Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

KLIMS 2024: Kia Sportage Generasi Ke-5 Dilancar, Ada 4 Varian, Harga Bermula Dari RM145,999

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pengedar tunggal jenama Kia di Malaysia, Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, memperkenalkan Kia Sportage generasi kelima, ke pasaran tempatan.

IMG_4836.JPG

Kia Sportage yang merupakan versi pemasangan tempatan (CKD) ditawarkan dalam empat varian dengan anggaran harga bermula dari RM150,000

Berikut adalah varian dan harga:

Screenshot-2024-12-05-094430.png

Bagi varian 2.0L, ia dikuasakan oleh enjin 4 silinder aspirasi natural SmartStream yang menghasilkan kuasa setakat 156 hp dan 192 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda hadapan (FWD) melalui sistem transmisi automatik enam kelajuan. 

Manakala dua varian lebih tinggi pula  dilengkapi enjin turbo 1.6 liter Theta II 4 silinder dengan output 177 hp dan 265 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik tujuh kelajuan DCT.  

Menjengah bahagian luarannya, ia membawa reka bentuk yang moden dan cukup berani.

Selain itu, ia turut membawa rekaan gril Tiger Nose baru, lampu nyalaan siang hari jenis LED dan berbentuk seperti boomerang pada kedua-dua bucu yang sebenarnya memisahkan kepada lampu depan jenis matriks.

Di bahagian belakang pula, terdapat garisan yang nipis yang menyambungkan kedua-dua lampu belakangnya.

IMG_4839.JPGIMG_4867.JPG

Lampu belakangnya  yang tajam menghasilkan kesan lebar dan kecanggihan, serta memberikan Sportage rupa paras yang cukup yang komprehensif dan moden dari belakang.

Bercakap mengenai kabin varian 2.0L, ia didatangkan dengan skrin TFT-LED berwarna bersaiz 4.2 inci manakala varian Sportage 1.6T pula diberi dengan kluster instrumen digital bersaiz 12.3 inci .

Bagaimanapun, sistem infotainmen dalam barisan Sportage agak  berbeza memandangkan varian Sportage 2.0L diberi skrin infotainmen 8-inci dengan pengecaman suara, manakala varian Sportage 1.6Tpula  dilengkapi dengan sistem infotainmen berteknologi tinggi 12.3-inci .

IMG_4853.JPG

Antara kelengkapan lain ialah pad skrin sentuh dan paparan sentuhan pelbagai mod, berfungsi sebagai hab pusat untuk ketersambungan, kefungsian dan kebolehgunaan, sekali gus memenuhi keperluan pemandu dan penumpang.

Kesemua varian juga disertakan dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Sementara itu, varian Sportage 1.6T menampilkan empat port USB, manakala varian 2.0L pula hanya  dua port USB. 

IMG_4855.JPGIMG_4856.JPG

Varian 1.6T juga dilengkapi dengan Surround View Monitor (SVM) manakala varian 2.0L pula dilengkapi dengan kamera undur untuk bantuan pandangan belakang.

IMG_4892.JPG

Tidak ketinggalan, varian Sportage 1.6T AWD dilengkapi dengan sistem bunyi premium Harman Kardon 8 pembesar suara manakala varian Sportage 2.0L, 2.0L High dan 1.6T High didatangkan standard dengan sistem bunyi 6 pembesar suara.

Apapun, kabinnya menampilkan bahan premium, berkualiti tinggi yang lembut dan mewah, manakala tempat duduk hadapan, direka dengan reka bentuk yang  sporty, dan menggabungkan inovasi dan keselesaan untuk pengalaman pemanduan yang luar biasa.

Dari segi dimensi, ia mempunya ukuruan panjang 4,660 mm, selebar 1,865 mm, setinggi 1,660 mm manakala jarak roda pula 2,755 mm.

Melihat kepada ukurannnya, ia nyata menawarkan ruang kaki, ruang kepala dan ruang karbo yang terbesar dalam kelasnya.

Kia Sportage hadir dengan ruang karbo sebesar 637 liter dan ruangnya boleh bertambah luas jika kerusi belakang direbahkan.

IMG_4885.JPG

Menyentuh mengenai ciri keselamatannya, anda jangan risau kerana ia cukup sarat dengan pelbagai ciri keselamatan yang canggih.

Antaranya  6 beg udara, Sistem Brek Anti-kunci, Kawalan Kestabilan Elektronik, Kawalan Bantuan Daki Bukit, Kawalan Brek Turun Bukit, ISOFIX, Lampu Suluh Tinggi, Amaran Perlanggaran Titik Buta, Bantuan Mengelak-Perlanggaran Titik-Buta, Bantuan Perlanggaran Trafik Melintan Belakang (RCCA).

Namun varian 2.0L High dan 1.6T mempunyai ciri  Bantuan Kekal Lorong. Bantuan Mengelak-Perlanggaran Hadapan (FCA), dan Junction Turning.

Kedua-dua varian ini juga mempunyai ciri Amaran Perhatian Pemandu (DAW), Bantuan Mengikut Lorong (LFA)  dan Kawalan Pelayaran Pintar (SCC).

Bagi yang berminat, Kia Sportage hadir dalam empat warna: Astra Blue, Meteor Grey, Snowflake White Pearl, dan Jet Black.

Kia Sportage CKD ini hadir dengan  jaminan pengeluar selama 5 tahun atau sehingga 100,000 km serta pakej servis percuma selama 5 tahun atau 100,000 km.

Gallery

Tag:

Dinamikjaya Motors Sdn Bhd
Kia Sportage CKD
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

28-11-2025
Pandu Uji

08-02-2025
Pandu Uji

14-01-2025
Berita Auto

20-11-2024
Kereta Baru

20-11-2024
Berita Auto
Berita Auto

02-08-2024
Berita Auto

24-06-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

600 Unit Sahaja: Proton X70 Sport Edition Tiba-RM115,300

Proton X70 Sport Edition Rasmi Dilancarkan – Harga RM115,300, Produksi Terhad 600 Unit.

17-04-2026
Kereta Baru

Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?

Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?

16-04-2026
Kereta Baru

Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026

Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.

11-04-2026
Kereta Baru

Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired

MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.

10-04-2026
Kereta Baru

Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.

09-04-2026
Kereta Baru

Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan

Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!

08-04-2026
Kereta Baru

Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.

08-04-2026
Kereta Baru

MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki

Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.

07-04-2026