- Berita
- Teknologi
- Baki Tak Cukup Masih Boleh Lalu Tol Dengan TNG eWallet SOS Balance
Baki Tak Cukup Masih Boleh Lalu Tol Dengan TNG eWallet SOS Balance
Touch ‘n Go (TNG) eWallet kini memperkenalkan ciri baharu yang dinamakan ‘SOS Balance’. Menurut pembangun aplikasi TNG Digital, fungsi ini direka untuk membantu pengguna mengelak daripada menghadapi masalah kekurangan baki semasa melalui plaza tol.
Bagaimana ‘SOS Balance’ Berfungsi?
‘SOS Balance’ akan diaktifkan secara automatik apabila pengguna tidak mempunyai baki mencukupi dalam akaun TNG eWallet mereka. Fungsi ini akan melengkapkan pembayaran tol di plaza tol yang disokong, memberikan pengguna tempoh 24 jam untuk menyelesaikan baki yang dipinjam. Jika pengguna gagal melangsaikan bayaran dalam tempoh yang ditetapkan, ciri ini akan digantung buat sementara waktu.
Info mengenai SOS Balance boleh diaksed melalui di ruang FAQ aplikasi dan laman web TNG
Pengguna boleh memilih sama ada untuk membayar jumlah tertunggak secara manual dalam aplikasi atau membenarkan jumlah tersebut ditolak secara automatik apabila mereka melakukan tambah nilai. Ciri ini sangat berguna untuk pengguna yang sering terlupa atau tidak memantau baki TNG eWallet mereka.
Had Penggunaan
Walaupun praktikal, terdapat beberapa syarat untuk menggunakan ciri ini. Pertama, ‘SOS Balance’ hanya boleh digunakan di plaza tol yang menyokong sistem Touch ‘n Go RFID dan PayDirect. Senarai penuh lebuh raya yang menyokong fungsi ini boleh didapati di laman web rasmi TNG eWallet.
Hanya Untuk Pengguna Terpilih
Selain itu, fungsi ini hanya ditawarkan kepada pengguna TNG eWallet yang dianggap ‘setia’. Menurut TNG Digital, pengguna perlu memastikan pembayaran tertunggak dijelaskan tepat pada masanya, melakukan tambah nilai secara kerap dan aktif menggunakan TNG eWallet untuk layak menikmati ciri ini.
Maklumat terperinci mengenai ciri ‘SOS Balance’ boleh didapati di laman web rasmi TNG eWallet di bahagian Soalan Lazim (FAQ) yang disediakan khas untuk fungsi ini.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv