Link Copiedcheck_circle
EV

Volvo Batal Hasrat Jadi Jenama EV 100% Menjelang 2030, Ini Sebabnya...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Volvo-EX40.png


Volvo EX40


Jenama automotif Sweden, Volvo Cars, mengumumkan bahawa ia telah membatalkan sasaran asalnya untuk menjadi pengeluar kenderaan elektrik sepenuhnya menjelang 2030 dan merancang untuk mengekalkan beberapa model hibrid pada ketika itu. 


EX90-45.jpg


EV Volvo EX90


Keputusan ini dibuat ekoran permintaan terhadap kenderaan elektrik (EV) yang semakin menurun kerana kekurangan model mampu milik dan kelewatan dalam pembinaan stesen pengecasan.


Kesan Terhadap Saham Volvo dan Sasaran Baharu


thumb-Volvo-XC90-2025-Facelift.jpg


Salah satu model MHEV Volvo, XC90


Saham Volvo Cars jatuh sebanyak 7.5% selepas pengumuman ini, yang menyaksikan syarikat kini menetapkan sasaran baharu iaitu 90% hingga 100% daripada jualan kereta menjelang 2030 terdiri daripada model elektrik penuh (EV) atau hibrid plug-in (PHEV). Manakala sehingga 10% daripada jualan mungkin terdiri daripada model hibrid ringkas (MHEV). 


Peranan Penting Model Hibrid Plug-In dalam Perkembangan Masa Hadapan


Volvo juga menegaskan bahawa model hibrid plug-in akan memainkan peranan penting untuk keuntungan masa hadapan syarikat. Model SUV hibrid XC90 akan diperbaharui dengan penghantaran pertama dijangka bermula pada akhir tahun ini.


Permintaan yang semakin meningkat untuk kereta hibrid turut menyebabkan perubahan strategi dalam industri automotif, termasuk Volvo. Syarikat automotif gergasi seperti Toyota dan Renault terus melabur dalam model hibrid. Ramai pemandu yang bimbang tentang jarak pemanduan EV memilih hibrid yang bukan sahaja lebih mampu milik, tetapi juga lebih praktikal.


Volvo-ES90-Teaser_3.png


Volvo baru-baru ini telah mendedahkan teaser sedan elektrik terbaru, ES90, yang dijangka akan membuat kemunculan rasmi pada Mac 2025. 


Menjelang tahun 2025, Volvo Cars menjangka kenderaan elektrik dan hibrid akan menyumbang antara 50% hingga 60% daripada jumlah jualannya, berbanding 50% hanya untuk model elektrik yang disasarkan sebelum ini.


Seruan Polisi Kerajaan yang Lebih Baik


CEO Volvo Cars, Jim Rowan, menegaskan bahawa masa depan Volvo adalah elektrik, tetapi peralihan ini tidak akan berlaku dengan mudah kerana pelanggan dan pasaran bergerak pada kadar berbeza. Volvo turut menyeru kerajaan agar melaksanakan dasar yang lebih kukuh untuk menyokong elektrifikasi.

Sumber: Reuters

Tag:

Volvo
Volvo Cars
Volvo Cars EV
Volvo EV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Volvo EX60 Diperkenalkan – Varian Paling Berkuasa Capai Jarak EV Tertinggi? 810 KM!

Volvo tidak berseloroh apabila menggelar EX60 sebagai "pencetus revolusi" atau game-changer. Di sebalik rupa parasnya, EX60 adalah model pertama yang menggunakan platform SPA3 serba baharu.

23-01-2026
EV

Volvo EX60 2026 Sah Masuk Malaysia – Capai 810 KM!

Volvo Car Malaysia (VCM) mengesahkan bahawa SUV elektrik terbaharu, Volvo EX60 2026, bakal muncul di pasaran Malaysia tidak lama lagi.

13-01-2026
Global

Volvo EX90 2026 Didedahkan – Sistem Jauh Lebih Canggih

Syarikat automotif Sweden, Volvo, mengumumkan versi terbaru bagi SUV elektrik andalannya (flagship), EX90, versi keluaran 2026

24-09-2025
Global

Volvo XC90 Versi Kalis Peluru Diperkenalkan – Ini Teknologi Yang Digunakan...

Pengeluar kenderaan mewah dari Sweden, Volvo, baru-baru ini telah memuat naik video di YouTube yang memperlihatkan model Volvo XC90 Armoured.

07-07-2025
Global

Volvo XC60: Antara Model Paling Laris Dalam Sejarah Volvo Ialah Volvo XC60

Percaya atau tidak, lebih 2.7 unit Volvo XC60 terjual di seluruh dunia.

26-06-2025
Gaya Hidup

Volvo EX90 Menang Anugerah World Luxury Car of the Year 2024! Ada Sebabnya

Pengiktirafan berprestij ini diumumkan pada New York International Auto Show yang diadakan baru-baru ini.

22-04-2025
EV

Imej Acah Sedan Elektrik Volvo ES90 Didedahkan – Kemunculan Rasmi 5 Mac Nanti

Selepas memperkenalkan SUV elektrik EX90, kini kembarnya, sedan elektrik serba baharu, ES90, bakal menyusul pada bulan depan.

21-02-2025
EV

Volvo EX30 Cross Country – EV Ranggi Berjiwa Off-Road

Volvo EX30 Cross Country akhirnya diperkenalkan secara rasmi hari ini. Apa yang menarik?

11-02-2025

Berita Terkini

EV

UPSI, Proton Cadang Wujudkan Pusat Pembelajaran EV Pertama di Malaysia.

UPSI menjalinkan kerjasama dengan Proton Holdings Berhad (PROTON) bagi mempromosikan ekosistem pengetahuan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) serta teknologi Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.

25-02-2026
EV

Krisis Kewangan Bukan Penghalang, Polestar Bakal Lancar 4 Model EV Baharu

Jenama kacukan Sino-Sweden ini baru sahaja mengumumkan strategi pengembangan produk yang cukup berani dengan empat model elektrik (EV) baharu bakal dilancarkan menjelang 2028.

20-02-2026
EV

Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur

Tesla Malaysia telah membuat penghantaran rasmi kenderaannya ke Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

19-02-2026
EV

BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.

12-02-2026
EV

Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP

Toyota akhirnya mendedahkan secara rasmi model SUV tiga baris tempat duduk elektrik, Toyota Highlander EV 2027 untuk pasaran Amerika Utara.

12-02-2026
EV

smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa

Jenama smart kini selangkah ke arah pelancaran model terbaharunya, smart #6 EHD, selepas berjaya menamatkan fasa ujian musim sejuk yang ekstrem di China.

11-02-2026
EV

Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.

11-02-2026
EV

Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen

Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.

11-02-2026