Link Copiedcheck_circle
EV

SUV Elektrik Peugeot e-3008 Dipertontonkan – Capai 700 KM, Pelancaran 2025 Nanti?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Caricarz-MBA-Peugeot-E-3008-KLIMS2024-31.jpg


Di sebalik perhatian yang diberikan kepada model lain di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (KLIMS 2024), Peugeot turut mempertontonkan SUV elektrik, Peugeot e-3008


Dibangunkan berdasarkan Peugeot 3008 generasi ketiga (kod nama P64), e-3008 merupakan model pertama jenama ini menggunakan platform baharu Stellantis STLA Medium yang direka khas untuk kenderaan elektrik (EV).


Tiga Varian Ditawarkan


Caricarz-MBA-Peugeot-E-3008-KLIMS2024-30.jpgCaricarz-MBA-Peugeot-E-3008-KLIMS2024-21.jpg


Peugeot e-3008 hadir dalam tiga varian iaitu Electric 210, Electric 320 dan Electric 230. Varian Electric 210 menggunakan bateri NMC berkapasiti 73 kWj yang menyalurkan kuasa kepada motor tunggal dengan kuasa 210 ps (157 kW) dan tork 343 Nm. Varian ini boleh membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa 8.7 saat. Dengan cas penuh, ia boleh mencapai jarak perjalanan sehingga 525 km. 


Walaupun menggunakan kapasiti bateri yang sama, 73 kWj seperti dalam varian asas, Electric 320 dipasangkan dengan dua motor (AWD) yang membolehkannya mencapai output kuasa lebih tinggi iaitu 320 ps (240 kW) dengan kemampuan pecutan 0-100 km/j sepantas 6.4 saat. Jarak EV maksimumnya kekal sama iaitu 525 km.


Varian tertinggi, Electric 230 pula dipasangkan dengan bateri NMC dengan kapasiti lebih tinggi, 98 kWj dan satu motor, berkuasa 230 ps (170 kW). Menggunakan sistem trenkuasa ini, Electric 230 mencatatkan masa pecutan 8.9 saat dengan kemampuan untuk mencapai jarak EV tertinggi, 700 km. 


Caricarz-MBA-Peugeot-E-3008-KLIMS2024-14.jpgCaricarz-MBA-Peugeot-E-3008-KLIMS2024-15.jpg


Bateri e-3008 boleh dicas menggunakan pengecas AC 11 kW dan DC 160 kW. Menggunakan pengecas pantas DC, bateri boleh dicas daripada 20% ke 80% dalam masa hanya 30 minit. Peugeot turut menawarkan kemampuan input pengecasan AC sehingga 22 kW sebagai pilihan tambahan.


Sentuhan GT Yang Lebih Sporty


Caricarz-MBA-Peugeot-E-3008-KLIMS2024-3.jpgCaricarz-MBA-Peugeot-E-3008-KLIMS2024-13.jpgCaricarz-MBA-Peugeot-E-3008-KLIMS2024-1.jpgCaricarz-MBA-Peugeot-E-3008-KLIMS2024-7.jpgCaricarz-MBA-Peugeot-E-3008-KLIMS2024-2.jpgCaricarz-MBA-Peugeot-E-3008-KLIMS2024-5.jpg


Model yang dipamerkan di KLIMS 2024 ialah versi yang diberikan elemen sentuhan GT, yang membuatkannya kelihatan lebih ranggi dan sporty. Beberapa ciri menyerlah adalah termasuk rim aloi 20 inci dengan reka bentuk ‘Monolith,’ lampu DRL LED berbentuk cakaran serta kemasan perak dan hitam berkilat.


Kabin Yang Mewah


Caricarz-MBA-Peugeot-E-3008-KLIMS2024-26.jpgCaricarz-MBA-Peugeot-E-3008-KLIMS2024-24.jpgCaricarz-MBA-Peugeot-E-3008-KLIMS2024-19.jpgCaricarz-MBA-Peugeot-E-3008-KLIMS2024-16.jpg


Di bahagian kabin, e-3008 dilengkapi Panoramic i-Cockpit dengan skrin melengkung berukuran 21 inci serta tempat duduk hadapan khas GT. Ciri lain termasuk butang sensitif sentuhan, sistem audio premium Focal dan bumbung panoramik.


Masa Depan e-3008 Di Pasaran Malaysia


Caricarz-MBA-Peugeot-E-3008-KLIMS2024-4.jpgCaricarz-MBA-Peugeot-E-3008-KLIMS2024-29.jpg


Kemunculan e-3008 di KLIMS 2024 bertujuan untuk menilai sambutan awam terhadap SUV elektrik ini. Stellantis Malaysia juga menyatakan kemungkinan membawa versi enjin pembakaran dalaman (ICE) ke Malaysia, yang berpotensi untuk dipasang secara tempatan (CKD) di kilang Stellantis Gurun, Kedah.


