- Berita
- Teknologi
- MAS 2024: Kamera Papan Pemuka, A510 Dilancar!

Jenama kamera papan pemuka, 70mai melancarkan model A510 pada Autoshow Malaysia 2024, yang sedang berlangsung di MAEPS, Serdang.


Produk baharu itu dilancarkan selepas kejayaan model A500 yang berjaya dijual lebih 500,000 unit di seluruh dunia.
Sebaliknya, A510 ini menawarkan kualiti imej yang lebih baik serta ciri keselamatan dan ketersambungan yang lebih padu berbanding model sebelum ini.
Kekuatan dashcam A510 ini sebenarnya terletak pada sensor Sony STARVIS 2 IMX675 yang mempunyai kemampuan penglihatan malam yang sangat baik dengan julat dinamik tinggi (HDR) sekali gus memberikan hasil visual yang lebih jelas dalam pelbagai keadaan pencahayaan.

Selain itu, A510 juga menyokong rakaman video pada resolusi 1944P dengan 60fps.
Apa yang cukup menarik ialah ia turut dilengkapi dengan pelbagai fungsi menarik seperti ADAS, GPS secara terbina, pengawasan tempat letak kereta 24 jam dan kamera belakang untuk rakaman selang masa.
Untuk memastikan ketersambungan yang lancar dan berterusan, kamera pemuka A510 baharu juga dilengkapi dengan sambungan rangkaian 4G namun ia ditawarkan secara berasingan melalui kit 4G.

Ini membolehkan papan pemuka yang boleh disambungkan terus kepada laman web akan memberi notifikasi kepada penggunanya jika terdapat sebarang kejadian, termasuk memberikan paparan dari jauh mengenai keadaan sekeliling kereta berdasarkan masa nyata.
Sempena pelancaran A510 ke pasaran tempatan dua hari lepas, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia mengiktiraf papan pemuka 70mai A810 sebagai kamera pemuka berkadar tertinggi dalam sistem CamScore apabila ia mencatat skor tertinggi iaitu 4.69 daripada markah keseluruhan 5.00 skor.

70Mai A510 ditawarkan pada harga bermula dari RM399 sempena Malaysia Autoshow 2024 yang sedang berlangsung di MAEPS, Serdang sehingga Ahad ini.
Anda boleh mengunjungi booth 70mai yang terletak di Dewan A, MAEPS.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/