Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Ini 4 Perkara Yang Anda Patut Tahu Mengenai smart #3

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pada minggu lepas, penulis dijemput oleh smart Malaysia untuk memandu uji smart #3 yang menjadi bualan hangat sejak tahun lepas.

Seperti sedia maklum, smart #3 sudah pun berada di beberapa pasaran antarabangsa.

Bagi yang tidak tahu, smart #3 adalah model kedua dari jenama smart Automobile selepas ia memeterai kerjasama dengan Geely dan Mercedes-Benz, untuk membangunkan model pertamanya smart #1

image.png

Jadi, sudah tidak menjadi rahsia lagi, pengedar rasmi smart, PRO-NET dikhabarkan akan membawa masuk smart #3 ke pasaran kita tidak lama lagi.

Bila tarikh pelancarannya, ia masih menjadi rahsia.

Sebaliknya, dengan sesi pandu uji ini, kami di CariCarz.com berkesempatan menggali butiran lebih mendalam bagaimana Geely mereka cipta jenama smart Automobile ini.

image.png

Setelah saya memandu uji varian smart #3 premium dan Brabus , hakikatnya banyak info yang dapat diperoleh namun apakan daya, pihak media diminta mematuhi embargo iaitu dilarang menyiarkan berita sehingga masa yang ditetapkan.

Jadi, tidak banyak maklumat yang dapat didedahkan kecuali pengalaman kami mengenai pandu uji smart #3.

Ini  4 perkara yang ada patut ambil tahu mengenai smart #3!

1. Pengendalian Mantap

image.png

Setelah memandu kedua-dua varian, saya mendapati smart #3 menawarkan pengendalian yang cukup baik.

Sebaik masuk ke dalam trek Proton yang terletak di Shah Alam, saya diarahkan untuk terus menuju ke arah kon untuk memandu di selekoh dalam bentuk angka  8.

Ujian ini sebenarnya mahu menguji kebolehan dalam mengendalikan kereta ini di selekoh pada kelajuan tinggi dan dilihat ia  lebih stabil berbanding #1.

Ketika membuat pusingan 8, jarak kereta dan kon agak rapat namun saya tetap dapat melakukan pusingan selekoh tanpa menjatuhkan kon.

Sterengnya cukup responsif ketika bermain-main corner di litar terbabit.

image.png

Selain daripada ringan, kereta ini dilihat mempunyai pusat graviti yang lebih rendah dan bumbungnya yang rendah juga sebenarnya memainkan peranan penting untuk meledakkan pemanduannya

Ini memberikannya kestabilan yang tinggi serta keupayaan untuk mengendalikan selekoh dengan mantap berbanding EV lain. 

image.png

Secara keseluruhannya, dari dua pusingan singkat kami mengelilingi tre, ia sebenarnya sudah  memberi gambaran sebenar.

image.png

2. Laluan trek jenis curam

Bagi laluan selekoh curam bagai litar ‘speedway’ NASCAR, saya pada mulanya dinasihatkan untuk memandu pada had laju 90 kilometer sejam (km/j).

Sejurus memulakan di trek yang lurus, saya langsung tidak dapat merasakan kelajuannya sebenarnya sudah mencecah 140 kilometer sejam.

Ya, saya tidak sedar langsung kelajuan saya itu sebenarnya sudah menjangkaui had laju yang ditetapkan.

Manakan tidak, tiada sebarang bunyi yang masuk di dalam kabin membuatkan saya tidak sedar bahawa saya sedang lenjan EV ini.

Lazimnya, kalau kereta yang biasa-biasa, kita sudah merasakan kelajuan tinggi kerana angin masuk ke dalam kabin dan kadang kala ada kereta jenis mudah terbuai apabila dipandu laju.

Namun, smart #3 merupakan EV yang lain daripada lain sehingga ketika menguji pada trek yang curam juga, ia tetap menawarkan pengendalian yang tetap.

Apa yang mengejutkan di sini ialah betapa hebatnya smart #3 apabila dilenjan pada  kelajuan tinggi dan ia menawarkan daya graviti yang mencukupi ketika melalui laluan paling curam itu.

Pendek kata, pemanduan smart #3 sememangnya cukup meyeronokkan kerana tiada bunyi bising dan saya berasa pemanduannya agak ringan.

image.png

Secara jujurnya, walaupun diberikan dua pusingan pendek untuk mengelililingi trek dengan memandu laju dan merasai pemanduan di jalan raya biasa, saya masih belum berpuas hati memandu uji smart #3 kerana masa yang diberikan agak pendek memandangkan ramai media yang terlibat dalam pandu uji ini.

Jadi, anda perlu mengikuti CariCarz.com untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rebiu smart #3.

3. KABIN LUAS.

Jika  kebanyakan SUV crossover berbentuk coupe, menawarkan  bumbung yang lebih rendah sekali gus membuatkan penumpang belakang menjadi kurang selesa.

