Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

EPMB Pasang GWM Haval Jolion HEV, WEY 80 PHEV Di Melaka

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selain meraikan peencapaian pengeluaran yang ke-1,000, Syarikat EP Manufacturing Berhad (EPMB) juga mengesahkan bahawa pihaknya merancang untuk memasang secara tempatan beberapa model di kilangnya yang terletak di Pegoh, Melaka.

image.png

Antara model yang akan dipasang ialah Haval Jolion dan MPV WEY 80 PHEV.

image.pngimage.png

Menurut kenyataan rasmi EPMB, Haval Jolion HEV akan menjadi model pertama dipasang secara tempatan.

Pemasangan SUV segmen B tersebut akan bermula  pada April 2025. Ia kemudian akan diikuti dengan MPV Wey 80 PHEV dimana pemasangannya akan bermula pada hujung tahun 2025.

Bagi yang tidak tahu,  Haval Jolion HEV yang berkuasa hibrid ini sudah pun dipertonton pada  Pameran Auto Malaysia 2023 (MAS 2023).

image.png

SUV ini dikatakan mampu bersaing dengan Honda HR-V e:HEV RS.

Malangnya, selepas itu, tiada sebarang berita  mengenai Jolion HEV disiarkan , walaupun SUV itu sudah pun  membuat penampilan umum di beberapa acara GWM Malaysia.

image.png

Haval Jolion disumbat dengan enjin 1.5 liter pengecas turbo empat-silinder yang digabungkan dengan motor elektrik berkadar 156 PS dan 250 NM serta  transmisi dedicated hybrid transmission (DHT) 2-kelajuan.

Jadi jumlah keseluruhannya yang mampu dihasilkan ialah   setakat 190 PS dan tork 375 Nm. 

Ini bermakna Jolion menghasilkan kuasa yang sedikit rendah bebanding dengan  H6 Hybrid dimana H6 mampu menghamburkan kuasa setakat 243 PS dan 530 Nm.

image.png

WEY 80

Beralih kepada Wey 80, MPV PHEV ini merupakan salah satu daripada dua model yang dipamerkan oleh GWM Malaysia di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS 2024)  baru-baru ini.

Dari segi spesifikasi trenkuasa, Wey 80 dilengkapi dengan teknologi hibrid plug-in Hi4. 

Ia yang disumbat dengan enjin turbo 1.5 liter inline-4 (156 PS) dan dua motor elektrik.

Motor elektrik  di hadapan mampu menghasilkan kuasa setakat 177 PS manakala motor elektrik di belakang pula (183 PS).

image.pngimage.png

Gabungan kuasa keseluruhannya menghasilkan 487 PS dan tork 782 Nm. 

 MPV ini yang dilengkapi dengan bateri berkapasiti 37.96 kWj didakwa mampu bergerak sejauh 140 km.

Apa yang cukup menarik mengenai kenyataan EPMB mengenai rancangannya itu ialah syarikat berkenaan menyatakan bahawa Wey 80 yang dipasang secara tempatan akan ditawarkan untuk pasaran ASEAN nanti.

image.pngimage.png

Ini bermakna model wey 80 CKD akan dieksport ke negara-negara ASEAN yang lain dan ia bukannya hanya untuk pasaran tempatan.

Gallery

Tag:

GWM Malaysia
GWM Haval Jolion HEV
GWM Haval Jolion HEV CKD
GWM Wey 80
KLIMS 2024
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup

GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.

21-05-2026
Berita Auto

Pandu Uji & Menang Hadiah! GWM Malaysia Meriahkan Penang Autoshow Dengan Tawaran Eksklusif

Penangan GWM di PWCC: Dari SUV Lasak Hingga MPV Mewah, Semua Ada di Penang Autoshow.

27-04-2026
Berita Auto

GWM Makin 'Ganas, Kini Bolos Kelompok 15 Jenama Teratas Di Malaysia

WEY G9 & Haval H6 Jadi Punca? GWM Kini Berjaya Pintas Persaingan, Masuk Top 15!

22-04-2026
Kereta Baru

Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.

09-04-2026
Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Pandu Uji

BUDI95 Tak Cukup? Haval H6 HEV 'Tapau' 1,000KM 1 Tangki

SUV jimat minyak, Haval H6 HEV sekali isi, boleh redah lebih 1,000KM.

31-03-2026
Berita Auto

GWM Haval H6 HEV

Sambut Hari Raya 2026 dengan GWM HAVAL H6 HEV, SUV hibrid paling laris di Malaysia.

13-03-2026
Berita Auto

"Selesa & Tenang" – Ini Sebab Kenapa Siti Nurhaliza Pilih GWM WEY G9 Sebagai Kenderaan Harian!

GWM Malaysia secara rasminya menyerahkan GWM WEY G9 Hi4 PHEV pertama yang dipasang secara lokal kepada biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, baru-baru ini.

07-03-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026