Link Copiedcheck_circle
EV

Stesen Supercharger 250 kW Tesla Kini Di Kuantan – RM1.25/kWj

Sofea Najmi

Kongsi melalui

tesla-kuantan-(2).jpg

Berita baik untuk orang ramai yang menggunakan kenderaan elektrik (EV) Tesla, kini anda boleh menuju ke Pantai Timur dengan tenang kerana Tesla Motors Malaysia telah membuka stesen Supercharger (DC) pertamanya di Kuantan, Pahang.


Kemudahan pengecas EV yang terletak di Majlis Bandaraya Kuantan, Jalan Tanah Putih itu memiliki empat pengecas Supercharger versi V3 dan bukannya V4 seperti yang terdapat di  IOI City Mall, Putrajaya. Untuk lokasi ini, tiada pengecas Destination (AC) disediakan. 


tesla-kuantan-(1).jpgtesla-kuantan-(3).jpg


Pengguna Tesla boleh mencari lokasi pengecas dan  memantau sesi pengecasan secara langsung melalui aplikasi Tesla. 


Kadar cas ditetapkan pada RM1.25 per kWj. Pengguna akan dikenakan bayaran terbiar atau idle RM4/minit sekiranya kenderaan telah dicas penuh. Untuk parkir, tiada caj dikenakan. Bayaran boleh dibuat dengan mudah melalui sistem Plug-In, Charge, and Go Tesla.


tesla-kuantan-(4).jpg


Setakat ini, Tesla Malaysia telah menyediakan sejumlah 11 stesen Supercharger yang terdiri daripda 52 pengecas dan 11 stesen Destination yang terdiri daripada 57 pengecas di seluruh Malaysia. Kesemua stesen ini hanya boleh dimanfaatkan oleh  pengguna kenderaan Tesla. 


Baca: 


Syarikat EV itu kini mempunyai tempoh sehingga 2026 untuk menyediakan sebanyak 30% pengecas EV Supercharger (berkurang daripada 50% yang dipersetujui pada awalnya) bagi kegunaan pengguna EV selain Tesla. 



Tag:

Tesla
Tesla Motors Malaysia
Tesla Supercharger
Tesla Supercharger Kuantan
Tesla Kuantan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

16-02-2026
Berita Auto

24-12-2025
Teknologi
Teknologi
EV

08-10-2025
EV

06-10-2025
EV

03-10-2025
Berita Auto

26-09-2025

Berita Terkini

EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026
EV

Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km

Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.

11-05-2026
EV

Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas

Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.

11-05-2026
EV

Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV

KKR melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).

07-05-2026
EV

Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV

Strategi Kalis BUDI95: Proton e.MAS 7 PHEV Rekod 6,500 Tempahan, Jadi Pilihan Lelaki Berkeluarga.

28-04-2026
EV

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

23-04-2026