- Berita
- Gaya Hidup
- SDAC Hulur Dana, Bantu Orang Asli Tambah Pendapatan
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) selaku pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia terus komited membantu masyarakat Orang Asli dengan menyampaikan dana sebanyak US$10,000 (RM45,745)
SDAC yang mendapat kerjasama daripada Yayasan Keamanan Global (Global Peace Foundation) Malaysia memberi tumpuan terhadap menyokong program OA-Eco Farm oleh GPF di empat perkampungan Orang Asli di Kuala Rompin, Pahang.
Untuk makluman, program OA-Eco Farm merupakan usaha penanamaan makanan yang bertujuan untuk membantu Orang Asli meraih pendapatan.
Program itu turut menyediakan latihan praktikal, serta subsidi terhadap perkakas dan pengagihan benih.
Bagi menjayakan program itu, SDAC menerusi dana tabung Ford Motor Company (Ford Motor Company Fund) menghulurkan dana sebanyak sebanyak US$10,000 (RM45,745).
Difahamkan, seramai 22 sukarelawan dari SDAC menyertai usaha berkenan bersama dengan pasukan GPF untuk melawat tiga perkampungan terlibat pada 9 Mac lalu.
Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair berkata, Yayasan Keamanan Global telah mengambil langkah penting dalam membantu komuniti Orang Asli.
“Kami amat berbangga untuk meneruskan kerjasama bagi membawakan kesan yang lebih besar ke atas kehidupan komuniti Orang Asli,” katanya.
Program OA-Eco Farm: dari kebun ke pasar.
Cabaran utama penanaman makanan dalam golongan ini adalah sumber yang terhad untuk membeli benih, kelengkapan pembenihan dan perkebunan, serta cabaran alam sekitar seperti cuaca kering dan tanah kering dan keras. Lebih dikenali sebagai kelompok pemburu, kemahiran dalam teknik penanaman mapan untuk menguruskan kesihatan tanah adalah penting untuk kejayaan.
Dikenali kerana kesungguhan untuk menyokong komuniti masyarakat yang rentan dengan cara memupuk keupayaan daya tahan mereka, GPF melancarkan program OA-Eco Farm untuk mengatasi masalah ini.
Usaha berkenaan tidak hanya mempertingkatkan kehidupan golongannOrang Asli tetapi turut mempromosi amalan mapan dan pemuliharaan alam sekitar.
Program berkenaan menerapkan kaedah penanaman yang menyeluruh dikenali sebagai Syntropic Farming yang menghidupkan semula eko-sistem serta membugarkan tanah bagi memastikan sekuriti makanan dan kemapanan.
Untuk maklumat lanjut berkaitan Yayasan Keamanan Global dan untuk menyumbang kepada komuniti Orang Asli, layari https://globalpeace.org.my/.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/