- Berita
- Gaya Hidup
- Ada Ford Ranger? Jom Sertai Ford Ranger Getaways
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia bakal mengadakan program Ford Ranger Getaways 2024 yang lebih menarik untuk tahun ini.
Selain kursus-kursus pengendalian pacuan empat roda aktiviti lasak seperti paragliding dan aktiviti berakit nampaknya, pemilik Ford Ranger perlu besedia sedia untuk mencuba pelbagai aktiviti menarik yang menanti mereka.
Program gateways kali ini memberi peluang pemilik Ranger menikmati pengalaman cukup berharga dan apa yang penting mereka berpeluang menerokai pemanduan trak pikap 4x4.
Untuk itu, SDAC sekali lagi akan mengadakan kursus pemula 4WD di pusat Latihan off-road M4Trec di Semenyih, Selangor.
Apa yang pasti, ia akan menjadi satu pengalaman yang mengujakan bagi mereka yang pertama kali menyertai aktiviti Ford Ranger Gateways termasuk untuk mereka yang berpengalaman dalam pemanduan off-road.
Selain program di Semenyih, SDAC juga sudah menyusun program mencabar seharian di Kampung Ulu Slim, Perak pada 20 April ini.
Aktiviti itu akan bermula dengan pemanduan trek 4x4 untuk pemula dan kemudian diikuti dengan aktiviti berakit yang cukup mencabar dan akhir sekali ialah aktiviti berenang di perairan Lobok Kotak.
Bagaimanapun, pemilik Ranger di Malaysia Timur juga tidak dilupakan.
Ini kerana pemilik Ranger di Sarawak juga berpeluang menyertai kursus latihan trek off-road di Akademi Latihan 4x4 Sarawak (Sar4Trac) pada 27 April nanti.
Bagi yang tidak tahu, pusat latihan pacuan empat roda ini adalah pertama yang terletak di Kampung Barieng, Bau, Sarawak.
Malah, pemilik Ranger di sekitar Sarawak juga dialuka-alukan mengunjungi Pusat Pengalaman Pemanduan Off-Road di Saradise.
Di sini, tenaga pengajar profesional bersedia membantu pemilik Ranger untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai keupayaan jentera mereka.
Jadi, pusat latihan itu ada menyediakan beberapa halangan serta laluan mencabar bagi membolehkan pemilik Ranger mengharungi laluan berkenaan dan mengetahui selok-belok pengendalian jentera mereka nanti.
Program Ford Ranger Getaways juga turut diadakan di Ranger Training Experience di Sabah selama dua hari bermula 18 Mei nanti.
Para pemilik Ranger di Sabah juga berpeluang menerokai pemanduan mereka dengan mengharungi pelbagai halangan yang disediakan di pusat latihan itu.
Lebih menarik, mereka juga akan menerima sijil sebaik menamatkan kursus itu nanti.
Selain Sabah dan Sarawak, acara konvoi juga akan diadakan dari SDAC Ford Ara Damansara ke Tanjung Tuan Forest pada 27 Julai nanti.
Tidak ketinggalan juga bagi mereka yang mahu melakukan aktiviti mencabar kerana SDAC ada menawarkan pemanduan seharian ke Kuala Kubu Bharu pada 10 Ogos ini.
Ini membolehkan para pemilik Ranger yang terlibat u menyertai aktiviti paragliding sebaik tiba di puncak bukit.
Bagi yang berminat untuk menyertai mana-mana kembara ini, KLIK.
Sehubungan itu, pemilik Ford Ranger dan Ranger Raptor juga berpeluang mendapat diskaun istimewa melalui kad Ford Inner Circle mereka (terhad kepada penebusan sekali sahaja).
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari