Link Copiedcheck_circle
EV

Thailand Bakal Terima G6, Seterusnya Malaysia?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pembuat kereta elektrik dari China, XPeng dikatakan sudah bersedia untuk menembusi pasaran ASEAN terutamanya Thailand, Singapura dan Malaysia pada tahun ini.

Model yang akan ditawarkan itu dikenali sebagai SUV elektrik, XPeng G6, Ia hadir dalam bentuk pemanduan tangan kanan (RHD).

Untuk itu,  negara jiran kita di utara, Thailand akan menerima XPeng G6 memandangkan butiran mengenai spesifikasi dan harga sudah pun didedahkan baru-baru ini.

image.png

Dua varian akan ditawarkan, iaitu G6 Standard Range dan G6 Long Range.

Berdasarkan laporan terperinci yang diterbitkan oleh portal automotif Thailand, HeadlightMag.com, varian pertama dijual pada harga RM197,183 manakala Long Range RM223,475.

image.png

Kedua-dua varian ini yang menggunakan motor Tunggal dilengkapi dengan motor yang boleh mengeluarkan kuasa setakat 292 hp dan tork 440 Nm.

Standard Range boleh memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam masa 6.6 manakala Long Range pula 5.9 saat.

Buat masa ini, tiada sebarang petunjuk bahawa XPeng akan  menawarkan G6 dalam bentuk dwi-motor, pacuan semua roda (AWD) untuk pasaran ASEAN.

Sebaliknya di China, XPeng dikatakan lebih bertenaga kerana boleh menghasilkan kuasa setakat 480 hp dan 660 Nm.

Kembali kepada model spesifikasi Thailand, terdapat perbezaan antara Standard Range dan Long Range terutama dari segi kapasiti bateri masing-masing

image.pngimage.png

Varian rendah disumbat dengan pek jenis litium besi fosfat (LFP) 66 kWh, yang menjanjikan pergerakan sehingga 580 kilometer.

Bagi Long Range, ia menerima pek bateri yang lebih besar, 87.5 kWh dimana ia boleh bergerak sejauh 755 km

image.png

SUV ini menggunakan asas sistem elektrikal 800V dimana ia turut menyokong pengecasan DC sehingga 280 Kw.

Dari segi saiz dan dimensi, XPeng G6 ialah sepanjang 3,753 mm dengan jarak roda 2,890 mm, selebar 1,920 mm dan setinggi 1,650 mm.

Melihat saiznya itu, ia dikatakan mempunya sama saiz seperti Tesla Model Y, BMW iX3, dan Hyundai Ioniq 5 .

Dari segi kabinnya pula,  XPeng G6 dikatakan lebih kurang sama dengan  sebahagian besar pesaing segmennya yang disebutkan tadi.

Ia juga mempunyai  skrin sentuh infotainmen bersaiz 14.96 inci, dipadankan dengan panel instrumen digital 10.2 inci, manakala tempat duduk hadapannya bolehkan dilaraskan secara elektronik.

Antara amenity yang disediakan termasuk port pengecasan berkuasa, bumbung kaca panoramik, pintu belakang berkuasa, serta pelbagai sistem bantuan pemandu aktif (ADAS) .

image.png

Ini antara maklumat yang dapat dikongsi mengenai spesifikasi G6 untuk pasaran Thailand.

Malah, XPeng G6 dijangka menjadi model pertama yang ditawarkan oleh pengedar baharu Bermaz Auto Bhd (BAuto). 

image.png

XPeng G6 akan masuk ke Malaysia  sejurus selepas jualan model itu bermula di negara jiran Thailand dan Singapura pada akhir tahun ini.

Gallery

Tag:

XPENG G6
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

07-05-2025
EV

11-03-2025
EV

01-03-2025
Pandu Uji

24-01-2025
Teknologi

06-01-2025
EV

07-10-2024
EV

03-10-2024
EV

24-09-2024

Berita Terkini

EV
Kia Carens Clavis Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Murah

Kia Carens Clavis Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Murah

Kia telah melancarkan satu lagi model MPV versi elektrik, Kia Carens Clavis di India, baru-baru ini.

17-07-2025
EV
Zeekr 7X Raih Euro NCAP 5 Bintang – SUV Elektrik Paling Selamat Di Pasaran

Zeekr 7X Raih Euro NCAP 5 Bintang – SUV Elektrik Paling Selamat Di Pasaran

SUV elektrik kompak terbaru, Zeekr 7X, menerima penarafan keselamatan penuh lima bintang dalam ujian pelanggaran di bawah Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP).

16-07-2025
EV
Huawei & BAIC Perkenal Wagon Elektrik Stelato S9T – Muncul Tidak lama Lagi

Huawei & BAIC Perkenal Wagon Elektrik Stelato S9T – Muncul Tidak lama Lagi

Huawei melalui HIMA baru-baru ini telah memperkenalkan model wagon elektrik pertamanya, Stelato S9T, yang bakal memasuki pasaran China tidak lama lagi.

16-07-2025
EV
Pandu Uji Roadster Elektrik Pertama Di Dunia, MG Cyberster Di MG Motor Old Klang Road

Pandu Uji Roadster Elektrik Pertama Di Dunia, MG Cyberster Di MG Motor Old Klang Road

Orang ramai kini berpeluang memandu uji roadster elektrik pertama di dunia, MG Cyberster menerusi acara MG Cyberster Exclusive Test Drive Weekend yang akan berlangsung pada 19 dan 20 Julai ini di bilik pameran MG Motor Old Klang Road, Kuala Lumpur.

15-07-2025
EV
Skuter Elektrik Murah: Solo 1C Ditawarkan Semurah RM599 Namun Ada Syaratnya

Skuter Elektrik Murah: Solo 1C Ditawarkan Semurah RM599 Namun Ada Syaratnya

SoloEra Solo 1C yang dijual pada harga serendah RM599 sahaja melalui inisiatif rebat EV MARiiCas.

15-07-2025
EV
BYD Atto 2 Bakal Dilancar 24 Julai Ini, Yang Penting BYD Atto 2 Tiada Pesaing Dari Jenama EV Lain
EV
China Kenakan Peraturan Ketat Untuk Pedal Tunggal Mulai 2027

China Kenakan Peraturan Ketat Untuk Pedal Tunggal Mulai 2027

China akan mengetatkan penggunaan mod pedal tunggal bermula tahun depan.

15-07-2025
EV
Belum 7 Tahun, Xpeng Sudah Capai 800,000 Unit Penghantaran Kenderaan

Belum 7 Tahun, Xpeng Sudah Capai 800,000 Unit Penghantaran Kenderaan

Dalam tempoh kurang tujuh tahun, jenama automotif premium China, Xpeng, baru-baru ini telah melepasi angka penghantaran sebanyak 800,000 unit kenderaan.

15-07-2025