Link Copiedcheck_circle
EV

Proton e. MAS 7 Catat Perjalanan Elektrik Sejauh 3,224km

Suhana Veru

Kongsi melalui


ProtonE.MasTour__241013-1165.jpeg

Kenderaan elektrik pertama nasional PROTON, Proton e.MAS 7, akhirnya berjaya menawan seluruh Semenanjung Malaysia dengan  menempuh perjalanan sejauh 3,224 kilometer baru-baru ini. 

Bagi pengembaraan ke Pantai Timur, SUV elektrik C-segmen PROTON berjaya menempuh jarak 1,147km melalui Pahang, Terengganu, dan Kelantan .

Selain perjalanan di Pantai Timur, Proton e. MAS 7 sebenarnya sudah membuat perjalanan sejauh 894 km ke selatan dan 1,183 km ke utara.

ProtonE.MasTour_241017-1001.JPG

Jadi, secara keseluruhannya, Proton e.MAS 7  berjaya menyempurnakan perjalanan elektrik mereka sejauh 3,224 km.

Pengembaraan kenderaan elektrik pertama Proton ini telah mendekatkan kepada rakyat Malaysia.

Ia juga merupakan sebahagian daripada fasa ujian dalam memastikan Proton e.MAS 7 berfungsi dengan sempurna dalam pasaran Malaysia.

Difahamkan, jurutera PROTON telah bekerja keras bagi memastikan ketahanan dan kebolehpercayaan pek Bateri Aegis Short Blade yang dapat menggerakkan Sistem Pemanduan 12-dalam-1. Selain itu, perisian canggih yang dibina dalam e.MAS 7 juga telah menjalani ujian intensif bagi memastikan integrasi dan fungsi dalam keadaan yang optimum.

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, jelajah e.MAS 7 bukan sahaja berjaya menunjukkan keupayaan prestasi kawalan dan keselesaan pemanduannya , tetapi mempamerkan masa depan mobiliti Lestari.

“Perkara ini dapat mengukuhkan komitmen PRO-NET untuk membantu PROTON menerajui inovasi dan memupuk ekosistem EV tempatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Untuk makluman anda, Jelajah Proton e.MAS 7 kini telah melepasi tahap pertengahan dalam perjalanan EV ke seluruh negara. 

ProtonE.MasTour_241017-1059.JPGProtonE.MasTour_241017-1217.JPG

Siri kedua Jelajah e.MAS 7 sebelum ini telah menuju ke lebuh raya utara Semenanjung Malaysia dan mempamerkan prestasi model ini dengan brek regeneratif dan kuasa 160kW.

Bagi perhentian pertama di Ipoh, siri jelajah ini telah menarik perhatian dan mengagumkan orang ramai semasa lawatan ke pusat pengedaran Proton e.MAS.

Pengembaraan ini diteruskan menuju ke Pulau Pinang, di mana Proton e.MAS 7 telah singgah di beberapa lokasi makanan popular, tempat menarik, dan pusat pengedaran Proton e.MAS di sekitar negeri itu.

Seperti di lokasi sebelum ini, orang awam yang menghadiri sesi interaksi tersebut juga tertarik dengan prestasi kenderaan, ciri keselamatan yang canggih, keluasan ruang yang mencukupi, dan reka bentuk moden yang mengagumkan.

Seterusnya, pengembaraan ini diteruskan ke Perlis, di mana kenderaan ini sempat untuk melawat kepusat pengedaran Proton e.MAS di Sungai Petani, Kedah.

ProtonE.MasTour_241017-1217-(1).JPG

Di sini, Proton e.MAS 7 menarik perhatian penduduk tempatan yang teruja untuk mendapatkan perkongsian ilmu mengenai EV yang akan dilancarkan pada Disember akan datang.

Pengembaraan itu kemudian diteruskan ke Pantai Timur, SUV elektrik segmen C PROTON berjaya menempuh jarak 1,147 kilometer melalui Pahang, Terengganu, dan Kelantan dengan mudah.

Fasa keempat jelajah ini juga memfokuskan kepada negeri-negeri di kawasan Lembah Kelang, termasuk Selangor dan Kuala Lumpur, dengan mengunjungi lokasi-lokasi ikonik dan 11 pusat pengedaran Proton e.MAS yang akan menjadi tuan rumah bagi EV pertama Proton. 

Malah, Jelajah Proton e.MAS 7 telah pun membuat penampilannya  di pusat pengedaran di Lembah Klang sejak Jumaat lepas.

Untuk keterangan lanjut, layari https://emas.proton.com/. 




Tag:

Proton e.MAS 7
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV
Proton e.MAS 7 Tembusi Pasaran Trinidad & Tobago – Hanya Satu Varian

Proton e.MAS 7 Tembusi Pasaran Trinidad & Tobago – Hanya Satu Varian

Proton memperluaskan kehadirannya di peringkat antarabangsa dengan pelancaran kenderaan elektrik (EV) pertamanya, e.MAS 7, di Trinidad dan Tobago.

