Link Copiedcheck_circle
EV

Belum Sebulan, Proton e.MAS 7 Ditempah Lebih 2,500 Unit!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

social_MA_CariCarz_Proton-e.MAS-7-launch_batch-2_-1.jpg


PRO-NET mengumumkan bahawa lebih daripada 2,500 tempahan telah diterima untuk crossover elektrik pertama Proton, e.MAS 7, yang dilancarkan awal bulan ini.


Varian dan Spesifikasi Proton e.MAS 7


web_MA_CariCarz_Proton-e.MAS-7-launch_batch-1_-5-full.jpg


Proton e.MAS 7 hadir dalam dua pilihan varian iaitu Prime dan Premium. Kedua-duanya menggunakan bateri dengan kapasiti berbeza:

  • Prime dilengkapi bateri 49.52 kWj dengan jarak perjalanan WLTP sehingga 345 km.
  • Premium pula hadir dengan bateri 60.22 kWj yang menawarkan jarak perjalanan WLTP lebih jauh, sehingga 410 km.

Dari segi pengecasan, kedua-dua varian menyokong input pengecasan AC sehingga 11 kW. Tetapi, varian Premium pula hadir dengan kelebihan kerana turut boleh dicas dengan pengecas pantas DC sehingga 100 kW.


Baca: PROTON e. MAS 7 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM110K


Harga & Rebat Untuk Pembeli Terawal


CariCarz_SN_Proton-eMAS_Interior-03.jpgCariCarz_SN_Proton-eMAS_Interior-36-(1).jpg


Harga Proton e.MAS 7 bermula dari RM109,800 untuk varian Prime dan RM123,800 untuk varian Premium. Namun, Proton menawarkan rebat sebanyak RM4,000 untuk 3,000 pembeli terawal yang menjadikan harga masing-masing hanya RM105,800 dan RM119,800. 


Dengan lebih 2,500 unit telah ditempah, hanya tinggal kurang daripada 500 slot lagi untuk menikmati tawaran rebat ini.


Selain rebat, pembeli terawal juga akan menerima pakej istimewa "Launch Power Pack," yang merangkumi:

  • Pengecas rumah 7 kW secara percuma,
  • Penyesuai atau adaptor V2L,
  • Data internet tanpa had selama lima tahun, dan
  • Kadar pembiayaan istimewa.

Selain itu, embeli awal juga dapat menikmati jaminan lanjutan sehingga 8 tahun atau 160,000 km  untuk bateri EV dan jaminan selama 6 tahun tanpa had jarak perjalanan untuk kenderaan.


Tempahan EV Proton e.MAS 7 kini boleh dibuat di 30 pengedar Proton e.MAS di seluruh negara atau melalui laman web rasmi Proton.


image.png


Tag:

Proton e.MAS 7
Tempahan e.MAS 7
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia

Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.

12-08-2026
Berita Auto

Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara

Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.

06-08-2026
Berita Auto

Redah Jem Makin Selesa: Proton e.MAS 7 PHEV Kini Buatan Tempatan dengan Kerusi Urut

Proton e.MAS 7 PHEV CKD mula dikeluarkan dari kilangnya yang terletak di Tanjung Malim.

01-08-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut

Mahu EV Mewah Di Bawah RM120k? Proton e.MAS 7 Premium Plus Jawab Cabaran Ini.

12-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Bakal Muncul Dengan Varian Baharu

Proton e.MAS Bakal Buat Kejutan, Pratonton Varian Baharu e.MAS 7 Di KLIMS 2026.

09-06-2026
Berita Auto

PROTON Tapau Pasaran Automotif Sebab Saga, e.MAS 7 PHEV?

Dominasi ICE Dan EV: PROTON Catat Jualan 16,995 Unit Pada Mei 2026.

08-06-2026
EV

Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?

04-06-2026
Gaya Hidup

Proton e.MAS Raikan Pemandu Wanita Melalui Pemanduan EV

Siapa Kata EV Rumit? Proton e.MAS Buktikan e.MAS 7 Cukup Praktikal Buat Wanita Moden.

22-05-2026

Berita Terkini

EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026