- Berita
- Teknologi
- Komponen Audio Kereta Terbaru Harman Kardon Kini Di Pasaran – Lebih Mengasyikkan, Dari RM580!
Komponen Audio Kereta Terbaru Harman Kardon Kini Di Pasaran – Lebih Mengasyikkan, Dari RM580!
Bayangkan setiap kali memandu, kereta berubah menjadi ‘pentas konsert’ kerana kualiti audio yang cukup mengasyikkan. Itulah yang ditawarkan oleh Harman Kardon melalui sistem audio kereta terbarunya, Flow Series.
Teknologi audio yang diperkenalkan kali ini menjanjikan pengalaman bunyi yang berkualiti tinggi seperti yang kami berpeluang rasai semasa hari pelancaran speaker kereta terbaru Harman Kardon yang diadakan minggu lalu.
Nikmati Bunyi Terperinci Seperti di Studio
Dihasilkan untuk pencinta muzik sejati, speaker FLOW 600CF dan FLOW 601CFS ialah speaker 165 mm dua hala dengan kon Aluminium Deep Ceramic Composite (D.C.C.) yang dipertingkat dengan teknologi Plus One™, speaker ini memastikan setiap nuansa dalam lagu yang sedang dialunkan dapat disampaikan dengan jelas dan terperinci. Keasyikan boleh ditambah lagi dengan pemasangan Midrange Woofer 3 inci untuk menjadikannya sistem 3 hala yang lebih lengkap.
Midrange Woofer yang Kecil tetapi Berkuasa
Walaupun tidak kompleks untuk dipasang dan sesuai untuk hampir semua jenis kenderaan, Midrange Woofer FLOW 300S yang berukuran 89 mm mampu menawarkan frekuensi rendah yang mendalam sehingga 200Hz dan sensitiviti lebih daripada 91dB, memastikan pengalaman audio yang memuaskan.
Frekuensi Tinggi yang Jelas
Untuk mereka yang menghargai bunyi frekuensi tinggi yang luas dan terperinci, FLOW 75T adalah pilihan tepat. Speaker tweeter ini terdiri daripada kon aluminium D.C.C yang memastikan pergerakan pistonik yang tepat dan bunyi yang jelas tanpa gangguan. Dengan respon frekuensi yang tinggi sehingga 40kHz, tweeter ini memastikan anda mendengar setiap butiran halus, sama ada suara atau alat muzik.
Subwoofer Halus Khas untuk Model Mewah
FLOW 80 ialah subwoofer 8 inci pertama daripada Harman Kardon yang direka untuk dipasang di bawah tempat duduk. Speaker ini mampu memberikan peningkatan ketara kepada sistem audio kereta terutamanya untuk model BMW, Audi dan Porsche.
Selain memberikan bass yang lebih mendalam, reka bentuknya yang unik memastikan pemasangan yang sempurna dalam kenderaan mewah.
Subwoofer Aktif dengan Bunyi Bass yang Menggegarkan Dunia
Tercari-cari bass yang dalam dan menggegarkan tanpa mengambil terlalu banyak ruang, FEEL 700 adalah jawapannya. Walaupun kecil, ia cukup berkuasa. Menggunakan teknologi Kelas D yang canggih untuk memberikan prestasi optimum dengan amplifier 125W RMS terbina dalam (built-in). Dibalut dalam fabrik premium, reka bentuknya yang kompak membolehkan ia dipasang di bawah tempat duduk kereta dengan mudah.
Teknologi Terkini Disematkan Dalam Pembangunan
Kesemua produk terbaru daripada Harman Kardon ini dibangunkan dengan teknologi PurePath yang memastikan bunyi yang dihasilkan jelas dan semula jadi. Teknologi lain yang digunakan ialah Clari-Fi yang mampu memulihkan butiran audio yang hilang semasa pemampatan digital fail muzik yang dimainkan.
Senarai Harga untuk Harman Kardon Flow Series
Berikut adalah senarai harga untuk kesemua komponen audio kenderaan terbaru Harman Kardon yang bermula daripada harga serendah RM580:
- FLOW 600CF: RM 4,280
- FLOW 601CFS: RM 3,480
- FLOW 300S: RM 2,180
- FLOW 75T: RM 580
- FLOW 80: RM 1,480
- FEEL 700: RM 2,280
Produk Harman Kardon Flow Series kini boleh didapati secara dalam talian di my.harmankardon.com dan beberapa peruncit aksesori kereta terpilih di seluruh negara.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv