThings Energy juga boleh diselaraskan (sync) dengan fungsi 'Storm Watch' pada Tesla Powerwall, yang memberi amaran kepada pengguna sekiranya berlaku cuaca ekstrem atau bencana yang boleh menyebabkan gangguan bekalan tenaga seperti ribut salji dan taufan. Setelah kedua-dua platform diselaraskan, pengguna boleh mendapat amaran melalui SmartThings pada peranti yang disambungkan, di mana Mod Tenaga AI boleh diaktifkan untuk memanjangkan tenaga simpanan yang tinggal dalam Tesla Powerwall mereka.


“Pelanggan Tesla Energy kini boleh mengurus dan memantau status tenaga rumah mereka melalui SmartThings Energy dan peranti Samsung selain daripada aplikasi Tesla, memastikan akses dan ketersambungan yang lebih baik,” kata Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pasukan Pembangunan IoT di Pusat Platform Peranti di Samsung Electronics, Chanwoo Park. 


Mengulas mengenai kerjasama Tesla dengan Samsung, Naib Presiden Kanan Trenkuasa dan Kejuruteraan Tenaga Tesla,  Drew Baglino berkata, “Di Tesla, kami komited untuk menambah kemampuan produk kami untuk berinteraksi dengan peranti dan perisian pintar lain di rumah pelanggan.


“Kami gembira kerana Samsung telah memilih untuk menjadi pembangun (developer) awal, memandangkan kedudukan mereka yang terkemuka dalam teknologi rumah pintar pengguna,” tambah beliau. 


Tesla-Powerwall-(2).jpgSamsung-SmartThings-Energy.jpg


SmartThings Energy yang dihubungkan dengan Tesla Powerwall akan dipamerkan buat pertama kalinya di tapak pameran Samsung di CES 2024. Dengan perkhidmatan sebenar masih dalam pembangunan, firma tersebut meletakkan sasaran untuk melancarkan integrasi sistem baharu ini pada suku kedua tahun 2024.


Di Malaysia, bagaimanapun, semua produk tenaga Tesla, seperti Solar Roof dan Powerwall, masih belum ditawarkan di pasaran. Namun produk-produk tersebut boleh dilihat di dalam laman web rasmi Tesla. 

Tag:

Samsung Electronics
Tesla
Consumer Electronics Show (CES) 2024
CES 2024
Teknologi Tesla
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Teknologi

08-01-2024
Teknologi

05-01-2024
EV

10-07-2025
Global

25-06-2025
EV

10-06-2025
Teknologi
Global

05-05-2025
Global

15-04-2025

Berita Terkini

Teknologi

Teknologi ‘Super Extended Range’ IM Motors– Bateri Berkapasiti Tertinggi Dengan Enjin Turbo

IM Motors, jenama hasil usaha sama antara SAIC Motor Corporation, Alibaba Group dan Zhangjiang Hi-Tech, dijangka memperkenalkan teknologi ‘Super Extended Range’ pada 1 Ogos ini.

28-07-2025
Teknologi

BYD Perkenal Sistem Parkir Autonomi, Syarikat Tanggung Jika Ada Kerosakan

BYD mengumumkan bahawa sistem bantuan pemanduan canggihnya (ADAS) God’s Eye, kini menyokong fungsi parkir autonomi tahap 4.

11-07-2025
Teknologi

Geely Pamer Sistem Hibrid AI Canggih, EM AI Super Hybrid 2.0 – Cecah 2,100 KM!

Geely memperkenalkan sistem kuasa hibrid terbarunya yang dinamakan Geely EM AI Super Hybrid 2.0 di pameran automotif Auto Chongqing 2025.

17-06-2025
Teknologi

MARii, Petronas Perkenal Teknologi ADaPTiV: Bantu Ramal Masalah Kenderaan Sebelum Berlaku

Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) telah bekerjasama dengan Petronas Global Technical Solutions Sdn Bhd (PGTSSB) memperkenalkan sistem ADaPTiV.

16-06-2025
Teknologi

Jalan Raya Negara Diawasi Dron, Sensor & AI

Malaysia kini berusaha untuk memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan keselamatan, kecekapan dan keberkesanan infrastruktur jalan raya.

30-05-2025
Teknologi

Pioneer SXT-C10PS: Radio Untuk Kereta Klasik Dengan Ciri Moden 'Tersembunyi'

Pioneer, jenama besar dalam dunia elektronik memperkenalkan unit audio bergaya klasik yang sarat ciri moden, Pioneer SXT-C10PS.

27-05-2025
Teknologi

ZF Dedah Sistem Range Extender Untuk EV

ZF memperkenalkan sistem range extender yang baharu dan canggih untuk kenderaan elektrik (EV).

29-04-2025
Teknologi

Geely Perkenal G-Pilot: ADAS Canggih Dengan Navigasi Pintu-ke-Pintu

Gergasi automotif China, Geely, telah memperkenalkan versi terkini sistem bantuan pemanduan (ADAS) G-Pilot.

05-03-2025