Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

MC7, Sesuai Sangat Untuk Pemandu Asia Pasifik!

Suhana Veru

18-7-2024

Kongsi melalui

image.png

Bagi membuktikan perkara itu, Continental Tyre Malaysia telah mengadakan sesi ujian di Litar Antarabangsa Petronas Sepang, dua hari lepas.

Untuk makluman anda, sesi ini menggunakan model kereta Mercedes-AMG C43, Mercedes AMG GLA35, CLA 45S dan sedan A35.

image.png

Pasukan media diberi peluang untuk merasai empat jenis ujian: ujian brek pada laluan basah, ujian pengendalian di selekoh basah, ujian pengendalian laluan kering dan juga ujian cengkaman atas litar slalom.

Selepas menghabiskan separuh hari menguji kemampuan tayar mengenai  MaxContact MC7 itu, ini yang kami dapat tahu:

image.png

Ujian Brek Pada Laluan Basah

Pihak Continental memaklumkan bahawa pihaknya telah membuat penambahbaikan terhadap prestasi cengkaman basah MC7.

image.pngimage.png

Hasilnya, cukup mengagumkan apabila saya sendiri yang menguji tayar itu apabila dapat memberhentikan kereta dalam jarak 33 meter pada permukaan yang basah.

Kelebihan tayar ini ia memberikan hentian yang cukup ekstrem atas permukaan jalan yang basah disebabkan Ciri 3D Laser-cut Slipes. Ciri itu dikatakan dapat  meningkatkan cengkaman dan brek dalam situasi jalan basah atau hujan.

Malah, ia juga dapat mengurangkan risiko aquaplaning dengan mengetepikan air melalui alur tayar.

Difahamkan, alur sisi yang dikenali sebagai Aquasipes itu dikatakan mampu untuk ‘memotong’ air dalam pelbagai sudut berbeza

image.png

Maka, tidak hairan mengapa saya dapat merasakan cengkaman tayarnya yang cukup ketara berbanding tayar pesaingnya yang turut diuji bagi membolehkan kami merasai perbezaannya.

image.pngimage.png



Ujian Pengendalian Laluan Kering

Seperti kebanyakan tayar sporty berprestasi tinggi, Continental MaxContact MC7 menawarkan  pengendalian yang cukup cemerlang di kawasan kering. 

Gara-gara  beberapa ciri baharunya yang dipertingkatkan, MC7 dilihat mampu mengatasi beberapa seterunya dengan begitu mudah.

image.png

Untuk menguji prestasi cengkaman di laluan kering, kami ditugaskan untuk mencuba Mercedes-AMG CLA45 S yang dilengkapi tayar MC7 dan sebuah lagi unit menggunakan  jenama pesaing di litar  Slalom. 

Seperti mana yang diramalkan, kami berjaya mencatat masa yang lebih pantas menggunakan kereta yang dilengkapi MC7 berbanding kereta yang menggunakan tayar jenama pesaing.

Walaupun perbezaan masa antara MC7 dan pesaingnya adalah dalam milisaat, kami menganggap perbezaan ini boleh menjadi ketara jika berada dalam situasi sebenar.

image.pngimage.png

Menurut Continental Tyres, ia menawarkan cengkaman yang padu di laluan  kering disebabkan MC7 mempunyai sebatian ReFlex bagi memindahkan tenaga kinetik kepada haba ketika membrek.

Selain itu, MC7 turut emaksimum permukaan sentuhan jalan bagi mencipta jejak lebih luas dengan bunga tayar Cornering Macroblocks.

image.pngimage.png

Selain memberikan prestasi yang cukup hebat di kawasan selekoh tajam, cengkaman kering tambahan ini juga membolehkan pemanduan yang lebih terkawal dan stabil.

Biarpun,  kami tidak mengujinya dengan tepat, Continental Tyres juga mendakwa sebatian silika ReFlex pada MC7 telah dirumus untuk memberikan rintangan yang lebih tinggi kepada tayar, sekali gus menjanjikan jangka hayat yang lebih lama.

Walaupun kami tidak mengujinya dengan tepat, Continental Tyres juga mendakwa sebatian silika ReFlex pada MC7 telah dirumus untuk memberikan rintangan yang lebih tinggi kepada tayar, sekali gus menjanjikan jangka hayat yang lebih lama.

Kurang Bunyi Tayar 

image.png

Sama seperti model tayar Continental yang lain, pihak syarikat itu memberi banyak penekanan bahawa tayar MaxContact MC7 baharu ini  mempunyai tahap bunyi yang cukup senyap berbanding pesaingnya.

Kenyataan mereka dilihat berasas kerana ketika saya menguji MC7, tayar ini sememangnya mengeluarkan bunyi ngauman atau bunyi tayar yang agak minima ketika memandu di atas permukaan SIC.

Walaupun pada kelajuan yang lebih tinggi, paras hingar adalah agak minimum, dengan bunyi yang lebih ketara datang daripada bunyi deruan enjin kereta AMG, apatah lagi bunyi angin yang kuat pada kelajuan tinggi.

image.png

Ini kerana pihak media difahamkan bahawa MC7 didatangkan dengan ciri Two-in-1 Noise Breaker 3.0 yang sudah dinaik taraf  untuk memecahkan gelombang bunyi.

Dengan adanya ciri itu, ia juga sebenarnya menghalang bunyi daripada terkumpul dan masuk ke dalam kabin kereta.

image.png

Secara lumrahnya,  kebanyakan tayar sports berprestasi tinggi terkenal dengan bunyi yang kuat ketika memandu, namun lain pula buat MC7 kerana  berjaya menahan beberapa bunyi dengan baik,  selain menjanjikan pemanduan yang lebih senyap walaupun dengan tayar yang sporty.

Sehubungan itu, saya berpendapat bahawa  Continental MaxContact MC7  merupakan tayar yang cukup mantap untuk dipertimbangnya  teruatama bagi mereka yang sedang mencari tayar sports berprestasi tinggi .

Untuk makluman anda, tayar MC7 ini didapati dari saiz 16 hingga 21 inci dan boleh dibeli di semua pengedar sah Continential Tyre atau KLIK.


Gallery

Tag:

continential tyre
Continental MaxContact MC7 High Performance Tyres
Continental MC7
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Continental MaxContact MC7: Kestabilan Luar Biasa Walau Laju Di Selekoh, Khas Untuk Asia Pasifik

Continental Tyres telah melancarkan tayar baharu berprestasi tinggi, Continental MaxContact MC7 yang dibangunkan khas untuk pasaran Asia Pasifik (APAC). Ini teknologi yang digunakan.

17-04-2024

Berita Terkini

Pandu Uji

[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.

15-04-2025
Pandu Uji

6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.

18-03-2025
Pandu Uji

Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.

28-02-2025
Pandu Uji

[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...

26-02-2025
Pandu Uji

Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!

Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.

03-02-2025
Pandu Uji

Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.

27-01-2025
Pandu Uji

Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.

24-01-2025
Pandu Uji

Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.

20-01-2025