10-06-2025
EV
Proton e.MAS 7 Kekal EV No. 1 Di Malaysia, Lebih 3,000 e.MAS 7 Terjual Dalam 5 Bulan

Proton e.MAS 7 Kekal EV No. 1 Di Malaysia, Lebih 3,000 e.MAS 7 Terjual Dalam 5 Bulan

PRO- NET mengumumkan bahawa e.MAS 7 terus menjadi model EV No.1 di Malaysia, apabila 3,632 unit terjual setakat 31 Mei lalu.

06-06-2025
EV
Proton e.MAS 7 Buktikan Mampu Harungi Perjalanan Lebih 10,000KM, Rentas 9 Negara

Proton e.MAS 7 Buktikan Mampu Harungi Perjalanan Lebih 10,000KM, Rentas 9 Negara

Proton e.MAS 7 telah berjaya menamatkan perjalanan bersejarah sejauh 10,432km dengan merentasi sembilan buah negara ASEAN baru-baru ini.

29-05-2025
EV
Laku Keras: Sebanyak 2,716 Proton e.MAS 7 Terjual  Dalam 4 Bulan

Laku Keras: Sebanyak 2,716 Proton e.MAS 7 Terjual Dalam 4 Bulan

Setiap satu jam, satu unit Proton e.MAS 7 terjual.

20-05-2025
Berita Auto
Program Proton Xchange: Semua Pemilik Kereta Lama Kini Boleh Tukar Kereta Baharu, Proton Bagi Rebat RM2K, Boleh Beli e. MAS 7
EV
Lebih 6,000 Tempahan di Malaysia, Kini e.MAS 7 Uji Pasaran Singapura

Lebih 6,000 Tempahan di Malaysia, Kini e.MAS 7 Uji Pasaran Singapura

Selepas lebih sedekad, jenama automotif kebanggaan Malaysia, Proton, kini kembali ke pasaran Singapura.

05-05-2025
Berita Auto
PRO-NET Ajak Pengedar Sertai Keluarga Proton e.Mas 7

PRO-NET Ajak Pengedar Sertai Keluarga Proton e.Mas 7

Pro-Net kini sedang giat merekrut rakan kongsi di seluruh Malaysia.

28-04-2025
EV
Polis Bantuan Northport Kini Guna Proton e.MAS 7

Polis Bantuan Northport Kini Guna Proton e.MAS 7

Ini menandakan Northport merupakan syarikat dan pengendali pelabuhan pertama di negara ini yang menggunakan Proton e.MAS 7 dalam pengurusan kenderaan syarikat.

22-04-2025

Berita Terkini

EV
Ini Dia Skuter Elektrik Harga Marhaen, Yadea GT20 Dijual Serendah RM4,998 Sahaja

Ini Dia Skuter Elektrik Harga Marhaen, Yadea GT20 Dijual Serendah RM4,998 Sahaja

Skuter elektrik yang cukup bergaya, Yadea GT20 sudah dilancarkan di Malaysia.

18-06-2025
EV
Ini Dia Tiga Cawangan Pengedar Baharu Proton e.MAS & smart

Ini Dia Tiga Cawangan Pengedar Baharu Proton e.MAS & smart

PRO-NET lancarkan pusat pengedaran baharu Proton e.MAS dan smart di Kota Kinabalu, IOI Putrajaya dan Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

18-06-2025
EV
Pengecas Pantas EV ChargeSini Kini Di Mayang Mall, K.Terengganu – 60 kW, Dari RM1.39/kWj

Pengecas Pantas EV ChargeSini Kini Di Mayang Mall, K.Terengganu – 60 kW, Dari RM1.39/kWj

ChargeSini telah melancarkan stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) terbarunya di Mayang Mall, Kuala Terengganu.

18-06-2025
EV
Honda Bakal Tayang Honda Super EV Concept Pada Julai Depan

Honda Bakal Tayang Honda Super EV Concept Pada Julai Depan

Honda akan menayangkan Honda Super EV Concept di Goodwood Festival of Speed.

17-06-2025
EV
Dihidupkan Semula: Peugeot e-208 GTi Dilancar Di Le Mans

Dihidupkan Semula: Peugeot e-208 GTi Dilancar Di Le Mans

Nampaknya, jenama milik Stellantis ini memilih untuk menghidupkan semula salah satu nama model ikonik mereka.

17-06-2025
EV
Sah! Hyundai Bakal Lancar Hyundai Ioniq 6 N Pada Julai Ini

Sah! Hyundai Bakal Lancar Hyundai Ioniq 6 N Pada Julai Ini

Hyundai akhirnya mengesahkan bahawa Hyundai Ioniq 6 N yang dinanti-nantikan selama ini akan dilancarkan secara rasminya pada Goodwood Festival of Speed.

16-06-2025
EV
DC Handal Kini Bolehkan Pembayaran Melalui e-dompet TnG

DC Handal Kini Bolehkan Pembayaran Melalui e-dompet TnG

Selepas ini, pengguna yang menggunakan DC Handal boleh membuat pembayaran menerusi Perkhidmatan e-dompet Touch 'n Go (TnG).

16-06-2025