Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

KIA EV9: Ada 2 Varian, Harga Lebih RM400K

Suhana Veru

Kongsi melalui

 image.png

Pengedar Kia di Malaysia, Dinamikjaya Motors Sdn Bhd mengumumkan di halaman Facebook rasminya  bahawa EV9 flagship EV sudah dibuka untuk tempahan

 

Sebaliknya, tiada sebarang maklumat berhubung  spesifikasi dan harganya.

 

Namun berdasarkan sumber dalaman kami, EV9 akan didapati dalam dua varian untuk pasaran tempatan.


image.png

 

EV9 akan hadir dengan varian 7 tempat duduk  (2-3-2) dan 6-tempat duduk (2-2-2).

 

Sumber yang sama juga menyatakan bahawa anggaran harga SUV ini dijangka sekitar RM400,000.


image.png

 

Tiada sebarang butiran mengenai teknikal dikongsi namun Dinamikjaya Motors berkemungkinan akan menawarkan EV9 dengan bateri yang lebih besar  iaitu 99.8 kWj.


image.pngimage.png

 

Seperti mana model EV6 GT-Line, EV9 akan juga hadir dengan motor berkembar  dan pacuan semua roda (AWD).

 

Dari segi prestasi, varian EV9 mampu menghasilkan kuasa setakat  380 hp dan 600 Nm.

 

Ini membolehkan SUV EV tiga barisan tempat duduk itu  mampu memecut dari  0-100 km/j hanya dalam hanya 5.3 saat manakala kelajuan maksimum ialah  200 km/j.

 

Dari segi jarak pergerakan, varian yang menggunakan dua motor boleh bergerak sejauh 541 km dengan hanya sekali cas.

 image.png

 

Jika menggunakan pengecas pantas DC maksima 350 kW, ia boleh mencapai tahap pengecasan 10-80% dalam masa 24 minit.

 

Ia juga  menampilkan fungsi V2L (vehicle-to-load) bagi membolehkan kuasa elektriknya digunakan untuk mengoperasikan peralatan elektrik yang lain.

Selain itu, tiada sebarang perincian yang disahkan setakat ini dan ada kemungkinan semuanya akan terjawab selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024 nanti.

Gallery

Tag:

Dinamikjaya Motors Sdn Bhd
Kia EV9
EV9 SUV
Kia EV9 SUV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

KLIMS 2024: Kia Sportage Generasi Ke-5 Dilancar, Ada 4 Varian, Harga Bermula Dari RM145,999

Pengedar tunggal jenama Kia di Malaysia, Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, memperkenalkan Kia Sportage generasi kelima, ke pasaran tempatan.

04-12-2024
Berita Auto

Beli Kereta Kia & Menang 2 Tiket Ke Australia Open 2025

Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, pengedar eksklusif model Kia di Malaysia, telah mengumumkan pelancaran kempen “Australia Open 2025 with Kia."

03-08-2024
Berita Auto

Pemasangan CKD Kia Sportage Generasi Ke-5 Telah Bermula, Ini Yang Boleh Dijangkakan...

Bermaz telah memulakan usaha pemasangan tempatan (CKD) untuk model Kia Sportage baharu di kilang Inokom di Kulim, Kedah.

03-07-2024
Kereta Baru

Kia EV9 2024 Dilancarkan Di TRX, Rasmi Di Malaysia – 2 Varian, Capai 505 KM, Dari RM369K!

Dinamikjaya Motors Sdn Bhd hari ini telah melancarkan kenderaan elektrik bateri (BEV) keduanya di pasaran Malaysia, Kia EV9 2024 di The Exchange TRX.

11-06-2024
Pandu Uji

Besar Macam Anak Gajah Pun Boleh Laju, MPV TERPALING Sempurna

Mesti ramai tak percaya MPV ini boleh memecut laju.

27-05-2024
Kereta Baru

Kia EV9 Serba Baharu Kini Rasmi di Malaysia – 2 Varian, Dari RM369K

Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, pengedar eksklusif jenama Kia di Malaysia hari ini telah melancarkan Kia EV9 Serba Baharu. Ini spesifikasinya...

03-05-2024
Kereta Baru

Kia Carnival 2024: 3 Varian, Harga Berbaloi

Kia Carnival 2024 adalah model yang sudah dikemaskini.

08-02-2024
Kereta Baru

Kia Carnival CKD, Harga Cukup Rahmah

Ini dia Kia Carnival versi CKD.

01-11-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

smart #5 Kini Rasmi Di Malaysia – Audio Sennheiser, Capai 590 KM, Dari RM199,800

smart Malaysia (PRO-NET) hari ini melancarkan secara rasmi kenderaan elektrik (EV) premium terbaharu mereka, smart #5, ke pasaran tempatan. Dengan rekaan yang lebih menyerlah, SUV ini disasarkan kepada rakyat Malaysia yang ingin beralih kepada sistem mobiliti yang lebih canggih.

14-11-2025
Kereta Baru

Ford Ranger Raptor Sport Baharu Dilancar - Harga RM273,888*

Sime Darby Auto ConneXion - Ford (AutoConneXion) melancarkan Ford Ranger Raptor Sport 3.0 serba baharu sempena Ulang Tahun Ke-3 Next-Gen Raptor di Malaysia.

14-11-2025
Kereta Baru

Honda CR-V Dual-Tone Edition Kini Di Pasaran – Terhad 300 Unit, Dari RM169,900

Sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-25, Honda Malaysia (HM) mengumumkan syarikatnya itu kini menawarkan versi khas, CR-V Dual-Tone Edition, eksklusif untuk CR-V generasi keenam varian E dan V.

13-11-2025
Kereta Baru

Jenama Forthing Sedia Tembusi Pasaran Malaysia – SKD, Rasmi Disember 2025

Ekspo Teknologi & Automotif Global (GATE) 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen KL (KLCC) dari 12 hingga 14 November telah membawa satu kejutan besar yang mana sebuah jenama automotif baharu dari China, Forthing, membuat kemunculan pertama di negara ini.

13-11-2025
Kereta Baru

Ini Dia BYD Shark 6 Versi PHEV-Bakal Dilancar Tahun Depan

Pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia, Sime Motors buat julung kalinya mendedahkan model trak pikap plug-in hybrid pertama mereka, BYD Shark PHEV , di Plaza Arkadia, Desa Parkcity, Kuala Lumpur sebentar tadi.

13-11-2025
Kereta Baru

Tempahan Proton Saga Serba Baharu (MC3) Sudah Dibuka-Harga Sekitar RM40,000-RM50,000

PROTON mengumumkan bahawa tempahan untuk Saga serba baharu (MC3) sudah dibuka di semua wakil pengedar sah PROTON di seluruh negara.

11-11-2025
Kereta Baru

Jetour T2 Versi Pasaran Malaysia Dipertontonkan – Anggaran Dari RM178,888

Jetour Malaysia telah mendedahkan kepada umum model SUV ranggi terbaru, Jetour T2, dalam versi pemanduan sebelah kanan (RHD) di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC).

09-11-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz GLC 200 4Matic Bakal Tiba Di Malaysia

Seperti yang dijangkakan, Malaysia bakal menjadi antara pasaran penting yang bakal menerima kemasukan varian baharu peringkat asas bagi model SUV crossover premium, Mercedes-Benz GLC 200 4Matic.

07-11-2025