Link Copiedcheck_circle
Global

Toyota GR86 2025 Diperkenalkan Di Jepun, Ada Edisi Khas "Ridge Green Limited" Yang Elegan!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Toyota-GR86-2025MY-Japan-7.jpg


Toyota GR86 2025.


Toyota GR86, kereta sport dua pintu yang menjadi 'kegilaan' ramai kini diperkenalkan dalam versi terbaru sebagai model keluaran 2025 dengan beberapa sentuhan yang lebih menarik. 


PRESTASI LEBIH BAIK


Pengendalian Lebih 'Tajam' & Menyeronokkan


Toyota-GR86-2025MY-Japan-28.jpgToyota-GR86-2025MY-Japan-25.jpg


Untuk model kali ini, Toyota GR86 dikatakan mampu memberikan pengalaman pemanduan yang lebih istimewa. Jurutera Toyota telah mengubahsuai penyerap hentakan dan kawalan stereng kuasa elektrik untuk membolehkan pengendalian yang lebih tajam.


Kawalan Throttle yang Ditingkatkan


Toyota-GR86-2025MY-Japan-24.jpgToyota-GR86-2025MY-Japan-6.jpg


Khusus untuk versi 6MT, kawalan throttle telah diperbaik untuk penghantaran kuasa yang lebih lancar. Bagi model transmisi automatik pula, proses penukaran gear terasa lebih lancar dan tepat, terutamanya semasa penurunan gear (downshift). 


Toyota-GR86-2025MY-Japan-4.jpgToyota-GR86-2025MY-Japan-29.jpg


Bagaimanapun, GR86 2025 masih menggunakan enjin 'Boxer' 2.4 liter 4 silinder yang sama, menyalurkan kuasa sebanyak 234 hp dan 250 Nm kepada roda belakangnya (RWD) melalui transmisi automatik atau manual enam kelajuan, serta limited-slip differential (LSD) belakang. 


KELENGKAPAN TERBARU


Kemaskini Kelengkapan


Selain peningkatan prestasi, Toyota GR86 2025 juga menerima kemaskini kecil dari segi kelengkapannya. Ini termasuk sistem pemantau tekanan tayar (TPMS), lampu LED yang diperbaharui dengan lampu siang (DRL) dan beberapa lagi penambahbaikan lain. 


EDISI KHAS RZ RIDGE GREEN LIMITED 


Sentuhan Istimewa


Toyota-GR86-RidgeGreenLimited-Japan-1.jpg


Untuk menambah keistimewaan model GR86 kali ini, Toyota memperkenalkan edisi khas 'RZ Ridge Green Limited'. Seperti namanya, edisi khas yang terhad kepada 200 unit ini ditawarkan dalam warna hijau yang diinspirasikan oleh British Racing Green.


Toyota-GR86-RidgeGreenLimited-Japan-2.jpg


GR86 RZ Ridge Green Limited diberikan rim eksklusif, jenis aloi berukuran 18 inci berwarna gangsa dengan tayar prestasi.


Kabin yang Eksklusif


Toyota-GR86-RidgeGreenLimited-Japan-5.jpgToyota-GR86-RidgeGreenLimited-Japan-3.jpgToyota-GR86-RidgeGreenLimited-Japan-4.jpg


Kabinnya pula kelihatan mewah dan elegan dengan upholsteri kombinasi suede dan kulit dalam dua tona, gangsa dan hitam. Tulisan 'Ridge Green Limited' berwarna gangsa turut disulamkan pada panel pintu.


Harga Jualan & Pasaran


Toyota-GR86-2025MY-Japan-26.jpg


Toyota GR86 2025 ditawarkan di pasaran Jepun pada harga JPY 3.195 juta (~RM94,488) untuk versi 6MT, manakala varian transmisi automatik berharga JPY 3.293 juta (~RM97,386). Model edisi khas RZ Ridge Green Limited pula ditawarkan pada harga JPY 3.995 juta (RM118,147) dengan pemilihan pembeli dibuat melalui sistem undian. 







Tag:

Toyota
Toyota GR86
2025 Toyota GR86 RZ Ridge Green Limited
2025 Toyota GR86
Toyota GR86 Jepun
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

20-02-2026
EV

11-02-2026
Global

09-02-2026
Global

03-02-2026
Global

02-02-2026
Global

28-01-2026
Global

23-01-2026
Global

22-01-2026

Berita Terkini

Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026
Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026
Global

Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.

25-02-2026
Global

Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks e-Power facelift (P15) dilaporkan bakal dilancarkan secara rasmi di Thailand pada Mac ini.

25-02-2026