Model elektrik sepenuhnya e-3008, bagaimanapun, kekal sebagai produk eksklusif yang dipasang di kilang Peugeot di Sochaux, Perancis. Model ini dijangka menjadi langkah strategik Peugeot untuk memperkukuhkan kehadirannya dalam pasaran EV Malaysia.

Caricarz-MBA-Peugeot-E-3008-KLIMS2024-9.jpg

Tag:

Peugeot 3008
Peugeot e-3008
KLIMS 2024
Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Bermaz Auto Buat Tawaran Luar Biasa Untuk SUV Peugeot Terpakai, Rugi Terlepas!

Beli Peugeot terpakai pada harga yang tak masuk akal, siap ada pembiayaan khas! Rugi tak beli...

10-01-2024
Berita Auto

Pemenang “Catch the Alluring PEUGEOT 9X8 at Bahrain” Bermaz Auto Diumumkan

Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd telah mengumumkan pemenang bertuah kempen “Catch the Alluring PEUGEOT 9X8 at Bahrain."

18-10-2023
Teknologi

Kabin Peugeot 3008 2024 Didedahkan – Panoramic i-Cockpit, Moden & Memukau

Peugeot telah mendedahkan reka bentuk dalaman i-Cockpit yang baharu.

07-06-2023
Video

Review Peugeot 3008 & 5008 | Nampak Serupa Tapi Sangat Berbeza

Review Peugeot 3008 & 5008 | Nampak Serupa Tapi Sangat Berbeza

06-06-2023
Berita Auto

Peugeot Roadshow: Macam-Macam Model Ada!

Peugeot Roadshow sedang berlangsung di pusat beli-belah 1 Utama, Petaling Jaya.

17-05-2023
Pandu Uji

[PANDU UJI] Peugeot 3008 & 5008: Serupa Tapi Tidak Sama

Ini pandangan jujur kami tentang Peugeot 3008 dan 5008.

13-03-2023
Pandu Uji

Peugeot Sudah Kembali Untuk Bersaing Dalam Segmen SUV Dengan 3008, 5008.

Pasukan media menyertai sesi pandu uji Peugeot 3008 dan 5008 baru-baru ini.

26-01-2022
EV

Stellantis Bakal Mula Pemasangan EV Pertamanya, E-3008, Di Malaysia Tahun Depan?

Stellantis NV bakal memulakan pengeluaran kenderaan elektrik (EV) pertamanya di Malaysia.

26-12-2023

Berita Terkini

EV

VW 'Taubat'! Kembalikan Butang Kawalan Fizikal Dalam VW ID.Polo

Jenama Jerman ini mendedahkan rekaan dalaman yang bakal membuatkan ramai peminat old-school tersenyum lebar.

06-01-2026
EV

Model PHEV BYD, Song Pro, Qin L & Qin Plus Capai Jarak Elektrik Menakjubkan, Cecah 210 KM!

Gergasi automotif China, BYD, nampaknya semakin rancak berinovasi. Terbaru, BYD mempertontonkan versi Long Range untuk tiga model popularnya, Song Pro DM-i (SUV) serta dua model sedan, Qin L dan Qin Plus.

06-01-2026
EV

EV & Pengecas Ada Risiko Renjatan Elektrik Semasa Banjir? Ini Jawapan TNB

Seiring dengan peningkatan mendadak penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, timbul kegusaran mengenai tahap keselamatannya ketika musim banjir. Ramai yang bimbang jika tersentuh air banjir berdekatan EV atau pengecasnya boleh membawa maut akibat renjatan elektrik.

05-01-2026
EV

EV/REEV XPeng P7+ Dikemaskini – 100+ Penambahbaikan, Bakal Tiba Di Malaysia?

Syarikat kenderaan elektrik dari China, XPeng, baru sahaja memperkenalkan versi yang dikemaskini bagi tahun 2026 untuk model sedan segmen E, XPeng P7+.

02-01-2026
EV

SUV Forthing Friday Raih ASEAN NCAP 5 Bintang, Bakal Gegar Pasaran Malaysia

SUV segmen C keluaran negara China, Forthing Friday, kini sah memegang status sebagai antara kenderaan paling selamat di rantau ini.

02-01-2026
EV

Skuter Elektrik Marhaen, EZI TS-1 Semurah RM4,288 - Jarak Gerak 100KM

Skuter elektrik EZI TS-1 dijual semurah RM4,288.

01-01-2026
EV

Sistem JPJ Alami Isu Teknikal Di Saat Akhir Cukai Jalan EV Percuma

Di saat-saat akhir 'cuti' cukai jalan (LKM) terhadap kenderaan elektrik (EV) bakal berakhir, kemunculan isu teknikal telah mencetuskan ‘huru-hara’.

31-12-2025
EV

Kembar e.MAS 5, Geely EX2 Dilancarkan Di Indonesia – Jauh Lebih Murah?

Selepas mendarat di Thailand, SUV elektrik kompak Geely EX2 baru-baru ini secara rasmi telah ‘menyerang’ pasaran Indonesia.

29-12-2025