Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pemilik Dijemput Ilahi, Keluarga Derma Proton Saga 1985 Kepada Proton COE

Sofea Najmi

Kongsi melalui

1985-Proton-Saga-ProtonCOE-2.jpg


Sebuah Proton Saga keluaran tahun 1985 kini menjadi sebahagian daripada pameran di Pusat Kecemerlangan (COE) Proton di Subang Jaya. Perkara tersebut dikongsikan oleh Proton melalui LinkedIn sebentar tadi. 


Proton Saga tersebut yang kini menyambut ulang tahun ke-39 keluarannya telah didermakan oleh keluarga pemilik kereta tersebut, Allahyarham Ariffin Hew. 


Baca: Mengimbau Sejarah Proton & Model Legenda, Proton Saga, Dari 1985 Ke 2022


Simbol Kebanggaan Malaysia




Dilancarkan buat pertama kalinya pada 9 Julai 1985, Proton Saga merupakan model pertama keluaran jenama Proton. Sejak itu, Proton Saga menjadi simbol kebanggaan Malaysia kerana membuktikan kemampuan negara dalam bidang automotif.


1985-Proton-Saga-ProtonCOE-4.jpg1985-Proton-Saga-ProtonCOE-6.jpg


Sebaik model ini dilancarkan di pasaran, Allahyarham Ariffin Hew adalah antara individu pertama yang membeli Proton Saga, model yang setia menemaninya sehingga ke akhir hayat. Kereta ‘vintaj’ ini telah diberikan penjagaan yang baik agar dapat sentiasa mengekalkan aura asalnya walaupun berdekad telah berlalu. Cat badan warna biru adalah warna asal Saga ini, ruang kabinnya juga terpelihara. 


1985-Proton-Saga-ProtonCOE-1.jpg


Melihat kepentingan kereta ini sebagai sebahagian daripada sejarah automotif, keluarga beliau memutuskan untuk mendermakannya kepada Proton. Penyerahan dilakukan oleh Puan Rosni Rahmat, isteri Encik Ariffin Hew, ditemani menantunya, Imran Abdullah.


1985-Proton-Saga-ProtonCOE-3.jpg


Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata,“Kami amat berbesar hati dengan sumbangan ikhlas Encik Ariffin Hew. Proton Saga 1985 adalah penting dalam sejarah Proton dan pameran model ini di HQ kami akan memberikan peluang kepada para pengunjung untuk menghayati warisan kita. Pameran ini bukan sahaja meraikan kereta ini, tetapi juga semangat inovasi dan kemajuan yang ditempuhi Proton."


Pameran Selama Sebulan


1985-Proton-Saga-ProtonCOE-5.jpg


Sekiranya anda berminat untuk menyaksikan model bersejarah ini dengan lebih dekat dan menyelami sejarah Proton, kunjungi Proton COE di Subang Jaya. Proton Saga 1985 ini dipamerkan selama sebulan sebagai sebahagian daripada pameran khas model Saga.

Tag:

Proton Saga
Proton COE
Pusat Kecemerlangan (CoE)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu

2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?

09-07-2026
Berita Auto

Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026

PROTON Mengganas! Rekod Jualan Separuh Pertama Terbaik Sejak 2011.

02-07-2026
Gaya Hidup

Dari Jalan Raya Ke Koleksi Peribadi: Proton Saga & e.MAS 5 Kini Ada Versi Miniatur 1/64!

PROTON kini meneruskan usaha mendekati rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat usia melalui kolaborasi terbaharu bersama Sunway Tiny Toys dengan memperkenalkan model miniatur berskala 1/64 bagi Proton Saga baharu dan Proton e.MAS 5.

25-06-2026
Berita Auto
Kereta Baru

SUV Kompak Baharu Proton Bakal Tunjuk Belang

Bagaimanapun, Proton masih mengunci mulut.

06-05-2026
Berita Auto

Proton Saga: Hero Rakyat yang Tak Lapuk Dek Zaman

Proton terus mengukuhkan cengkamannya dalam pasaran automotif tempatan apabila mencatatkan prestasi jualan suku pertama tertinggi dalam tempoh 22 tahun,

03-04-2026
Berita Auto

Program Lanjutan Waranti Proton Saga MC3 2026 -Hanya RM1,200

Anda boleh menambahkan waranti ke atas bahagian enjin dan kotak gear pada harga RM1,200.

30-03-2026
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto

Lesen Kena ‘Gantung’ Tapi Masih Memandu? Sedia Ke "Dalam" 3 Tahun

Lesen Digantung Mahkamah? Jangan Nekad Memandu Jika Tidak Mahu Dipenjara 3 Tahun.

22-07-2026
Berita Auto

'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

Tak Berlumba Pun Kena Saman RM10,000? Ini Maksud Baharu 'Menduga Kelajuan' Yang Wajib Anda Tahu.

21-07-2026
Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto