Link Copiedcheck_circle
EV

Motor EV Terpantas, Cecah 30K RPM Kini Dikeluarkan GAC – EV Gerak 50-150KM Lebih Jauh!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

GAC-Hyper-(6).jpg


GAC baru-baru ini telah memperkenalkan inovasi terbaru kepada umum di bawah sub-jenamanya, Hyptec, dengan pelancaran motor kenderaan elektrik (EV) berkelajuan tertinggi di dunia, Quark Electric Drive 2.0. Bukan sekadar menjadi tontonan, proses pemasangan motor EV yang mampu mencapai kelajuan maksimum 30,000 rpm itu juga telah dimulakan secara rasmi.  


Cabang kenderaan berprestasi tinggi GAC ini, Hyptec, yang dulunya dikenali sebagai Aion Hyper kini telah mengeluarkan tiga model EV berprestasi tinggi iaitu SSR, HT dan GT, yang dilancarkan serentak sebagai sebahagian daripada strategi pengembangan global GAC.


GAC-Hyper-(2).jpg


Keupayaan Luar Biasa


Quark Electric Drive 2.0 hadir dengan spesifikasi yang mengagumkan, termasuk kepadatan kuasa motor sebanyak 13 kW/kg dan kecekapan luar biasa 98.5%. 


GAC-Hyper-(4).jpg


Satu ciri luar biasa adalah motor ini boleh berputar dengan sangat laju, sehingga 30,000 kali seminit, jauh lebih laju daripada kebanyakan motor lain. Motor ini menggunakan bahan istimewa yang dipanggil "logam cair" yang lebih berkesan untuk menyalurkan kuasa elektrik berbanding bahan biasa, walaupun ia sangat nipis, seperti seperempat daripada sehelai kertas A4. Oleh kerana bahan ini, motor dapat berfungsi secara optimum di mana hampir tiada tenaga yang hilang, menjadikannya sangat berkuasa. 


Meningkatkan Jarak Tempuh EV


Secara praktikal ini bermaksud, Quark Electric Drive 2.0 boleh memanjangkan jarak perjalanan EV sehingga 50 km tanpa perlu menambah saiz bateri. Bagi kenderaan elektrik dengan jarak gerak lanjutan atau extended-range (EREV), pertambahan jarak adalah sehingga 150 km, seolah-olah memberikan EV pacuan semua roda jarak perjalanan yang sama dengan model pacuan dua roda. GAC menganggarkan inovasi ini berpotensi menjimatkan sehingga 90 bilion kWj elektrik setiap tahun.


Casis Digital Pintar Generasi Baharu


Selain Quark Electric Drive 2.0, Hyptec turut memperkenalkan casis digital pintar generasi baharu. Dengan lingkungan (radius) pusingan minimum hanya 3.4 meter, pengurangan sebanyak 40% daripada model terdahulu. 


Casis ini turut dilengkapi dengan electronic differential lock gabungan yang pertama dalam industri. Ini bermakna walaupun dua tayar kereta tergantung atau terlepas cengkaman, kereta masih boleh bergerak dan mendapatkan semula cengkaman dengan mudah.


Masa Depan EV Hyptec


Dalam masa terdekat, model-model Hyptec akan dilengkapi dengan Quark Electric Drive 2.0, menetapkan standard baharu bagi prestasi dan kecekapan dalam pasaran EV. 

Sumber:  CarNewsChina

Tag:

GAC Motor
Hyptec
Aion Hyper
Quark Electric Drive 2.0
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

08-01-2026
Pandu Uji

21-08-2025
Kereta Baru

19-07-2025
Global
Berita Auto
EV

03-03-2025
Kereta Baru

Berita Terkini

EV

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026
EV

Edisi 2026: Top 10 CPOs di Malaysia

Siapa pemain terbesar dalam industri pengecas EV Malaysia? Ini senarai Top 10 CPO Malaysia 2026 yang sedang memacu pembangunan rangkaian pengecas pantas di seluruh negara.

13-03-2026
EV

Tak Cukup Tanah Nak Deliver! Sebab Terlalu Laku, Proton e.MAS 5 Lanjut Lagi Rebat RM500 Tanda Terima Kasih

Proton e.MAS 5 meraiakn pencapaian 5,000 Unit dengan dengan melanjutkan rebat Raya istimewa sebanyak RM500 bagi semua tempahan yang dibuat antara 31 Oktober 2025 hingga 23 Mac 2026.

11-03-2026