- Berita
- Teknologi
- DDPai Malaysia Lancar Dashcam N5 Dual & Kamera Aksi Ranger – Rakaman 4K, GPS
DDPai Malaysia Lancar Dashcam N5 Dual & Kamera Aksi Ranger – Rakaman 4K, GPS


DDPai N5 Dual (kiri) dan DDPai Ranger (kanan).
Baru-baru ini, DDPai Malaysia memperkenalkan dua produk baharu ke pasaran tempatan iaitu kamera papan pemuka (dashcam), DDPai N5 Dual untuk pengguna kereta dan kamera aksi, DDPai Ranger untuk pengguna motosikal atau basikal.
DDPai N5 Dual didatangkan dalam pakej satu set kamera depan dan belakang.
N5 Dual, seperti namanya, ia merupakan set kamera dwi-saluran yang terdiri daripada dua kamera. Satu adalah unit hadapan yang membuat rakaman pada resolusi 4K, manakala kamera belakang pada resolusi 1080p.
Walaupun berbeza dari segi resolusi, dashcam dari negara China ini mampu menghasilkan imej yang jelas pada waktu siang dan malam disebabkan oleh penggunaan teknologi RealCube dan NightVIS.
Kamera hadapan dengan resolusi 4K dashcam ini mempunyai sudut pandangan yang ultra lebar iaitu seluas 140 darjah, menjanjikan hasil rakaman yang luas.
Selain itu, berbeza dengan set kamera dashcam dwi-saluran yang lain, pengguna boleh mendapatkan ciri tambahan iaitu radar gelombang milimeter kawalan AI. Ciri ini mempunyai keupayaan pengesanan gerakan time-lapse secara automatik sehingga 15 hari.


N5 Dual boleh dilengkapkan dengan ciri tambahan iaitu radar gelombang milimeter kawalan AI (kiri). Pandangan 140 darjah dan teknologi RealCube dan NightVIS membolehkan rakaman dibuat dengan jelas (kanan).
Dashcam ini menyokong kad SD mikro sehingga 512 GB sebagai tambahan kepada storan terbina dalam, 32 GB DDPai N5 Dual. Sekiranya berlaku sebarang masalah dengan rakaman yang terdapat dalam kad SD, DDPai telah menyediakan sistem yang dipanggil failover untuk simpanan rakaman.
Di samping itu, dashcam ini menggunakan supercapacitor untuk membolehkan kamera terus berfungsi walaupun kereta tidak dihidupkan.
Dari segi sambungan, DDPai N5 Dual dilengkapi dengan teknologi GPS terbina dalam serta Bluetooth dan 5G WiFi yang memudahkan sambungan dengan aplikasi telefon pintar. Ciri menarik lain ialah arahan suara untuk mengambil gambar dan juga ciri ADAS.

DDPai Ranger dibangunkan khas untuk pengguna motosikal dan basikal.
Produk kedua yang diperkenalkan ialah DDPai Ranger. Kamera ini dibangunkan khas untuk penunggang motosikal dan pengayuh basikal.
Kamera hadapan DDPai Ranger boleh membuat rakaman pada resolusi 4K dengan pandangan ultra lebar 150 darjah, dikuasakan oleh teknologi imej RealCube dan NightVIS.
Ranger dilengkapi dengan teknologi penstabilan Triple Ride Stabilization yang membantu menstabilkan rakaman melalui penyeimbangan ketinggian dan pembetulan herotan. Ciri ini boleh diakses melalui paparan skrin sentuh 1.3 inci di bahagian atas kamera yang mempunyai kadar kecerahan mencapai 700 nit.
Selain itu, skrin tersebut juga dapat menunjukkan data berkaitan pemanduan. Ini disokong oleh sistem penjejakan GPS multi-mode dan multi-star, giroskop enam paksi, magnetometer, altimeter, kompas dan lebih banyak lagi teknologi lain.


DDPai Ranger dilengkapi dengan paparan sentuh 1.3 inci (kiri), boleh dipasang dengan pangkalan pengecas AC (kanan) sebagai pilihan tambahan untuk operasi berterusan seperti dashcam.
Video yang dirakam disimpan dalam storan eMMC 128 GB yang terdapat dalam Ranger, walaupun tiada sokongan SD mikro, DDPai Ranger mempunyai ciri kalis air IP67 dan habuk.
DDPai Ranger dikuasakan oleh bateri berkapasiti 1,600 mAh yang boleh dihubungkan kepada pengecas melalui pangkalan cas AC untuk membolehkan operasi kamera dilakukan secara berterusan seperti dashcam. Berkenaan dengan sambungannya pula, Ranger hadir dengan teknologi 5G WiFi dan Bluetooth 5.2.


N5 Dual ditawarkan pada harga bermula daripada RM449 dan Ranger daripada RM1,099
Pembelian kamera rakaman ini boleh dibuat stor dalam talian rasmi DDPai Malaysia, Shopee dan Lazada, dengan harga bermula daripada RM449 untuk N5 Dual, atau RM599 dengan teknologi radar tambahan. Sementara itu, Ranger pula dijual pada harga bermula daripada RM1,099 tanpa aksesori tambahan.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
