- Berita
- EV
- Jaecoo J7 PHEV Buktikan Mampu Redah Perjalanan 1,300 KM Dengan 1 Isian Minyak, Cas Penuh!
Jaecoo J7 PHEV Buktikan Mampu Redah Perjalanan 1,300 KM Dengan 1 Isian Minyak, Cas Penuh!
Jaecoo J7 PHEV berjaya melepasi jangkaan apabila berjaya melakukan perjalanan sejauh 1,300 kilometer dengan satu isian minyak dan hanya sekali cas penuh.
Malaysia merupakan salah satu negara daripada enam negara yang menyertai acara 7 Countries Marathon dimana ia melibatkan pemanduan dari Guangzhou ke Wuhu, China, pada 16 Oktober lalu.
Antara tujuh negara yang terlibat dalam perjalanan ini ialah United Kingdom, Arab Saudi, Turki, Itali, Sepanyol, Malaysia dan Mexico.
Pemanduan ini dikatakan mengambil masa selama 13 jam dimana setiap pemandu dari tujuh negara itu melalui pelbagai laluan mencabar termasuk meredah perjalanan ketika waktu puncak, jalan-jalan bandar dan lebuh raya.
Kesemua wakil dari negara ini diberi satu unit Jaecoo J7 PHEV bagi menentukan siapa yang mampu melakukan perjalanan sejauh 1,300 km dengan isian satu tangki minyak dan hanya sekali cas.
Di atas kertas, JAECOO J7 PHEV dikatakan mampu bergerak sejauh 106 kilometer (km) manakala penggunaan bahan api dikatakan adalah antara yang terendah dalam kelasnya.
Ini kerana penggunaan minyak Jaecoo J7 PHEV mencatatkan kadar penggunaan minyak serendah 5.99 liter untuk setiap 100km.
Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif Chery Corporate Malaysia, Leo Chen berkata, pihaknya memahami kebimbangan jarak apabila ia membabitkan dengan EV .
“Inilah sebabnya mengapa JAECOO menyerahkan J7 PHEV untuk setiap wakil dari seluruh dunia bagi menyaksikan sendiri pengalaman perjalanan yang tidak pernah berlaku sebelum ini dengan keyakinan dan ketenangan fikiran.
“Langkah kami memperkenalkan JAECOO J7 PHEV adalah bertepatan dengan masa kerana kebanyakan pasaran bukan sahaja menuntut prestasi enjin tetapi bahan api,”katanya.
Naib Presiden Jaecoo Malaysia, Emily Lek berkata, dengan menggunakan mod elektrik, JAECOO J7 PHEV sebenarnya sudah menjangkaui jarak EV sejauh 125. 2 km, iaitu lebih 19.2km* daripada dijangkakan.
“Ini adalah bukti Super Hybrid System (SHS) yang membolehkan Jaecoo J7 PHEV mengekalkan kecekapan dan pemanduan yang menjimatkan tenaga.
“Kami cukup berbangga memperkenalkan JAECOO J7 PHEV untuk rakyat Malaysia nanti,” katanya.
Dikhabarkan, Jaecoo J7 PHEV akan dilancarkan secara rasminya ke pasaran Malaysia pada hujung tahun ini.
Menjengah bahagian luarannya, ia kelihatan sama sahaja dengan versi petrol, Jaecoo J7.
Selain daripada sistem keselamatan dan ciri keselesaan, ia sebenarnya sama sahaja namun apa yang membezakan J7 PHEV adalah ia memiliki enjin hibrid dan menyokong pengecasan pantas DC dimana ia boleh membekalkan kuasa elektriknya untuk menggunakan peralatan elektronik seperti projektor, cerek, pengering rambut, dan banyak lagi.
Untuk pasaran Malaysia, Jaecoo J7 PHEV akan hadir dalam dua varian: varian pacuan semua roda (AWD) dan pacuan dua roda (2WD).
Varian AWD didatangkan dengan tujuh mod pemanduan: Ekonomi, Standard, Sports, Pasir,Lumpur, Salji atau Off-Road.
Sementara itu, varian 2WD pula menawarkan tiga mod pemanduan, iaitu Standard, Sport, dan Economy.
Sistem PHEV dikuasakan oleh bateri berkapasiti 18.3kW manakala, tangki bahan api nya pula 60 liter dimana jentera ini mampu menghasilkan kuasa setakat 347 PS dan tork 525 Nm.
Ia juga dilengkapi dengan Pengecas Arus Terus (DC) yang menyokong arus sehingga 40kW.
Tambah Emily, para pelanggan akan mempunyai pelbagai pilihan dari segi memilih warna, gaya rim dan pengemaskinian dalamannya untuk menambahkan keperibadian tersendiri pada JAECOO J7 PHEV, namun mengeaklkan identitinya iaitu ‘From Classic, Beyond Classic’.
“Bagaimanapun, pendaftaran minat untuk JAECOO J7 PHEV akan bermula sejurus pratonton Jaecoo J7 PHEV nanti, iaitu sebelum kami melancarkan secara rasminya pada akhir tahun ini.
“Kami akan memulakan penghantaran Jaecoo J7 PHEV selewat-lewatnya pada Februari 2025,” tambahnya.
Sesi pratonton JAECOO J7 PHEV akan bermula pada, 23 Oktober hingga 27 Oktober ini di Sunway Pyramid (LG2 Orange Wing).
Untuk keterangan lanjut, layari www.jaecoo.com.my.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/