Link Copiedcheck_circle
Teknologi

Model Mana Yang Ada AACP? Kena Tunggu Pengumuman

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pengeluar kereta nasional Proton mengesahkan bahawa pihaknya akan menyediakan sokongan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay (AACP) untuk beberapa model keretanya, mulai tahun ini.

Menurut Ketua R&D Proton, Mohd Haizam, pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan anak syarikat teknologinya Aco Tech, yang turut membekalkan infotainmen kepada kereta Proton.

Apa yang mengejutkan, perisian AACP  akan mula digunakan dengan  X90 D-SUV dan bukannya sedan S70 yang lebih baharu.

image.pngimage.png

“Kami masih membangunkan AACP dengan pembekal kami, ACO Tech. Ia bukan dipasang pada S70, kami akan menggunakan X90, tetapi ia akan menjadi model kami yang seterusnya, model baharu yang akan datang,” katanya.

Ini bermakna SUV X90 baharu ditetapkan untuk menjadi model Proton pertama yang mendapat sokongan Android Auto dan Apple CarPlay secara rasmi. 

image.png

Pemilik X90 dijangka mendapat pengumuman rasmi mengenai pengemaskinian perisian over-the-air (OTA) dalam masa terdekat.

Malah, dalam barisan untuk mendapatkan kemas kini OTA ini ialah sedan S70, kerana kedua-dua unit infotainmen X90 dan S70 mampu menyokong fungsi berkenaan.

Bagi model Proton berasaskan Geely yang lain seperti X50 dan X70, Proton tidak membuat sebarang jaminan berhubung ketersambungan itu.

Ini kerana terdapat cabaran dari pelbagai aspek untuk menawarkan AACP bagi model lama. Umumnya, ia bergantung kepada peranti, kos dan juga perlesenan.

image.png

“Saya tak akan sebutkan model mana, yangperantinya tidak boleh dinaik taraf untuk tujuan ini.Sekiranya, kami mengemaskini perisiannya, cipnya tidak mampu menampung AACP,”’ kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah.

Selain  X90 dan S70, Proton juga ada memberi bayangan bahawa model baharu seterusnya akan mempunyai Android Auto dan Apple CarPlay sebagai satu ciri standard.

image.pngimage.png

Walaupun Proton tidak menyebut mana-mana model nama tertentu, namun ada kemungkinan besar  facelift X70 yang akan datang dilancarkan tidak lama lagi akan dilengkapi dengan AACP.

Gallery

Tag:

Proton X90
Proton S70
AACP
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

09-04-2025
Berita Auto

23-01-2025
Berita Auto

20-09-2024
Berita Auto

23-08-2024
Berita Auto

19-06-2024
Berita Auto

06-06-2024
Berita Auto

21-03-2024
Pandu Uji

19-03-2024

Berita Terkini

Teknologi

Geely Pamer Sistem Hibrid AI Canggih, EM AI Super Hybrid 2.0 – Cecah 2,100 KM!

Geely memperkenalkan sistem kuasa hibrid terbarunya yang dinamakan Geely EM AI Super Hybrid 2.0 di pameran automotif Auto Chongqing 2025.

17-06-2025
Teknologi

MARii, Petronas Perkenal Teknologi ADaPTiV: Bantu Ramal Masalah Kenderaan Sebelum Berlaku

Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) telah bekerjasama dengan Petronas Global Technical Solutions Sdn Bhd (PGTSSB) memperkenalkan sistem ADaPTiV.

16-06-2025
Teknologi

Jalan Raya Negara Diawasi Dron, Sensor & AI

Malaysia kini berusaha untuk memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan keselamatan, kecekapan dan keberkesanan infrastruktur jalan raya.

30-05-2025
Teknologi

Pioneer SXT-C10PS: Radio Untuk Kereta Klasik Dengan Ciri Moden 'Tersembunyi'

Pioneer, jenama besar dalam dunia elektronik memperkenalkan unit audio bergaya klasik yang sarat ciri moden, Pioneer SXT-C10PS.

27-05-2025
Teknologi

ZF Dedah Sistem Range Extender Untuk EV

ZF memperkenalkan sistem range extender yang baharu dan canggih untuk kenderaan elektrik (EV).

29-04-2025
Teknologi

Geely Perkenal G-Pilot: ADAS Canggih Dengan Navigasi Pintu-ke-Pintu

Gergasi automotif China, Geely, telah memperkenalkan versi terkini sistem bantuan pemanduan (ADAS) G-Pilot.

05-03-2025
Teknologi

Teknologi Hidrogen Toyota Makin Canggih – Jarak Lebih Jauh, Kos Lebih Rendah

Toyota memperkenalkan sistem sel bahan api hidrogen generasi ketiga yang menawarkan peningkatan ketara dari segi jarak perjalanan dan penjimatan kos.

18-02-2025
Teknologi

Ciri 'Mata Tuhan' Didatangkan Standard Pada Semua Model BYD

‘Mata’ yang dimaksudkan ialah sistem bantuan pemanduan pintar (ADAS) terbaru BYD yang dinamakan “God’s Eye.”

15-02-2025