Link Copiedcheck_circle
EV

Stesen Pengecas EV ChargeSini & MINI Malaysia di Four Seasons Place Diberi Nafas Baharu

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Shoppes-KL-Part-3.jpg


ChargeSini bersama-sama dengan MINI Malaysia,  telah melancarkan stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) yang telah dinaiktaraf di The Shoppes, Four Seasons Place, Kuala Lumpur. 


Stesen ini dilengkapi dua pengecas AC Sangitech 22 kW, memberikan kemudahan kepada pemilik EV untuk mengecas kenderaan semasa berkunjung ke pusat beli-belah mewah ini. 


Shoppes-KL-Part-2.jpg


Terletak di Aras B2, Tiang 11, stesen pengecasan ini merupakan langkah penting kedua-dua pihak dalam usaha memperluaskan infrastruktur EV di Malaysia. Dengan kerjasama ini, ChargeSini terus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu penyumbang utama kepada rangkaian pengecasan di negara ini, memudahkan komuniti EV yang semakin berkembang.


Peningkatan penggunaan EV di Malaysia menunjukkan bahawa semakin ramai pemandu menyedari manfaatnya seperti pengurangan pelepasan karbon, pengalaman pemanduan yang lebih lancar dan penjimatan kos. 


Caj yang Dikenakan untuk Setiap Sesi Pengecasan


image-(58).jpg


Melalui aplikasi ChargeSini, pengguna boleh mengecas kenderaan mereka di Four Seasons Place pada kadar hanya RM1.09 per kWj. Setiap sesi pengecasan melalui ChargeSini akan dikenakan bayaran tempahan minimum sebanyak RM5. 


Pemandu juga diberi tempoh kelonggaran selama 15 minit untuk memindahkan kenderaan setelah sesi pengecasan selesai. Sekiranya pengguna gagal memindahkan kenderaan dalam tempoh tersebut, bayaran tambahan RM1 akan dikenakan untuk setiap 5 minit kenderaan masih berada di tapak pengecasan.


Komitmen Terhadap Masa Depan yang Lebih Hijau


Shoppes-Kuala-Lumpur.jpg


Stesen di Four Seasons Place merupakan lokasi terbaru yang dilancarkan hasil kerjasama antara ChargeSini dan MINI Malaysia, selepas pemasangan di Swan Garden Hotel di Melaka dan i-Santorini Condominium di Pulau Pinang.


Kerjasama ini menyerlahkan komitmen ChargeSini untuk membina masa depan yang lebih bersih dan hijau melalui penyediaan infrastruktur yang sangat diperlukan untuk menyokong peralihan ke arah penggunaan EV di Malaysia.

Tag:

Mini Malaysia
ChargeSini
Four Seasons Place
Penegcas EV Kuala Lumpur
Pengecas EV Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired

MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.

10-04-2026
Kereta Baru

MINI Countryman S ALL4 2025 – CKD, Versi Petrol, Capai 201 HP, Dari RM259,000

MINI Malaysia hari ini telah mengumumkan pelancaran varian petrol terbaru bagi Countryman generasi ketiga (U25) iaitu MINI Countryman S ALL4.

08-01-2025
Gaya Hidup

Lebih 500 Pemilik MINI Serikan Malaysia MINI Day

Acara Malaysia MINI Day yang julung kalinya diadakan berjaya menarik penyertaan lebih 500 pemilik kereta MINI.

28-10-2024
Berita Auto

MINI Malaysia Perkenal Program MINI Impact – Program Intensif untuk Startup Teknologi

MINI Malaysia telah melancarkan Program MINI Impact oleh URBAN-X.

15-08-2024
Berita Auto

Nak Beli MINI, Ada "Genius"Yang Akan Bantu Anda!

Buat masa ini, Mini Genius telah ditempatkan di enam pengedar MINI.

24-07-2024
Kereta Baru

Harga Rasmi MINI Cooper S & Countryman Diumumkan – Dari RM258,888

MINI Malaysia mengumumkan harga rasmi MINI Cooper S dan juga dua model Countryman generasi ketiga.

12-07-2024
Kereta Baru

MINI Cooper SE 2024 Kini Rasmi di Malaysia – Dari RM193,888

MINI Malaysia hari ini telah melancarkan MINI Cooper SE. Ini spesifikasinya...

12-07-2024

Berita Terkini

EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026