Namun lain pula bagi crossover smart #3 ini kerana ruang kepala yang ditawarkan sebenarnya sudah cukup memadai untuk orang Asia macam kita.

Selain ruang kepala, ruang kakinya untuk penumpang belakang juga agak luas. Jadi, tiada istilah EV ini bersaiz kecil.

Ketika penulis duduk di belakang sementara merasai pemanduan rakan setugas dari Motocar, saya dapat merasakan kabinnya agak luas di belakang namun boleh memuatkan sehingga tiga orang dalam satu masa.

4. Apa beza smart #1 dan smart#3?

Paling ketara ialah dari segi bentuknya, ia menawarkan rekaan yang cukup memukau dan agak sporty berbanding smart#1.

Selain itu, smart #3 dikatakan lebih luas dan lebih panjang berbanding smart #1  kerana ukuran panjang smart #3 ialah 4,400 mm, selebar 1,844 mm, setinggi 1,556 mm manakala jarak roda pula 2,785 mm.

Ini bermakna, smart #3 lebih panjang 130 mm dengan jarak roda yang lebih panjang 35 mm dan ia lebih lebar 22mm berbanding smart #1.

Memandangkan fakta bahawa kedua-dua kereta berkongsi platform Geely SEA (Sustainable Experience Architecture) yang sama, maka perbezaannya tidaklah begitu ketara.

Selain itu, kami dimaklumkan  bahawa kabin #3 dilengkapi dengan tempat duduk berbeza kerana dibaluti dengan material yang lebih mewah.

Setakat ini, itu sahaja kupasan saya mengenai smart#3 kerana anda perlu mengikuti rebiu penuh kami di slot akan datang. 

Gallery

Tag:

premiumsmart#1
smart #3
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

smart#1 Laku Keras

Model smart #1 melakar sejarah dalam pasaran kenderaan elektrik.

16-04-2024
Berita Auto

Beli smart #1 Sekarang, Ada Tawaran Istimewa

Kempen smart Ri-Ya sudah bermula.

14-03-2024
Berita Auto

Ramai Betul Dah Tempah smart#1

smart#1 laku keras.

07-12-2023
Pandu Uji

Kereta smart#1 Memang "SMART" Habis

Penulis berkesempatan memandu uji dua varian smart#1 baru-baru ini.

18-10-2023
EV

Cas EV e.MAS 7 & smart Murah 30% Sempena Tahun Baharu Cina

Pemilik kenderaan elektrik (EV) Proton e.MAS 7 dan model keluaran anak syarikatnya, Pro-Net, iaitu smart #1 dan smart #3, dapat menikmati diskaun.

24-01-2025
EV

Smart #1, #3 Dipamer Di AEON Tebrau, Orang Tebrau Boleh Datang Jenguk

smart Malaysia mengadakan smart Tour Roadshow di pusat beli-belah Aeon di Tebrau, Johor bermula hari ini hingga 17 November.

13-11-2024
EV

smart Tour Brand Roadshow Kini Berlangsung di Midvalley Southkey Mall, JB – Pandu Uji smart #1 & #3, Tawaran "BRABUS Fever"

Orang ramai kini berpeluang untuk menyaksikan kenderaan elektrik (EV) smart #1 dan smart #3 yang sarat dengan kecanggihan dengan lebih dekat lagi sempena smart Tour Brand Roadshow.

20-09-2024
Berita Auto

Nak Tengok Kereta Smart? Jom Ke Gurney Plaza, Mana Tahu Berkenan

smart Malaysia mengadakan Jelajah smart Tour untuk mempamerkan kenderaan smart #1 dan #3 di Gurney Plaza, Pulau Pinang bermula hari ini.

04-09-2024

Berita Terkini

Pandu Uji

Pandu Uji Denza D9 Premium AWD, Patutlah Antara MPV Paling Laris Di Malaysia, Ini Sebabnya...

Beberapa media dijemput Denza Malaysia untuk merasai keupayaan sebenar Denza D9, baru-baru ini.

27-05-2025
Pandu Uji

[PANDU UJI] Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max – Bergaya, Jimat & Praktikal

Ini pendapat kami mengenai Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max.

27-05-2025
Pandu Uji

[PANDU UJI] 9 Sebab Kenapa Honda City e:HEV RS Facelift Kereta Balik Kampung Terbaik

Honda City e:HEV RS Facelift adalah pilihan ideal untuk pemandu moden yang mahukan lebih daripada sekadar rupa.

19-05-2025
Pandu Uji

Apa Kata Pemilik Proton X70 CBU 2019 Tentang Proton X70 2025?

Sebagai pemilik Proton X70 2019, ini komen saya berhubung X70 2025.

14-05-2025
Pandu Uji

[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.

15-04-2025
Pandu Uji

6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.

18-03-2025
Pandu Uji

Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.

28-02-2025
Pandu Uji

[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...

26-02-2025